National University of Singapore

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Universiti Nasional Singapura

National University of Singapore

Lambang NUS.jpg
Visi Ke arah Perusahaan Ilmu Sejagat
Towards a Global Knowledge Enterprise
Pembentukan 1980
Canselor Presiden S. R. Nathan
Timbalan Canselor Profesor Shih Choon Fong
Lokasi Singapura
Bil. penuntut 32,000 keseluruhan (9,000 pos siswazah)
Laman web http://www.nus.edu.sg

Universiti Nasional Singapura (singkatan: NUS; Cina Ringkas: 新加坡国立大学; pinyin: Xīnjiāpō Guólì Dàxué; Tamil: சிங்கப்பூர் ேதசிய பல்கலைக்கலகம்) ialah universiti yang tertua di Singapura dan masih merupakan universiti yang terbesar di negara itu dari segi bilangan pendaftaran pelajar serta kurikulum yang ditawarkan. Sejak 1 April 2006, universiti ini yang merupakan universiti menyeluruh dan berpenyelidikan intensif telah menjadi sebuah syarikat universiti bukan untung yang berhad dengan jaminan.

Kampus utama National University of Singapore ialah kampus Kent Ridge yang terletak di barat daya Singapura di Kent Ridge. Dibatasi oleh Jalan Ekspres Ayer Rajah (AYE), Jalan Clementi, Jalan Buona Vista, dan Taman Kent Ridge, luasnya kampus tersebut di sekitar 150 hektar. Kampus Bukit Timah menampung pusat pengajian undang-undang, manakala Pengajian Pengajian Perubatan Sisawah Duke-NUS terletak di kampus Outram.

NUS merayakan hari jadi ke-100 pada tahun 2005. Sebagai perayaan untuk peristiwa yang penting ini, universiti tersebut mengadakan perayaan seratus tahun selama setahun yang berakhir pada 15 Julai 2006.

Dalam arena sejagat, NUS memainkan peranan yang aktif dalam perkongsian dan perikatan antarabangsa, termasuk:


Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Universiti ini menyusur-galur asalnya ke pengasasan Sekolah Perubatan Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1905, suatu pencapaian Sir Stamford Raffles, pengasas kota Singapura, pada tahun 1823. Namanya ditukar menjadi Sekolah Perubatan Raja Edward VII pada tahun 1912 dan kemudiannya menjadi Kolej Perubatan Raja Edward VII pada tahun 1921.

Pada tahun 1929, Kolej Raffles diasaskan untuk mempromosikan seni dan sains sosial pada peringkat pendidikan tinggi kepada pelajar-pelajar Singapura. Dua dekad kemudian pada 8 Oktober 1949, kolej ini digabungkan dengan Kolej Perubatan Raja Edward VII untuk membentuk Universiti Malaya.

Pada tahun 1959, Universiti Malaya dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Malaya di Singapura. Bahagian universiti di Singapura akhirnya berpisah untuk membentuk Universiti Singapura pada tahun 1962.

Institusi masa kini dibentuk sebagai suatu gabungan antara Universiti Singapura dan Universiti Nanyang pada tahun 1980. Lambang asal Universiti Nanyang yang terdiri daripada tiga cecincin terjalin digabungkan ke dalam jata NUS.


Pemandangan panaroma kawasan National University of Singapore yang menunjukkan (bangunan-bangunan dari kiri ke kanan) Pusat Pengajian Sains, Dewan Universiti, Asrama-asrama Ridge View, dan tempat duduk di hadapan balapan larian. Kawasan hijau yang luas terbentang di hadapan ialah padang-padang serbaguna.

[sunting] Pemeringkatan sejagat

Pusat Budaya Universiti.

NUS ditempatkan seperti yang berikut:

[sunting] Alumni terkenal

Alumni daripada zaman Kolej Perubatan Raja Edward VII/Kolej Raffles (1905 - 1949)


Alumni daripada zaman Universiti Malaya (Singapura) (1949 - 1962)


Alumni daripada zaman Universiti Singapura (1962 - 1980)

Zaman National University of Singapore (1980 - )

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain