Nayef bin Abdul-Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nayef bin Abdulaziz Al Saud
Putera Raja Arab Saudi
Tempoh 27 Oktober 2011 – 16 Jun 2012
Didahului oleh Sultan bin Abdulaziz
Menteri dalam negeri
Memegang jawatan 1970 – 16 Jun 2012
Didahului oleh Fahd bin Abdulaziz
Pasangan Maha al-Sudayri
Putera-puteri
Puteri Jowaher
Puteri Noura
Prince Saud
Prince Muhammad
Keluarga diraja Wangsa Saud
Ayahanda Raja Abdulaziz
Bonda Hassa al Sudairi
Agama Islam Sunnah

Nayef bin Abdul Aziz Al Saud, juga dieja Naif, (Bahasa Arab: الأمير نايف بن عبد العزيز آل سعود‎) (1933- 16 June 2012 ) adalah Putera Mahkota, Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Dalam Negeri yang lama bagi Arab Saudi. Beliau adalah adik tiri Raja Abdullah. Beliau adalah salah satu daripada lima ahli Tujuh Sudairi.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Putera Mahkota Nayef telah dilahirkan di Taif pada tahun 1933. Baginda menerima pendidikan di "The Princes School" dan di tangan ulama senior (ketua agama). Tambahan lagi, beliau mempunyai pengalaman luas di dalam politik, diplomasi, dan keselamatan.

Pada tahun 1953, baginda berumur 20 tahun semasa menjadi Gabenor Riyadh. Dari tahun 1954 hingga 1970, beliau berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 1970, Raja Faisal melantik baginda sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pada bulan Mac 1975, pembunuhan Raja Faisal menyebabkan Menteri Dalam Negeri Putera Mahkota Fahd menaiki takhta. Nayef menggantikan Fahd sebagai Menteri Dalam Negeri.

Pada bulan Disember 1994, baginda telah mengarahkan beratus-ratus penangkapan yang berkaitan dengan keganasan dengan sokongan Putera Turki, ketua perkhidmatan perisikkan Arab Saudi.[1]

Pada bulan November 2001, baginda telah mengeluarkan kad pengenalan kepada semua wanita di Arab Saudi . Sebelum ini wanita didaftarkan di bawah suami atu bapa mereka.[1]

Pada bulan April 2001, beliau, bukan Menteri Luar Negeri Saud al Faisal, telah pergi ke Iran sebagai utusan Arab Saudi di dalam gerakan yang tidak disangka-sangka.

Selepas serangan September 11, beliau telah menerima kritikan A.S. kerana tidak cukup tindakan menentang pengganas.[2]

Pada bulan Julai 2003, Senator Charles Schumer melobi menerusi Putera Bandar untuk menyingkirkan Nayef sebagai Menteri Dalam Negeri.[3]

Di antara 2003 dan 2006, beliau mengetuai konfrontasi Arab Saudi menentang al Qaeda, yang menaja satu siri serangan dalam negeri ke atas perkarangan rumah-rumah ekspatriat, infrastruktur minyak, dan bangunan-bangunan industri.[4] His political stance was strengthened because of increased media exposure and the successful end to terrorist attacks.[4]

Pada bulan Mac 2011, semasa Bantahan Arab Saudi 2011, 200 orang telah menyeru diberikan lebih banyak maklumat mengenai saudara mara mereka yang dipenjara telah dihalang hak berjumpa dengan Nayef.[5]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Nayef bin Abdulaziz dikatakan menghidap penyakit diabetes mellitus dan osteoporosis[6] dan juga barah.[7]

Pada Mac 2012, beliau ke Maghribi untuk "bercuti sendirian"[8], kemudian ke Cleveland untuk menjalani ujian perubatan yang terancang terlebih dahulu. Berita ini menimbulkan tanda tanya tentang kesihatannya dan pewarisan takhta Saudi.[9] Beliau kembali ke Arab Saudi setelah bersinggah di Algeria pada April 2012.[10] Putera Nayef sekali lagi meninggalkan Arab Saudi untuk menjalani ujian perubatan pada 26 Mei 2012.[11], kemudian dilaporkan pulang pada 13 Jun 2012.[12]

