Negara (geografi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rencana ini mengenai penglihatan negara dari aspek geografi, untuk aspek lain, silalah pilih daripada rencana Negara

Negara (Bahasa Inggeris: Country; Bahasa Perancis: Pays) adalah satu istilah politik antarabangsa serta geografi politik yang merujuk kepada satu wilayah geografi yang didefinasikan. Ia boleh menjadi satu wilayah yang diperintah oleh satu kerajaan negara politik, tetapi tidak semestinya. Sebagai contoh, terdapat terdapat ramai wilayah lain yang dikatakan merupakan satu negara tetapi tidak diperintah oleh satu kerajaan negara politik, seperti Antartika. Negara politik sendiripun mempunyai penggantungan seberang laut, dengan wilayah dan rakyat yang asing daripada wilayah dan rakyat negara sendiri (sebagai contoh pegangan Perancis, Suriname). Ia juga boleh merujuk kepada negara budaya dengan syarat mereka berada di satu kawasan geografi definitif.

Ciri-ciri satu negara[sunting | sunting sumber]

Negara pada lazimnya mempunyai satu kerajaan, pentadbiran dan undang-undang; dan selalunya satu perlembagaan, polis, tentera, peraturan cukai dan penduduk yang dirujuk sebagai rakyat. Bersama mereka membentuk apa yang Benedict Anderson memanggil komuniti khayalan.

Jenis negara[sunting | sunting sumber]

Negara dari aspek politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Negara (politik)

Negara politik adalah wilayah berdaulat dengan satu kerajaan. Seluruh permukaan Bumi (tidak termasuk Antartika dengan wilayah perairan pantai dikata dibahagikan antara negara geografi. Kini terdapat 192 negara yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu 191 negara dan Negara Vatikan.

Selain ini, terdapat wilayah-wilayah tidak berdaulat lain yang mahu diiktiraf sebagai negara dalam maksud di atas. Sesetengah daripada negara ini mempunyai kawalan de facto terhadap sesuatu kawasan dan populasi mereka, seperti Abkazia, tetapi tidak dikira sebagai negara kerana tidak diiktiraf sebagai mempunyai kedaulatan. Pada sebelah yang lainnya pula, disesetengah negara yang kewujudannya diiktiraf secara antarabangsa, tiada kerajaan pusat yang berkuasa atau terdapat ramai kerajaan-kerajaan de facto. Kerajaan-kerajaan ini tidak dikatakan mempunyai negara sendiri, tetapi berdiri diatas wilayah negara berkenaan.

Negara dari aspek bangsa atau budaya[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Negara (budaya)

Negara bangsa adalah satu 'set orang dengan identiti yang sama yang telah membentuk negara politik sendiri atau biasanya berhajat sedemikian'(Viotti and Kauppi, 2001). Dalam maksud negara geografi ini, rujukan adalah lebih bercirikan satu kumpulan yang mempunyai asal yang sama dari segi etnik, bahasa, agama, atau sejarah, secara betul atau salahnya.

Istilah ini menjadi sinonim dengan negara geografi dengan negara bangsa tampa kedaulatan (iaitu negara bangsa tampa negara politik) bertujuan menanggap diri mereka sebagai sama taraf dengan negara berdaulat. Yang lainnya, termasuk nasionalis, mungkin menggangap satu negara bangsa atau geografi dibahagikan kepada beberapa negara politik.

Negara-negara Konstituen[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Negara Konstituen

Bahagian-bahagian konstituen United Kingdom mungkin boleh dikira sebagai satu negara geografi dalam skop rencana ini, dan juga dipanggil "negara": England, Ireland Utara, Scotland dan Wales (lihat negara-negara konstituen United Kingdom). Ireland Utara juga kadangkala dipanggil provins United Kingdom.

Nama dan istilah[sunting | sunting sumber]

Penggunaan kasual istilah "country", "state" dan "nation" sebagai sinonim menyebabkan berlakunya kekeliruan. Menambah kepada masalah ini adalah penggunaan rasmi: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dianggotai "states"; dan "countries" yang membentuk United Kingdoms dirujuk sebagai "home nations".

Dalam bahasa Inggeris, istilah nation (budaya), country (geografi) dan state (politik) mempunyai maksud ketara, tetapi dalam pertuturan seharian, mereka sering digunakan sebagai sinonim dan boleh ditafsirkan secara pelbagai. Sebagai contoh Cornwall dikira oleh sesetengah pihak sebagai nation di England yang merupakan constituent country atau home nation United Kingdom. United Kingdom adalah state yang diiktiraf berdaulat oleh negara-negara lain juga boleh dirujuk sebagai country di mana penduduknya mempunyai nationality British. Terminologi juga boleh menjadi lebih kompleks apabila perkataan state digunakan oleh negara-negara yang mengunapakai pemerintahan berteraskan persekutuan dengan merujuk kepada negeri. Dalam kebanyakan negara yang menggunakan Bahasa Inggeris, perkataaan state, nation dan country difahami dalam konteks tempatan dan tidak disalahertikan dalam konteks berkenaan. Tetapi apabila perkataan-perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada harapan sesetengah bangsa untuk mendirikan negara sendiri di persada antarabangsa, penggunaannya mendatangkan kontroversi dan boleh menyebabkan salah faham.

Dalam bahasa Melayu pula, perkataan nation, country dan state mempunyai satu makna sahaja, iaitu negara, dengan perkataan state pula biasanya difahami sebagai merujuk kepada negeri kerana kebanyakan penutur Melayu tinggai di Malaysia yang mengamalkan pemerintahan subdivisi persekutuan. Kebanyakan penutur ini tiada kesedaran yang perkataan nation dan country merujuk kepada dua aspek penglihatan negara dalam bahasa Inggeris, serta maksud kedua perkataan state sebagai negara apabila digunakan dalam konteks antarabangsa.

Secara keseluruhan, terdapat pertembungan diantara aspek negara dari segi kedua-dua budaya dan politik, yang dipanggil negara bangsa. Ia merupakan sesuatu yang ramai kerajaan cuba menggalakkan, untuk memberi pengesahan dan legitimasi kepada pemerintahan mereka. Akan tetapi, disebabkan imigresyen dalam sejarah dan zaman kini, komuniti yang homogeneous dari segi etnik sangat jarang atau tidak wujud. Contoh pengecualian adalah negara Iceland dan Jepun.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Anderson, Benedict; 'Imagined Communities: Reflections On the origin and Spread of Nationalism'; London, Verso; 1991
  • Viotti, Paul R. and Kauppi, Mark V.; 'International Relations and World Politics - Security, Economy, Identity'; Second Edition; New Jersey, Prentice Hall; 2001

Pautan luar[sunting | sunting sumber]