Nasir Bilal Khan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasir Bilal Khan
نصر ابن ڤلان خان
Kelahiran
Nasir bin Pilan Khan

(1960-07-01) 1 Julai 1960 (umur 63)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1993–kini
Pasangan
Anak-anak3
Tempat tinggal
Karya terkenal

Nasir bin Pilan Khan (lahir 1 Julai 1960) atau dikenali dengan nama pentas Nasir Bilal Khan ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang memenangi pelbagai anugerah.[1] Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Amir dalam filem Perempuan, Isteri & .....? (1993), sebagai Karim dalam filem Pesona Cinta (1995), sebagai Salleh dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), sebagai Tok Adi dalam drama Tanah Kubur (2011-16)[2] dan paling baru-baru ini, sebagai Abu Jar dalam filem Munafik 2 (2018).[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 1993 menerusi watak pembantu sebagai Amir dalam filem Perempuan, Isteri & .....? arahan U-Wei Hj Saari. Persembahannya dalam filem ini melayakkan Nasir menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 pada 1994.[4]

Nasir juga terkenal dengan watak penggali kubur bernama Tok Adi dalam siri Tanah Kubur yang bersiaran di Astro Oasis selama 5 tahun. Beliau memegang watak sama dalam siri TV terbitan turunannya yang disiarkan pada 5 Mac 2018. Nasir mempunyai peranan utama dalam telfilem Al-Ikhlas arahan Murali Abdullah, yang mengisahkan tentang Solah yang hidup sendirian selepas kematian isterinya.[5][6]

Beliau ditawarkan bekerja dengan Syamsul Yusof menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), memegang watak sebagai Salleh, bapa kepada Amy lakonan Salina Saibi.[7] Nasir meneruskan rentetan kerjasama dengan Syamsul menerusi filem Munafik 2 yang ditayangkan pada 30 Ogos 2018, beliau menjayakan watak sebagai pemimpin ajaran sesat, Abu Jar.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nasir dilahirkan pada 1 Julai 1960 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Bapanya, Pilan Khan merupakan seorang warga Pakistan berketurunan Pashtun yang berhijrah ke Tanah Melayu sebelum merdeka, manakala ibunya seorang berketurunan Minangkabau berasal dari Labu, Negeri Sembilan.

Nasir berkahwin dengan pelakon Azizah Mahzan dan bercerai.[9] Beliau kemudiannya berkahwin dengan Umi Kalsum Majid dan dikurniakan tiga anak.[10]

Pada Januari 2002, Nasir dan dua rakannya pernah didakwa atas kesalahan peras ugut seorang pemandu teksi bagi mendapatkan wang tunai berjumlah RM6,200.[11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1993 Perempuan, Isteri & .....? Amir Filem pertama
1995 Amok Wan Man
Pesona Cinta Karim
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Salleh
2010 Niyang Rapik Tok Itam
Misteri Jalan Lama Lelaki Tua / Raja Dewata
2014 Laga Dasuki
Kekasih Mansor Filem pendek
2015 Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Sultan Mahmud Shah
2018 Munafik 2 Abu Jar
Operasi X Bashah
2021 10 Tips Tipu Bini Ayah King
Penunggang Agama Tok Haji
Penunggang Agama 2
2022 Tilam Perca Pak Tan
TBA Dendam Dari Pusara Dalam perancangan
Tanah Kubur Tok Adi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1994 Runtuh TV1 Drama pertama
1998 Semarai TV3
2002 Yang Tersirat TV1
2004 Sephia TV3
2007 Airmata Maria Razali
2008 Saka
2009 Kejar TV1
2009–2010 Aliff Firdaus Haji Madi TV3
2011–2016, 2023–kini Tanah Kubur Tok Adi Astro Oasis
2011 Terowong Pak Noh TV3 Episod: "Kain Kapan"
2013 Surat Dari Langit Biru Pak Muiz
2014 Bunga Merah Punya Pak Abun TV9
2015 Gerak Khas (Musim 15) Pak Ali / Pak Dukun TV2 Episod: "Dukun"
Embok Belum Terbakar Roslan
Sayap Jibril Tok Adi Astro Oasis Episod: "Bagai Madyan Syuib AS"
2016 Bunga Tanjong Ayah Wan Katijah Mediacorp Suria Penampilan khas
2018 Tok Adi Tok Adi Astro Oasis
2019 Misteri Jenazah (Musim 2) Tok Adi Astro Prima Episod: "Sempurnakan Jasad"
Cerita Dalam Kain
2021 Hantu Van Sewa Pak Shuib Awesome TV
Yang Bakal Mati Ramadan Ini Pak Daus
2022 Tok Guru Tok Guru TV2

