Negeri Sembilan
Negeri-negeri di Malaysia نڬري٢ د مليسيا |
|||||
| نڬري سمبيلن دار الخصوص Negeri Sembilan Darul Khusus |
|||||
|
|||||
| Lagu negeri: Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan | |||||
| Ibu negeri | Seremban | ||||
|---|---|---|---|---|---|
| Bandar diraja | Seri Menanti | ||||
| Parti memerintah | Barisan Nasional-UMNO | ||||
| - Yang di-Pertuan Besar | Tuanku Mukhriz | ||||
| - Menteri Besar | Mohamad Haji Hasan | ||||
| Sejarah | |||||
| - Bersatu di dalam Negeri-negeri Bersekutu | 1895 | ||||
| - Pendudukan Jepun | 1942 | ||||
| - Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu | 1948 | ||||
| Keluasan | |||||
| - Jumlah | 6,645 km² | ||||
| Populasi | |||||
| - 2010 census | 1,021,064 [1] | ||||
| - Kepadatan | 153/km² | ||||
| Kod panggilan kebangsaan | 06 | ||||
| Poskod kebangsaan | 70xxx to 73xxx | ||||
| Huruf pertama plat kenderaan | N | ||||
| Laman sesawang: | www.ns.gov.my | ||||
Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta):
- Selangor di utara;
- Pahang di timur;
- Johor di tenggara;
- Melaka di selatan; dan
- Selat Melaka di barat.
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
- Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
- Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
- Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jelebu dan Jempol.
Isi kandungan |
Geografi[sunting]
Negeri Sembilan pada asalnya diambil dari sembilan daerah iaitu dan dibakukan menjadi Negeri Sembilan. Pada masa kini tinggal tujuh.
- Port Dickson ڨورت ديكسون
- Kuala Pilah كوالا ڨيله
- Tampin تمڨين
- Jempol جمڨول
- Jelebu جلبو
- Rembau رمباو
- Seremban سرمبن
Negeri Sembilan terdiri daripada 9 luak iaitu :-
Selain Seremban, bandar-bandar utama yang lain di Negeri Sembilan ialah Kuala Pilah, Rembau, Kuala Klawang, Tampin dan Port Dickson
Kerajaan[sunting]
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa meluluskan undang-undang adalah Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan undangan Negeri adalah terdiri daripada calon-calon yang memenangi pilihanraya di kawasan Dewan Undangan masing-masing.
Parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri berhak untuk dicalonkan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Besar. Menteri Besar kemudiannya akan melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau EXCO. Exco ini adalah dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
Ekonomi[sunting]
Kebudayaan[sunting]
Masyarakat Melayu di Negeri Sembilan sememangnya terkenal dengan kesenian Negerinya seperti Randai yang dibawa oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera dan Bongai.
Lihat juga[sunting]
- Perhubungan di Negeri Sembilan
- Pelancongan di Negeri Sembilan
- Pengangkutan di Negeri Sembilan
- Identiti Negeri Sembilan
Tempat pelancongan[sunting]
Gunung[sunting]
- Gunung Angsi, Kuala Pilah
- Gunung Dato, Rembau
- Gunung Tampin, Tampin
- Gunung Antu Besar, Kenaboi
Hutan lipur[sunting]
- Hutan Lipur Serting Ulu, Serting Ulu
- Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah
- Hutan Lipur De Bana, Lui Barat
- Hutan Lipur Jeram Tengkek, Tengkek
Padang golf[sunting]
- Gemas Golf Resort, Gemas
- Tuanku Jaafar Golf & Country Club, Seremban
- Nilai Springs Golf & Country Club, Nilai
- Staffield Country Resort, Mantin
Muzium[sunting]
- Muzium Adat, Lubok China
- Muzium Lukut, Lukut
- Muzium DiRaja, Seri Menanti
Air terjun[sunting]
Pantai[sunting]
- Pantai Teluk Kemang, Teluk Kemang
- Blue Lagoon, Teluk Kemang
- Pantai Port Dickson, Port Dickson
Tempat menarik[sunting]
- Teratak Za'ba, Batu Kikir
- Kampung Sungai Lonek, Batu Kikir
- Kampung Serting, Serting
- Perkampungan Orang Asli, Durian Tipus
- Kampung Seri Menanti, Seri Menanti
- Kampung K. Klawang, Kuala Kelawang
- Talang Dam, Tanjong Ipoh
- Makam Tuan Tulis, Kuala Talang, Tanjong Ipoh
- Taman Tasik Seremban, Seremban
- Kampung Pelegong, Seremban
- Masjid Tugu, Seremban
- Stesen Kereta Api Seremban, Seremban
- Rumah Api Tanjong Tuan, Teluk Kemang
- Kubu Lukut, Lukut
- Kolam Air Panas Pedas, Pedas
- Pedas Wet World, Pedas
- Istana Seri Menanti, Seri Menanti
- Kompleks Kraftangan Kebudayaan dan Muzium Negeri Sembilan, Seremban
- Muzium Tentera Darat, Port Dickson
- Pantai Port Dickson, Port Dickson atau Sirusa
Rujukan[sunting]
Pautan luar[sunting]
|
||||||||||
