Nawawi Ahmad (Melaka)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nawawi Ahmad)

Datuk Nawawi Ahmad adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Melaka 1432H / 2010 . Beliau adalah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Serkam, Jasin, Melaka. Beliau kini menjadi penceramah bebas dan menghasilkan buku antaranya "Ilmu Jiwa Dalam Al-Quran" dan pelbagai artikel majalah.

Datuk Hj Nawawi Ahmad merupakan anak ke empat (4) Tuan Guru Hj Ahmad bin Kassim. Dilahirkan di Paya Rumput, Melaka. Keluarga beliau berhijrah ke Mekah, Saudi Arabia setelah ayahanda Tuan Guru Hj Ahmad meninggal dunia.

Adik beradik beliau adalah; 1-Dato' Hj Mohamad bin Ahmad 2-Hjh Maimunah binti Ahmad 3-Dato' Hj Mokhtar bin Ahmad 4-Datuk Hj Nawawi bin Ahmad 5-Hjh Hamidaj bin Ahmad 6-Hj Zainuddin bin Ahmad

KERJAYA: Pensyarah Sains Politik (Universiti Kebangsaan Malaysia. Penasihat Halal KFC Guru Takmir

Tokoh Maal Hijrah Melaka 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Disember 2010, beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2010 sempena Sambutan Maal Hijrah negeri Melaka yang berlangsung di Masjid Al-Ghaffar, Jasin,Melaka. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakobmenyampaikan anugerah berkenaan .Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]