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1993 Selamat Harijadi Su TV3
1998 Pa'e Pak Kadir
1999 Kau Isteriku
2004 Misteri Balan-Balan VCD
2003 Cinta Si Penggali Kubur Dol TV3
2004 Empayar Merah Biru Kelabu
2005 Sayang Salina Dol
2006 Takbir Suci Atan Astro Ria
2007 Mek Salmah Dari Scotland Dirinya sendiri TV2
2008 Takbir Suci 2 Atan Astro Ria
Yassin Untuk Bonda Salleh TV3
2009 Kalimah Shahadah Astro Prima
2011 Demi Kasih TV2
Buat Tatapan Yang Cinta Ayah Johan Bahar Astro Prima
Kasih Ke Syurga TV3
2012 Al-Ikhlas Solah
Kembar Papa TV2
2013 Tanah Kubur: Syawal Tok Adi Astro Oasis
2014 Kata Samseng Jalil TV2
2015 Harus Terpisah Pak Atan Astro Prima
7 Petola Cinta TV9
Piring Hitam Terakhir Tahir Astro Prima
2016 Ayah Untuk Disewa Tuan Borhan
Kecoh-Kecoh Raya TV2
Pondok Itu Rumahku Pak Sudin TV3
Tanah Kubur: Ummah Jahiliah Tok Adi Astro Oasis
Songket Pak Andam Pak Jenal TV9
2017 Hajat Astro Citra
The Berlian Job D
2018 Abang Kandung Pak Talib TV3
Akhil Yang Bakhil Pak Imam TV9
Tiga Bahadol Pawang Dol Astro Warna
2020 Tanah Kubur Tok Adi Astro Citra
2021 Bilal Gantian Pak Habib TV1
Tanah Kubur: Peneman Tok Adi Astro Citra
Tanah Kubur: Hati Hitam
2022 Tanah Kubur: Fitnah Akhir Zaman
Jeriji Patin Ayah Rizal TV3
Robohnya Rumah Kecil Mail TV Okey
Menantu Atau Isteri Untuk Abah Pak Mail Astro Ria
2023 Nur Di Pintu Syurga TV9
2023 Azan Terakhir Anjang TV Okey

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Maharaja Lawak Mega 2014 Dirinya sendiri / Tok Adi (Artis undangan) Astro Warna
2018 Bocey & Friends Live Tukang Buka Panggung (Artis undangan)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1994 Festival Filem Malaysia ke-11 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
1995 Festival Filem Malaysia ke-12 Tercalon
1997 Anugerah Skrin 1997 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Menang
1998 Anugerah Skrin 1998 Menang
2005 Anugerah Skrin 2005 Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nasir Bilal Khan tolak watak mengarut Kosmo! (29 Ogos 2018). Dicapai pada 16 September 2018.
  2. ^ "Watak 'Tok Adi' Beri Kesan Kepada Masyarakat". Malaysian Access. 26 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-27. Dicapai pada 5 Mac 2018.
  3. ^ Ramlah Zainal (29 Ogos 2018). "Biar dibenci janji mesej sampai". Harian Metro. Dicapai pada 11 September 2018.
  4. ^ Farhana Ab Rahman (9 September 2015). "Nasir Bilal Khan buat orang gerun". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2016.
  5. ^ "Nasir Bilal Khan Tidak Kecil Hati Dijadikan Bahan Jenaka". mStar Online. 13 Januari 2014. Dicapai pada 21 April 2014.
  6. ^ Ardini Sophia Sina (19 Mac 2018). "Nasir Bilal Khan memang 'humble'". Harian Metro. Dicapai pada 21 April 2018.
  7. ^ Metra Syahril Mohamed (23 April 2009).Bohsia ‘ketuk’ kesedaran masyarakat Diarkibkan 2017-04-27 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 15 Mac 2010.
  8. ^ Nadia Azam (5 Ogos 2016). "Munafik 2: Naskhah Islamik tambat Nasir Bilal Khan". Malaysiakini. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  9. ^ "(GOSIP)Azizah Mahzan Pernah Berkahwin Dengan Nasir Bilal Khan?". Beautifulnara. 19 Oktober 2009. Dicapai pada 21 April 2018.
  10. ^ Siti Azira Abd Aziz (27 Oktober 2011). Nasir Bilal Khan ajak penonton takutkan dosa mStar Online. Dicapai pada 24 November 2011.
  11. ^ Nasir Bilal Khan, 2 rakan didakwa peras ugut Diarkibkan 2018-09-16 di Wayback Machine Utusan Malaysia (18 Januari 2002). Diperoleh pada 16 September 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]