Negeri FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

NEGERIfm ialah sebuah stesen radio milik kerajaan Malaysia, di bawah pengurusan Radio Televisyen Malaysia. Siaran NEGERIfm dipancarkan ke seluruh Negeri Sembilan, kawasan Ledang, Johor dan kawasan yang bersempadan dengan negeri ini. Beroperasi sejak tahun 1990, kini ia beroperasi Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Mula beroperasi pada tahun 1990 di Jalan Raja Ali, Seremban, hasil idea mantan Menteri Penerangan, Datuk Seri Mohammad Rahmat. Lokasi kini terletak di Jalan Sungai Gadut sejak 2007. Pada 2008, ia dengan rasminya dinamakan Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad yang disempurnakan oleh DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Besar pada ketika itu, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Tuanku Abdul Rahman.Nama Tuanku Muhammad diambil bersempena dengan nama nenda Almarhum Tuanku Ja’afar Dikenali sebagai NEGERIfm sejak tahun 2005. Sebelum ini ia diberi nama Radio 3 Seremban (1990) dan Radio Malaysia Negeri Sembilan (1998).Bersiaran langsung setiap hari selama 18 jam sehari dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad dilengkapi dengan kemudahan siaran digital dan Auditorium Tengku Puan Cik (sempena nama nenda Almarhum Tuanku Ja’afar) yang boleh memuatkan seramai 1,000 orang penonton.Siaran radio NEGERIfm boleh diikuti menerusi gelombang-gelombang 92.6 di Seremban, 95.7 dari Bukit Tampin dan 107.7 dari Gunung Ledang, serta meliputi beberapa kawasan di Kuala Lumpur, utara Johor termasuk Muar dan Tangkak dan Segamat Utara sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Melaka seperti Pulau Sebang, Alor Gajah, Lubuk Cina, Masjid Tanah, Nyalas kawasan-kawasan lain di Melaka penerimaannya agak kurang memuaskan. Melaka.Waris NEGERIfm iaitu merupakan satu saluran interaktif berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan untuk mendekatkan hubungan NEGERIfm dengan para pendengar. Siaran stesen ini juga boleh didengari menerusi laman web www.negeri.fm

[sunting] Frekuensi

92.6 Mhz - Seremban / Kuala Lumpur
95.7 Mhz - Bukit Tampin / Melaka
107.7 Mhz - Gunung Ledang

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan