Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. 11 negeri dan dua wilayah persektuan terletak di Semenanjung Melayu manakala dua negeri dan satu wilayah persekutuan yang lain terletak di pulau Borneo.

Negeri dan wilayah persekutuan[sunting | sunting sumber]

Nama
Ibu negeri
Bandar diraja
Jumlah penduduk[1]
Keluasan (km²)[2]
Kepadatan penduduk[3]
Awalan
nombor plat

Kod kawasan telefon
Kotaraya terbesar
Singkatan
ISO
FIPS
Kuala Lumpur Kuala Lumpur 1,627,172 243 6696 W 03 Lembah Klang KUL MY-14
Labuan Labuan 85,272 91 937 L 087 LBN MY-15 MY15
Putrajaya Putrajaya 67,964 49 1387 Putrajaya 03 PJY MY-16
Johor Johor Darul Takzim Johor Bahru Muar 3,233,434 19,210 168 J 07
06 (Muar & Ledang)
Johor Bahru JHR MY-01 MY01
Kedah Kedah Darul Aman Alor Setar Anak Bukit 1,890,098 9,500 199 K 04 Sungai Petani KDH MY-02 MY02
Kelantan Al-Kelantan Darul Naim Kota Bharu Kota Bharu 1,459,994 15,099 97 D 09 Kota Bharu KTN MY-03 MY03
Melaka Melaka Darul Azim Bandar Melaka 788,706 1,664 474 M 06 Bandar Melaka MLK MY-04 MY04
Negeri Sembilan Negeri Sembilan Darul Khusus Seremban Seri Menanti 997,071 6,686 149 N 06 Seremban NSN MY-05 MY05
Pahang Pahang Darul Makmur Kuantan Pekan 1,443,365 36,137 40 C 09
03 (Genting)
05 (Cameron)
Kuantan PHG MY-06 MY06
Negeri Perak Perak Darul Ridzuan Ipoh Kuala Kangsar 2,258,428 21,035 107 A 05 Ipoh PRK MY-08 MY07
Perlis Perlis Darul Sunnah Kangar Arau 227,025 821 277 R 04 Kangar PLS MY-09 MY08
Pulau Pinang Pulau Pinang Pulau Mutiara Georgetown 1,520,143 1,048 1451 P 04 Georgetown PNG MY-07 MY09
Sabah Negeri Sabah Kota Kinabalu 3,120,040 73,631 42 S 087-089 Kota Kinabalu SBH MY-12 MY16
Sarawak Negeri Sarawak Kuching 2,420,009 124,450 19 Q 081-086 Kuching SWK MY-13 MY11
Selangor Selangor Darul Ehsan Shah Alam Klang 5,411,324 8,104 668 B 03 Shah Alam SGR MY-10 MY12
Terengganu Al-Terengganu Darul Iman Kuala Terengganu Kuala Terengganu 1,015,776 13,035 78 T 09 Kuala Terengganu TRG MY-11 MY13

Tadbir urus[sunting | sunting sumber]

Sembilan negeri Melayu diketuai oleh seorang Raja turun-temurun selaku ketua negeri diiringi seorang Menteri Besar eksekutif sebagai ketua kerajaan yang bertanggungjawab politik. Raja-raka Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu bergelar Sultan. Ketua negeri terpilih Negeri Sembilan memegang satu-satunya gelaran Melayu Yang di-Pertuan Besar, manakala Raja Perlis sekadar bergelar Raja. Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara persekutuan dipilih (sebenarnya dikitarkan) di kalangan sembilan raja untuk sepenggal lima tahun. Bekas penempatan dan jajahan mahkota British iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, setiap satunya diketuai seorang Gabenor pada nama lantikan persekutuan, iaitu Yang di-Pertua Negeri, diiringi Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan eksekutif.

