Negara (budaya)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rencana ini menerangkan tentang rujukan satu negara dari aspek bangsa dan budaya, untuk aspek lain, silalah pilih daripada rencana Negara.

Negara (Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis: Nation) adalah salah satu daripada doktrin yang paling berpengaruh dalam sejarah. Ia berdasarkan kepada konsep bahawa semua manusia dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan berasingan. Ia adalah dotrin etika dan falsafah dalam sendirinya, dan adalah titik permulaan ideologi nasionalisme. Para rakyat (nationals) adalah ahli "negara" (nation) dan dibezakan dengan satu identiti dan moyang, ibubapa atau warisan yang sama. Identiti nasional adalah merujuk kepada sifat-sifat berlainan satu kumpulan (dari segi paras rupa dll.) dan rasa seseorang individu sebagai ahli kumpulan berkenaan. Kriteria-kriteria yang digunakan adalah banyak sekali, dengan pengaplikasiannya juga berbeza. Perbezaan kecil dalam sebutan satu dialek pun cukup untuk membezakan dan menkatagorikan seseorang sebagai satu ahli negara lain. Pada sebelah satu lagi pula, dua orang mungkin mempunyai berbezaan personaliti, agama, lokasi geografi, masa dan juga bahasa pertuturan, tetapi masih dilihat orang lain serta melihat diri-sendiri mereka sebagai satu ahli negara yang sama. Ahli negara dikatakan mempunyai ciri-ciri dan norma-norma sendiri tertentu, dan tanggungjawab istimewa kepada orang sesama negara.

Negara wujud sejak sekian lamanya daripada generasi-generasi terdahulunya lagi, dan yang telah meninggal pun dianggap ahli. Generasi masa depan juga dikira sebagai ahli. Tiada sesiapa yang meletakkan garisan masanya, tetapi satu negara secara biasanya beberapa abad lamanya wujud. Sebagai contoh, negara China telah dikatakan wujud selama 5,000 tahun. Perkara yang berlaku pada zaman silam juga diadili dalam konteks ini, contohnya dengan merujuk kepada "tentera kita" dalam konflik yang berlaku pada jauh di masa terdahulu.

Perkataan negara seringkali menjadi sinonim kepada kumpulan etnik seperti bangsa dan budaya, kendatipun etnik adalah satu aspek penting identiti budaya atau identiti sosial untuk ahli kebanyakan negara, orang yang mempunyai asas etnik yang sama mungkin hidup di negara bangsa yang lain dan diperlakukan sebagai ahli negara lain oleh sebab ini. Identiti kebangsaan adalah pada lazimnya dipertikai, sehingga ke individu.

Satu negara politik yang yang mengatakan dirinya sebagai ibu kepada sebuah kelompok ahli negara adalah satu negara bangsa, dan kebanyakan negara politik menjadi sebahagian daripada katagori ini, walaupun adanya pertikaian ganas mengenasi legitimasi mereka. Dalam penggunaan harian, perkataan seperti rujukan negara sebagai satu kumpulan bangsa, atau negara politik, atau satu istilah geografi, serta penggunaan perkataan tanah mempunyai maksud yang hampir sama. Sebagai contoh, satu wilayah dibawah satu kerajaan berdaulat atau penduduk wilayah itu, atau kerajaan itu sendiri, dalam maksud lainnya, satu negara de jure atau de facto.

Dalam maksud yang lebih tepat pula, perkataan seperti negara boleh dilihat daripada tiga aspek, iaitu dari aspek budaya atau bangsa, aspek politik atau aspek sesuatu kawasan geografi. Aspek-aspek ini lebih jelas dalam bahasa Inggeris dimana tiga perkataan berbeza, nation, state dan country wujud untuk setiap aspek ini.

Rupert Emerson menakrifkan satu negara serta satu wilayah yang definatif sebagai berasaskan satu rakyat dengan satu bahasa yang sama dan budaya warisan yang sama. Kendatipun banyak negara tidak termasuk dalam kriteria ini, ia tetap boleh digunakan sebagai titik permulaan untuk negara yang baru mengikutinya.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan Inggeris "nation" berasal daripada bahasa Latin iaitu istilah nātĭō (stem nātiōn-), yang bermaksud:[1]

  • Kelahiran; atau
  • Dewi yang bersimbolkan kelahiran; atau
  • Biakan, stok, jenis, spesis, bangsa; atau
  • Puak, atau secara retorik apa-apa set orang (istilah ini bersifat merendahkan); atau
  • Satu negara atau masyarakat

Kombinasi bentuk nātiōn‑ didasarkan past participle bentuk nāt‑us "telah dilahirkan" dari kata kerja nāscī "dilahirkan". Maka ia juga dekat dengan perkataan Inggeris "native", dan secara lebih jauhnya perkataan "kin".[2]

Sebagai satu contoh penggunaan perkataan natio dalam bahasa Latin klasik, lihat kuotasi ini daripada penulisan Cicero bertajuk Philippics Against Marc Anthony pada tahun 44 BC:

"Omnes nationes servitutem ferre possunt: nostra civitas non potest."

