Nasta'liq (seni khat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Panel Chalipa, Mir Emad ditulis dengan skrip Nasta'liq.

Nasta'liq; (Bahasa Parsi: نستعلیق ialah satu gaya utama dalam tulisan skrip Abjad Parsi, dan secara tradisionalnya ialah skrip utama dalam seni khat Parsi.[1] Ia dibangunkan di negeri Parsi (kini Iran) dalam abad kelapan dan kesembilan. Ia juga dikenali sabagai Ta'liq dan digunakan secara meluas bagi menulis puisi dan sebagai bentuk seni di Iran, Pakistan dan Afghanistan.

Versi yang lebih ringkas lebih digemari bagi penulisan dalam bahasa Parsi, Kashmiri, Punjabi dan Urdu; dan sering digandingkan dengan skrip Naskh dalam Pashto. Dalam sejarah, Nasta'liq digunakan dalam penulisan Turki Uthmaniyyah was di mana ia dikenali sebagai taalik (tidak seharusnya dikelirukan dengan gaya Parsi berlainan yang juga disebut ta'liq. Untuk membezakannya, Turki Uthmaniyyah memanggil ta'liq sebagai ta'liq-i qadim ("ta'liq tua") ).

Jurukhat Utmaniyyah mengembangkan skrip-skrip gaya Diwani dan Ruq'ah daripada skrip Nasta'liq (di bawah nama Ta'liq).

Nasta'liq ialah antara gaya yang paling gemalai di kalangan gaya khat. Ia memiliki garis tegak pendek tanpa serif (unjuran kecil yg menjulur daripada hujung coret sesuatu huruf), dan coret mendatar yang panjang.


Empayar Mughal menggunakan bahasa Parsi sebagai bahasa istana sepanjang pemerintahan mereka di Asia Selatan dan dalam masa ini Nasta'liq digunakan dengan meluas di Hind Barat, Afghanistan Hind (termasuk Bengal).

Contoh menunjukkan «خط نستعلیق» ("khat Nastaʿlīq") ditulis dengan skrip Nasta'liq.
Gambar rajah jantung dalam bahasa Parsi ditulis dengan skrip Nasta'liq.

Ahli khat Nasta'liq terkenal[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The Cambridge History of Islam, By P. M. Holt, et al. , Cambridge University Press, 1977, ISBN 0-521-29138-0, p. 723.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Habib-ollah Feza'eli, Ta'lim-e Khatt, Tehran: Sorush, 1977 (bahasa Parsi)
  • Sheila Blair, Islamic Calligraphy, Edinburgh: Edinburgh University Press, 2005.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Category:Arabic alphabets