Setiap negeri bersistem perundangan ekadewan iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN). Ahli-ahli DUN diundi dari kawasan pengundian satu ahli yang ditetapkan berasaskan kependudukan. Ketua Menteri lantikan Ketua Negeri biasanya merupakan pemimpin parti majoriti peringkat negeri. Satu penggal di DUN adalah lima tahun, melainkan perhimpunan dibubarkan awal oleh ketua negeri atas nasihat Ketua Menteri. Biasanya, DUN di Semenanjung Malaysia dibubarkan sempena pembubaran parlimen persekutuan, agar pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen. Namun demikian, ketua negeri memegang kuasa budi bicara bagi membubarkan DUN.

Setiap negeri menghantar dua wakil ke Dewan Negara, iaitu dewan pertuanan parlimen persekutuan.

Sebagai sebuah negara persekutuan, kerja tadbir urus Malaysia diagih-agihkan antara kerajaan persekutuan dan negeri. Tanggungjawab tertentu kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri disenaraikan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia. Secara teori, mana-mana perihal yang tidak ditentukan dalam Jadual Kesembilan boleh digubal undang-undang di peringkat negeri. Namun, pakar undang-undang mengibaratkan hal sebegini sebagai (pauper's bequest) skop perihal yang begitu luas dalam Jadual Kesembilan. Mahkamah secara amnya mengutamakan tafsiran luas mengenai isi kandungan Jadual Kesembilan, maka mengurangkan bilangan hal-hal yang mungkin belum diliputi. Jadual Kesembilan jelas menyenaraikan hal-hal berikut yang boleh digubal oleh undang-undang negeri: pegangan tanah, agama Islam dan kerajaan tempatan.[4] Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa tambahan sebagai sebahagian terma-terma penyertaan Malaysia, seperti kawalan imigrasi.

Parlimen Malaysia dibenarkan menggubal undang-undang tanah, agama Islam dan kerajaan tempatan untuk memastikan keseragaman undang-undang antara semua negeri, ataupun atas permintaan DUN berkenaan. Undang-undang yang dipersoalkan juga mesti diluluskan oleh DUN, kecuali bagi perihal berkenaan undang-undang tanah tertentu. Perihal bukan Islam yang berada dalam skop negeri boleh juga digubal undang-undang di peringkat persektuan untuk tujuan mematuhi kewajipan perjanjian Malaysia.[5]

Singapura dan Negara Brunei Darussalam[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Singapura di Malaysia

 Singapura Republik Singapura ialah sebuah negeri di Malaysia sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 sehingga berpisah dari Persekutuan pada 9 Ogos 1965.

 Brunei Negara Brunei Darussalam pernah dipelawa untuk menyertai Persekutuan tetapi akhirnya menolaknya atas beberapa masalah, seperti taraf Sultan Brunei dalam Malaysia, pembahagian royalti minyak Brunei, serta tekanan dari pihak pembangkang yang mencetuskan Pemberontakan Brunei Bandar Seri Begawan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^  Kod MY10 tidak digunakan dalam FIPS 10-4 tetapi pernah digunakan untuk FIPS 10-3[6] (for Sabah)
  2. ^  Wilayah bernama bahasa rasmi dalam kedua-dua senarai kod FIPS 10-4 dan ISO 3166-2:MY[7]
  3. ^  Wilayah Persekutuan bertakrif wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya. Digunakan oleh FIPS sahaja

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. p. iv. http://www.statistics.gov.my/ccount12/click.php?id=2127. Capaian 2011-01-24. 
  2. "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. p. 27. http://www.statistics.gov.my/ccount12/click.php?id=2127. Capaian 2011-01-24. 
  3. "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. p. 27. http://www.statistics.gov.my/ccount12/click.php?id=2127. Capaian 2011-01-24. 
  4. Wu, Min Aun & Hickling, R. H. (2003). Hickling's Malaysian Public Law, pp. 64–65. Petaling Jaya: Pearson Malaysia. ISBN 983-74-2518-0.
  5. Wu & Hickling, pp. 65–66.
  6. USAid Geocode
  7. MaxMind GeoIP

Pautan luar[sunting | sunting sumber]