Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negeri Sembilan FA merupakan salah sebuah pasukan bola sepak di Malaysia. Pasukan ini diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS). Pasukan ini merupakan salah satu pasukan dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga teratas dalam Liga Malaysia Boleh Mengetahui Maklumat bolasepak Negeri Sembilan di Facebook:-Info Bola Sepak Negeri Sembilan(Kelab Penyokong.
Sejarah bola sepak Negeri Sembilan dikenal pasti bermula pada tahun 1923, ia berdasarkan satu petikan dalam buku sejarah bola sepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe yang berusia 93 tahun ketika ditemu ramah. Beliau menyatakan perlawanan Piala Malaya (Piala Malaysia) di antara Negeri Sembilan dan Singapura berlangsung pada tahun tersebut.
[sunting] Dato' Wan Salaidin
· Presiden PBNS – Dato’ Wan Salaidin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menjadi presiden PBNS semasa Dato’ Mansor Othman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Setiausaha Kehormat PBNS semasa itu ialah En. Ramalingam. Pejabat PBNS pada masa itu adalah di pejabat En. Ramalingam yang terletak di Paul Street.
[sunting] Dato Rais Yatim
· Dato Rais Yatim menjadi Menteri Besar menggantikan Dato Mansor Othman. Seterusnya perlembagaan PBNS di tukar dengan membenarkan hanya Menteri Besar menjadi presiden PBNS sehinggalah sekarang. Sebelum ini jawatan Presiden dipilih melalui mesyuarat agung PBNS. Pejabat PBNS pada masa itu terletak di tingkat atas Bangunan Poliklinik Rakyat, Bandar Seremban.
[sunting] Dato Isa Samad
· 1982 – Dato Mohd Isa Samad, Menteri Besar ketika itu telah memegang jawatan presiden PBNS selama 22 tahun. Setiausaha kehormat ialah Dato Abdullah Sani Abd Hamid yang menggantikan Kapt. Hadi. Bangunan PBNS telah dibina setinggi tiga tingkat di Medan Rahang, Seremban di atas tanah PBNS pada tahun 1992.
[sunting] Dato' Mohamad Hassan
· 2004 – Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hassan dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Mohd Samad memegang jawatan presiden PBNS. Dalam mesyuarat agung PBNS, En. Abd. Halim Abd. Latif dilantik memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat menggantikan Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid yang dinaikkan pangkat memegang jawatan Timbalan Presiden PBNS.
Bawah kepimpinan beliau, skuad Negeri Sembilan berubah wajah. Dengan pelbagai program akar umbi yang dilakukan, beliau berjaya menghasilkan skuad yang bermutu dengan mengambil jurulatih berkaliber seperti Wan Jamak Wan Hasan dan Azraai Khor Abdullah. Hasilnya, Negeri Sembilan menjadi sebuah pasukan yang elit dalam Malaysia dengan merangkul semula Piala FA pada 2010, dan berjaya mara 3 tahun berturut-turut dalam saingan Piala Malaysia dengan memenangi 2 daripadanya. Selain itu, program yang beliau lakukan berjaya menghasilkan pemain seperti kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta pemain sayap lincah Shahurain Abu Samah dan S. Kunalan.
[sunting] Identiti Pasukan
[sunting] Lambang Pasukan
Lambang pasukan ini diambil daripada jata negeri. Dengan mengekalkan sembilan batang padi dan tiga warna dalam jata negeri. Selain itu, bintang pecah sembilan digantikan dengan dua bekas keris dan tulisan jawi pada jata negeri sembilan digantikan dengan singkatan PBNS. Sebilah keris dan sarungnya dibuang dan lambang itu dibentuk seperti perisai seperti lambang kelab-kelab di Eropah.
[sunting] ULTRAS NOGORI
Terdiri dari anak jati Negeri Sembilan yang berada di mana sahaja pasukan Negeri Sembilan FA akan bermain. Merupakan sebuah pasukan sorak yang bertindak sebagai tunjang kepada sorakan bagi meniup semangat pemain dan penyokong skuad JANGS!.
Warna kit pasukan ialah kuning berseluar hitam sebagai warna kit utama dan biru gelap berseluar biru gelap sebagai kit kedua.
[sunting] Skuad terkini
Bagi perpindahan terkini, sila lihat Senarai perpindahan bola sepak Malaysia 2011
[sunting] Pencapaian domestik
- Juara (2): 2009, 2011
- Naib Juara (3): 2000, 2006, 2010
- Juara (1): 1948
- Juara (1): 2006
- Naib Juara (1): 2008
- Juara (2): 2003, 2010
- Juara (1): 1991
- Naib Juara (1): 2004
- Juara (1): 2012
- Naib Juara (2): 2004, 2010, 2012
- Peringkat Kumpulan: 2004, 2007
- Mengundur diri: 2010
[sunting] Bekas Pemain
[sunting] Bekas Pemain Ternama
- Pemain luar negara
Gustavo Carlos Cerro
Jose Iriarte
Scott Ollerenshaw
Harrison Muranda|Harrison Eric Muranda
Abdulrazak Ekpoki
Abdul Lateef Seriki
Christian Bekamenga
Udo Fortune
Lamine Conteh
Marian Juhas
Miroslav Bozik
Robert Bozik
Marian Valach
- Pemain tempatan
[sunting] Ketua Jurulatih
[sunting] Perlawanan Negeri Sembilan dalam Liga Super 2012
- 10.1.12 Negeri Sembilan 2-2 Selangor : Penjaring Gol: Effa Owona (2 kali): Seri
- 14.1.12 Johor FC 0-2 Negeri Sembilan : Penjaring Gol: A. Mohd Ali (2 kali): Menang
- 17.1.12 Perak 2-1 Negeri Sembilan : Penjaring Gol: Effa Owana: Kalah
- 21.1.12 Negeri Sembilan 1-0 Felda United : Penjaring Gol: Shahurain Abu Samah: Menang
- 28.1.12 Sarawak 2-2 Negeri Sembilan : Penjaring Gol: Shukor Adan, A. Mohd Ali: Seri
- 8.2.12 Negeri Sembilan 2-1 PBDK T-Team: Penjaring Gol: Effa Owona, A. Mohd Ali: Menang