Natalie Grinham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Natalie Grinham (lahir 16 Mac 1978, di Toowoomba, Queensland, Australia) ialah pemain skuasy profesional dari Australia. Sepanjang kerjayanya, dia memenangi tiga buah pingat emas Sukan Komanwel dan menjadi naib johan dalam Terbuka Dunia dan Terbuka British.

Kakak Natalie iaitu Rachael Grinham juga merupakan seorang pemain skuasy terkemuka dunia.

Kejayaan paling bermakna buat Natalie ialah pada Sukan Komanwel 2006 apabila dia berjaya menewaskan pemain No. 1 dunia, Nicol David pada peringkat separuh akhir sebelum menewaskan kakaknua dalam peringkat akhir dengan keputusan 2-9, 9-6, 9-1, 9-6. Hal ini membolehkannya merangkul pingat emas bagi perseorangan wanita.

Natalie menduduki tempat kedua dalam terbuka Dunia pada tahun 2004 apabila dia tewas kepada Vanessa Atkinson 9-1, 9-1, 9-5 pada pusingan akhir. Dia juag menjadi naib juara di Terbuka British tahun 2005 apabila tumpas kepada Nicol David 9-6, 9-7, 9-6.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]