Pada 16 Jun 2012, televisyen Saudi mengumumkan bahawa Putera Nayef telah meninggal dunia.[13] Menurut Reuters, beliau menghembuskan nafas terakhir Geneva.[14] Kerabat diraja menyatakan bahawa majlis pengebumian beliau akan diadakan pada 17 Jun 2012.[15]

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai ahli Menteri Dalam Negeri yang diletakkan di dalam semua kedutaan luar negeri.[1]

Kerjaya baginda telah dijana oleh kakanda baginda Raja Fahd. Di bawah Fahd, Menteri Dalam Negeri menjadi salah satu daripada birokrasi yang paling berpengaruh di Arab Saudi. Beliau pernah berkhidmat sebagai sebagai orang tengah di dalam pertelingkahan Fahd dan Sultan. Oleh kerana kesihatan Raja Fahd semakin merosot, kuasanya semakin berkurangan. Walaupun begitu, Nayef sekarang ini orang yang paling berpengaruh di kalangan Tujuh Sudairi. Ia telah membahagi-bahagiakan tugas-tugas tanggungjawabnya ke menterinya ke Timbalan Menteri Putera Ahmed dan anakandanya, Putera Muhammad.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Al Sudairi Clan. Globalsecurity.org. Retrieved on 2011-10-13.
  2. "Who's who: Senior Saudis", BBC News, October 30, 2007. 
  3. O'Brien, Timothy L.. "Senators Push Saudi Arabia to Improve Antiterrorism Efforts", The New York Times, August 1, 2003. 
  4. 4.0 4.1 "FACTBOX – Prince Nayef one of most powerful Saudi princes", Reuters, September 7, 2010. 
  5. "Saudis protest outside Interior Ministry", The News Tribune/AP, 2011-03-13. Dicapai pada 2011-03-17. Diarkibkan drpd. yang asli di 2011-03-17. 
  6. "The royal house is rattled too", 3 March 2011. Dicapai pada 18 October 2011. 
  7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan kapoor12 tidak disediakan
  8. "Crown Prince leaves Riyadh on private vacation". Ministry of Interior. 3 March 2012. http://www.moi.gov.sa/wps/portal/!ut/p/b1/04_Sj9CPykssy0xPLMnMz0vMAfGjzOJNnQOcPS18jQ3dA0LNDYzczE28nM28LQy8TYAKIoEKDHAARwNC-oNT8_TD9aPwKjMxhipwdnf0MDH3MTCw8HE3NfB09AgNsgw0NjZwhCnA4w4_j_zcVP2C3IgKzywTRQA0KNqq/dl4/d5/L2dJQSEvUUt3QS80SmtFL1o2X0dOVlMzR0gzMTBGSUUwSVFJSkozR1YzQ0w2/?WCM_GLOBAL_CONTEXT=/wps/wcm/connect/main/moi+home+content/home/news/news+archive/moi_news_03-03-2012c_en. Capaian 27 March 2012. 
  9. "Crown Prince Naif bin Abdulaziz Arrives in Morocco", 2 March 2012. Dicapai pada 16 March 2012. 
  10. "Saudi crown prince in 'good health'", 3 June 2012. Dicapai pada 3 June 2012. Diarkibkan drpd. yang asli di 24 January 2013. 
  11. "Saudi crown prince leaves for more medical tests, report says", 26 May 2012. Dicapai pada 26 May 2012. 
  12. Anabtawi, Sara. "Saudi Crown Prince receives visitors", 13 June 2012. Dicapai pada 13 June 2012. 
  13. "Saudi crown prince Nayef dead: state TV", 16 June 2012. Dicapai pada 16 June 2012. 
  14. "Saudi Crown Prince Nayef, next in line to throne, dies", 16 June 2012. Dicapai pada 16 JUne 2012. 
  15. "Funeral prayers for Saudi heir to be held Sunday", 16 June 2012. Dicapai pada 16 June 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: