Negara kebajikan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Negara kebajikan adalah negara di mana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memberi bantuan wajib kepada rakyatnya.

Negara kebajikan boleh merujuk kepada:

  • Penyediaan perkhidmatan kebajikan oleh negara
  • Dalam keadaan yang ideal, kerajaan mempunyai tanggungjawab utama dalam menjaga hampir setiap aspek kebajikan rakyak. Dalam hal ini setiap aspek kebajikan dianggap hak sejagat rakyat.
  • Penyediaan perkhidmatan kebajikan oleh masyarakat sendiri. Di kebanyakan "negara kebajikan" terutamanya di benua Eropah, perkhidmatan kebajikan disediakan oleh kombinasi badan-badan bebas, sukarelawan dan perkhidmatan kerajaan. Mereka ini boleh jadi kerajaan pusat atau negeri, syarikat atau agensi yang dibiayai kerajaan, syarikat persendirian, organisasi amal atau organisasi bukan berasaskan keuntungan. Fenomena ini lazimnya lebih dikenali sebagai "masyarakat kebajikan".

Negara kebajikan lazimnya ditemui di negara Scandinavia seperti Denmark, Finland, Iceland, Sweden dan Norway. Negara seperti Perancis, Jerman dan Belgium juga membelanjakan banyak wang dalam program kebajikan.

Di negara Scandinavia, kerajaan mengenakan cukai yang tinggi untuk membiayai program kebajikan.

Jadual di bawah menunjukkan; pertama, peratusan belanja kebajikan daripada KDNK untuk negara OECD terpilih; dan kedua, KDNK per kapita (PPP AS$) dalam 2001:

Negara Belanja kebajikan (% dari KDNK) KDNK per kapita (PPP US$)
Denmark 29.2 $29,000
Sweden 28.9 $24,180
Perancis 28.5 $23,990
Jerman 27.4 $25,350
Belgium 27.2 $25,520
Switzerland 26.4 $28,100
Austria 26.0 $26,730
Finland 24.8 $24,430
Belanda 24.3 $27,190
Itali 24.4 $24,670
Greece 24.3 $17,440
Norway 23.9 $29,620
Poland 23.0 $9,450
United Kingdom 21.8 $24,160
Portugal 21.1 $18,150
Luxembourg 20.8 $53,780
Republik Czech 20.1 $14,720
Hungary 20.1 $12,340
Iceland 19.8 $29,990
Sepanyol 19.6 $20,150
New Zealand 18.5 $19,160
Australia 18.0 $25,370
Republik Slovak 17.9 $11,960
Kanada 17.8 $27,130
Jepun 16.9 $25,130
Amerika Syarikat 14.8 $34,320
Ireland 13.8 $32,410
Mexico 11.8 $8,430
Korea Selatan 6.1 $15,090

Angka dari OECD[1] dan UNDP.[2]

Nota: tiada data untuk China, India, Indonesia, Brazil, Russia dan Pakistan, kerana negara terbabit bukan ahli OECD.

Perdebatan mengenai negara kebajikan[sunting | sunting sumber]

  • Beberapa kritikan terhadap negara kebajikan berkisar sekitar ia menjadikan rakyat bergantung kepada kerajaan dan malas bekerja.
  • Negara kebajikan juga memaksa rakyatnya membayar cukai yang tinggi untuk mensubsidi orang lain. Penyokong idea ini melihat tindakan kerajaan ini seperti merampas hak pemilikan persendirian.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) (2001). "Welfare Expenditure Report" (Microsoft Excel Workbook). OECD. 
  2. United Nations Development Programme (UNDP) (2003). "Human Development Indicators". Human Development Report 2003. New York: Oxford University Press for the UNDP.