Nasir Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasir Ali
Kelahiran
Mohd Nasir bin Ali

(1953-01-17)17 Januari 1953
Meninggal dunia31 Oktober 2008(2008-10-31) (umur 55)
Sebab kematiandiabetis, demam
PekerjaanPelakon, pengarah teater
Tahun aktif1974–2008
PasanganKadariyah Yup
Anak-anak4

Nasir Ali atau nama penuhnya Mohd Nasir bin Ali (17 Januari 1953 – 31 Oktober 2008) adalah seorang pelakon lelaki Malaysia yang bergiat aktif dalam teater, televisyen dan filem dan kerjaya beliau telah melangkaui hampir 3 dekad.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nasir Ali memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater pada tahun 1974 dan Liku-Liku Hidup merupakan teater pertama lakonannya yang dipentaskan di Kompleks Budaya Negara (sekarang dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Nasir sewaktu hayatnya terkenal sebagai aktivis teater yang aktif berlakon serta mengarahkan teater, dan merupakan Presiden Grup Teater Arts Kreatif yang ditubuhkannya pada 1989. Sepanjang hidup beliau telah membintangi persada hampir ratusan drama berbanding filem. Antara teater lakonan dan arahan beliau berjudul Jebat, Orliana, The Three Sister, Mac Back, Konvensyen Gila, Pran, Bus Stop dan Orang-Orang Kecil, selain turut berlakon filem seperti Mekanik, Hingga Hujung Nyawa dan Senario The Movie.

Sepanjang kerjaya sebagai pelakon, antara kejayaan beliau ialah pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Kurnia pada tahun 1995 dan Esah Swinger (1996). Malah, beliau juga pernah mengungguli anugerah Pengarah dan Pelakon Teater Terbaik pada 1987 menerusi teater berjudul Pran.[1]

Graduan lulusan dari National Institute of Dramatic Art, Sydney, Australia ini pernah membuat dan mengarah pementasan di Sdyney. Antara tajuknya Jebat, Orliana, The Three Sister, Mac Back. Selama dua tahun di sana, Nasir juga berpeluang mengadakan persembahan pentas What Is Our Lovely War di Sydney Opera House. (Neliau pernah ditawarkan kerja sebagai anak seni di Sydney namun beliau memilih Malaysia, beliau mahu berkongsi ilmu di bumi sendiri).[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

  • Kisah Benar (Musim 18) (2000) - episod: "Fitnah", sebagai Faizul
  • Kisah Benar (Musim 19) (2000) - episod: "Rezeki", sebagai Khamis
  • Taubat
  • Kepadamu Kekasih
  • Dinasti Bilut
  • Bukan Yang Pertama
  • Renjis
  • Alahai Anak Omak
  • Guru Yahya
  • Spanar Jaya (ntv7)-sebagai Arbaie(1999)

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Aisah Lima Puluh Sen (2003)
  • Besi Buruk (2008)

Teater[sunting | sunting sumber]

  • Liku-Liku Hidup (lakonan)
  • Pran (arahan)
  • Ledak Kebangkitan (arahan)
  • Jebat
  • Orliana
  • The Three Sister
  • Mac Back
  • Konvensyen Gila
  • Bus Stop
  • Orang-Orang Kecil

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Nasir meninggal dunia kerana penyakit kencing manis di kediamannya di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2008.[1] Beliau meninggalkan isteri, Kadariyah Yup beserta empat orang anak dan dua cucu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]