Natasha Galkina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Natalia Galkina
Nama sebenar Natalia Galkina
Nama kelahiran (Rusia) Наташа Галкина
Tarikh lahir Disember 1985
Tempat lahir Subbandar Rostov,

Kesatuan Soviet

Warna rambut Perang coklat
Warna mata Biru kehijauan
Tinggi 5 ft 8.5 in (1.74 m)[1]
Ukuran 31-22-34 (AS)
79-56-86 (EU)[2]
Saiz Baju (AS) 6 ; (EU) 36[3]
Saiz Kasut
Agensi
Nama gelaran Nata
Suami Stuart Hagler
Anak Angelina Hagler

Natalia 'Natasha' Galkina (Bahasa Rusia: Наташа Галкина) lahir pada Disember 1985 di Rostov, Rusia adalah seorang model berwarga Rusia, lebih dikenali sebagai naib juara Musim 8 bagi America's Next Top Model.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada Episod terakhir America's Next Top Model, Natasha telah memberitahu kepada Tyra Banks bahawa ibunya tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menghantarkannya ke universiti di Rusia, jadi dia bertekad untuk berpindah ke Moscow, di mana dia mengalami kesusahan hidup pada masa itu. Natasha adalah seorang pelajar kolej sebelum menyertai America's Next Top Model. Dia berkahwin dengan seorang lelaki Amerika yang berumur lewat 40-an pada usia yang sangat muda. Mereka tinggal di Dallas, Texas,dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Angelina.

America's Next Top Model[sunting | sunting sumber]

Natasha tidak memulakan langkahnya dengan hebat dalam Top Model; Pengarah Kreatif Jay Manuel berpendapat aksi beliau dalam sesi fotografi "High School Clichés" pada episod kedua adalah paling susah untuk dikendalikannya dalam sejarah Top Model, selepas Ann Markley berbuat perkara yang sedemikian rupa dalam [America's Next Top Model, Cycle 3]].Namun Begitu,di pertengahan musim pertandingan ini,para hakim merasa kagum akan peningkatan natasha; tyra banks telah menobatkannya sebagai model "most improved" dalam pertandingan.perkembangan ini berpunca dari personalitinya yang semakin menyerlah dan kebolehan untuk memasarkan dirinya terhadap beberapa klien secara berkesan,telah menempah peluang ke dua model terakhir dalam pertandingan ini. sebagai finalis rancangan terbabit, beliau telah diberi peluang untuk beraksi dalam satu sesi percubaan fotografi bagi majalah seventeen, dan peluang beraksi di pentas peragaan bagi pakaian Sass and Bide.semasa di pentas peragaan,skirt yang dipakainnya telah tertanggal lalu jatuh ke bawah,walaubagaimanapun beliau tetap mendapat tepukan dapi para hakim kerana tetap memberi komitmen dan membuatkan pakaian yang tertanggal itu tampil siap.

beliau telah diundi sebagai salah satu peserta yang paling diingati dari AOL Entertainment.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 18 April 2007 dalam salah satu episod Top Model, selepas Natasya diisytiharkan pemenang dalam cabarab temubual. Tyra Banks mengumumkan bahawa beliau telah akan diberi tugas sebagai koresponden khas di dalam rancangan temubualnya ,The Tyra Banks show. Natasya memberitahu beliau akan bersiaran di stesen televisyan yang berlainan, walau bagaimanapun dia memberitahu waktu yang tepat mengenainya.

Beliau telah menandatangani kontrak bersama MUSE NY modeling agency di antara julai 2007 ke september 2007, dan juga bersama MGMT First. Natasha juga turut menandatangan kontrak bersama Ace Model Management di Greece. Beliau tidak lagi diwakili agensi Beatrice Model. Beliau telah menghiasi muka depan bagi majalah Modern Luxury Houston dan DC, dan telah muncul di dalam liputan fesyen bagi isu 21 Mei 2007 Majalah US Weekly, beraksi model bagi musim panas bersama rakan seperjuangannya dalam Top Model seperti Renee Alway, Jaslene Gonzalez, dan Dionne Walters. Beliau telah memperaga di Athens, Greece dan Milan, Itali, dan sesi foto bertemakan suntingan fesyen bagi majalah Cosmopolitan, Lucky, Elle, dan majalah Greece, Madame Figaro.

Natasha telah berhenti memperaga untuk memberi komitmen terhadap anaknya dan melanjutkan lagi pelajarannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Beatrice International Models Agency - Milano - Man and Woman Division". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-25. Dicapai pada 2009-01-02.
  2. ^ Beatrice Models Diarkibkan 2008-03-25 di Wayback Machine. Dicapai 2008-01-24.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FMD tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]