("Semua bangsa boleh diperhambakan, tetapi masyarakat kami tidak.") Lihat sumber "Persus" di sumber pautan [4]

Disini Cicero membandingkan sifat luaran yang merendahkan, nationes ("bangsa orang") dengan istilah Roman civitas ("masyarakat" atau "komuniti").

Dalam bahasa Latin ecclesiastical nationes merujuk kepada para gentile (orang bukan Yahudi) [3].

Kelahiran, bahasa, tanah[sunting | sunting sumber]

Contoh penggunaan awal perkataan "nation" dalam maksud bahasa dan wilayah adalah pada tahun 968 oleh Liutprand, mubaligh Kristian Cremona yang pada ketika bersemuka dengan Nicephorus II, maharaja Byzantin mewaliki patronnya Otto 1, Maharaja Suci Rom berkata:

"Tanah ini...yang kamu dakwa merupakan hak milik empayarmu, sebenarnya merupakan hak milik sebagaimana nationality dan bahasa penduduknya membuktikan, kerajaan Itali.'"[4]

Perlu dikatakan juga bahawa meskipun Liuprand menulis dalam bahasa Latin, bahasa ibundanya merupakan bahasa Lombradik, iaitu satu bahasa Jermanik.

Konsep negara di universiti-universiti zaman gelap[sunting | sunting sumber]

Istilah nation yang digunakan di universiti zaman gelap berasal daripada bahasa Latin natio dan secara mulanya merujuk kepada teman sekerja di kolej atau pelajar, terutama di Universiti Paris yang kesemuanya lahir di dalam pays, bertutur dalam bahasa yang sama dan dianggap mahu diperintah oleh undang-undang "negara" sendiri. Pada tahun 1383 dan 1384 umpamanya, Jean Gerson dilantik dua kali sebagai prokurator theologi untuk nation atau "negara" Perancis (iaitu pelajar-pelajar lahir di Perancis dan berhaluan Perancis di universiti itu).

Bahagian Paris pembahagian pelajar dalam kelompok nations atau negara digunapakai di Universiti Prague, semenjak pembukaannya pada tahun 1349 di studium generale dan dibahagikan diantara orang-orang Bohemia, Bavaria, Saxon dan beberapa nation atau negara Poland.

Fahaman moden[sunting | sunting sumber]

Semenjak abad ke-19, ia dianggap telah menjadi sesuatu norma untuk satu negara bangsa mempunyai negara politik berdaulat iaitu negara bangsa. Norma ini menekankan dirinya melalui ideologi nasionalisme, yang mendakwa bahawa setiap bangsa harus mempunyai negara politiknya yang sendiri. Sebelum abad ke-19, adalah susah untuk mencari contoh yang merujuk kepada konsep moden negara bangsa. Para sejarahwan seperti Benedict Anderson atau Eric Hobsbawn telah menunjukkan bahawa dalam fakta, nasionalisme diwujudkan oleh negara bangsa, dan bukan sebaliknya.

Ia tidak bermaksud bahawa adanya persetujuan atas jumlah negara bangsa di dunia ini dan kaitnya dengan negara politik. Cuma sedikit sahaja bangsa dan negara politik mempunyai wilayah dan sempadan yang tidak dipertikaikan. Terdapat ramai gerakan kerajaan-sendiri seperti di Belgium, United Kingdom dan Sepanyol. Terdapat juga negara bangsa yang tidak mempunyai wilayah sendiri, seperti bangsa Kurd yang dibahagikan antara Iraq, Syria dan Turki, dan bangsa Assyria. Kawasan yang ditutut boleh dipartisyenkan, seperti berlakunya diantara Republik Ireland dan Ireland Utara, serta antara Palestin dan Israel. Terdapat juga contoh identiti kebangsaan tampa satu negara politik atau tuntutan terhadap satu negara politik. England adalah satu contoh dimana ia merupakan satu negara bangsa di dalam United Kingdom, tetapi sangat sedikit orang Inggeris ingin berpisah menubuhkan negara sendiri (walaupun contoh ini tidak berapa tepat kerana bangsa Inggeris telah menjajah negara disekitar mereka, bukan sebaliknya, untuk pengetahuan lanjut, lihat Kempen untuk satu Parlimen Inggeris).

