Negara anggota Liga Bangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Antara tahun 1919 dan 1939, sebanyak 63 negara menjadi negara ahli Liga Bangsa. Perjanjian pembentukan Liga Bangsa dimuatkan dalam Perjanjian Versailles dan berkuat kuasa pada 10 Januari 1920. Liga Bangsa dimansuhkan pada 18 April 1946, apabila segala aset dan tanggungjawabnya dipindahkan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Keahlian Liga paling banyak dari 28 September 1934 (dengan kemasukan Ecuador) hingga 23 Februari 1935 (apabila Paraguay berundur), dengan 58 ahli. Pada masa ini, hanya Costa Rica (22 Januari 1925), Brazil (14 Jun 1926), Empayar Jepun (27 Mac 1933) dan Jerman (19 September 1933) yang telah berundur dan hanya tinggal Mesir yang menyertainya (pada 26 Mei 1937).

Ahli-ahli (mengikut tarikh keahlian dan abjad nama Inggeris jika menyertai pada tarikh sama) pada waktu ini adalah Argentina, Australia, Belgium, Bolivia, Empayar British, Kanada, Chile, Republik China, Colombia, Cuba, Czechoslovakia, Denmark, El Salvador, Perancis, Greece, Guatemala, Haiti, Honduras, India (Raj British), Itali, Liberia, Belanda, New Zealand, Nicaragua, Norway, Panama, Paraguay, Parsi/Iran, Peru, Poland, Portugal, Romania, Siam, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Kesatuan Afrika Selatan, Uruguay, Yugoslavia, Venezuela, Austria, Bulgaria, Finland, Luxembourg, Albania, Estonia, Latvia, Lithuania, Hungary, Ireland, Ethiopia, Republik Dominika, Mexico, Turki, Iraq, Kesatuan Republik Sosialis Soviet, Afghanistan dan Ecuador.

Daripada 42 ahli pengasas, 23 (atau 24, jika dikira Perancis Bebas) kekal menjadi ahli sehingga pembubaran Liga Bangsa pada tahun 1946. Sebanyak 21 negara lain menyertai Liga antara tahun 1920 dan 1937, akan tetapi 7 daripadanya berundur ataupun dibuang sebelum tahun 1946.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.