Istilah "negara politik-bangsa" kadangkala diguna kerana negara bangsa yang identiti berdasar adalah dari perkongsian kewarganegaraan satu negara politik. Teori ini berdasarkan konsep bahawa negara politik telah ditubuhkan terlebih dahulu, dan kemudiannya barulah negara bangsa. Belanda dan Perancis merupakan contoh negara yang baik menyokong teori ini, akan tetapi, kedua-dua negara berkenaan juga mempunyai identiti etnik dan budaya, seperti yang diperhatikan dalam pandangan mereka terhadap imigren-imigren asing. Jika satu negara bangsa hanya didefinasikan dengan hanya kewarganegaraan, maka rakyat yang dinaturalisasikan juga akan diterima sebagai ahli sama taraf sesebuah negara, dan ini bukan kesnya. Dalam kebanyakan negara kewarganegaraan dibezakan dengan kerakyatan.

Negara bangsa mengambil pendekatan berlainan terhadap kriteria imigresyen dan pemberian kewarganegaraan mereka. Di Amerika Syarikat, satu-satunya halangan undang-undang terhadap mereka adalah bahawa mereka tidak boleh menjadi Presiden atau Timbalan Presiden negara itu, dan hanya Sumpah Ketaatan sahaja perlu untuk menjadi warganegara. Banyak negara juga mempunyai ujian pengetahuan bahasa dan budaya sebagai syarat kewarganegaraan.

Hanpir semua negara di dunia dikaitkan dengan satu wilayah spesifik, iaitu tanah ibu atau "tanah tumpah darah". Sesetengah lagi pula tidak mempunyai wilayah sendiri, sebaliknya hidup dalam buangan atau diaspora, iaitu diluar tanah mereka. Bangsa Roma merupakan satu contoh bangsa ini, dengan tinggal di sekitar Eropah tampa negara sendiri. Apabila satu wilayah dipertikaikan diantara dua negara, tututan mungkin berdasarkan negara mana yang tinggal di wilayah itu terlebih dahulu, sebagaimana kesnya dengan pertempatan Eropah (1500-1950) di wilayah-wilayah seperti Australia yang dituntuk aboriginal dan New Zealand yang dituntut bangsa Maori. Istilah "Negara Pertama" digunakan oleh puak yang mengamalkan budaya aboriginal, dan mencari pengiktirafan sebagai entiti berautonomi.

Istilah negara juga digunakan oleh mereka untuk mempromosikan minat yang sama, seperti Negara Red Sox.

Nama dan istilah[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Inggeris, istilah nation (budaya), country (geografi) dan state (politik) mempunyai maksud ketara, tetapi dalam pertuturan seharian, mereka sering digunakan sebagai sinonim dan boleh ditafsirkan secara pelbagai. Sebagai contoh Cornwall dikira oleh sesetengah pihak sebagai nation di England yang merupakan constituent country atau home nation United Kingdom. United Kingdom adalah state yang diiktiraf berdaulat oleh negara-negara lain juga boleh dirujuk sebagai country di mana penduduknya mempunyai nationality British. Terminologi juga boleh menjadi lebih kompleks apabila perkataan state digunakan oleh negara-negara yang mengunapakai pemerintahan berteraskan persekutuan dengan merujuk kepada negeri. Dalam kebanyakan negara yang menggunakan Bahasa Inggeris, perkataaan state, nation dan country difahami dalam konteks tempatan dan tidak disalahertikan dalam konteks berkenaan. Tetapi apabila perkataan-perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada harapan sesetengah bangsa untuk mendirikan negara sendiri di persada antarabangsa, penggunaannya mendatangkan kontroversi dan boleh menyebabkan salah faham.

Dalam bahasa Melayu pula, perkataan nation, country dan state mempunyai satu makna sahaja, iaitu negara, dengan perkataan state pula biasanya difahami sebagai merujuk kepada negeri kerana kebanyakan penutur Melayu tinggal di Malaysia yang mengamalkan pemerintahan subdivisi persekutuan. Kebanyakan penutur ini tiada kesedaran yang perkataan nation dan country merujuk kepada dua aspek penglihatan negara dalam bahasa Inggeris, serta maksud kedua perkataan state sebagai negara apabila digunakan dalam konteks antarabangsa.

Konsep berkaitan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Bagi maksud lebih tepat, rujuklah [1]
  2. Ia berkongsi asas yang serupa daripada Bahasa Proto-Indo-Eropah *gen- "bear, generate, dll." Lihat[2]
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan PERSEUS tidak disediakan
  4. Relatio de legatione Constantinopolitana ad Nicephorum Phocam. Versi online di[3].

[[Kategori:Geografi politik]