Nellie Bly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nellie Bly pada tahun 1890

Nellie Bly (dilahirkan sebagai Elizabeth Jane Cochran, kemudian Cochrane; tempoh hayat 5hb Mei, 1864–27hb Januari, 1922) adalah seorang wartawan, penulis, tokoh perindustrian dan pekerja amal dari Amerika Syarikat. Beliau paling terkenal dengan siasatannya di mana beliau berpura-pura mengalami masalah mental untuk mengkaji situasi di sebuah institusi mental dari dalam. Beliau juga terkenal dengan memecah rekod mengelilingi dunia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Elizabeth Jane Cochran, digelar "Pink" kerana memakai pakaian berwarna merah jambu semasa kecil, dilahirkan di Cochran's Mills, Armstrong County, Pennsylvania, empat puluh batu timur laut dari Pittsburgh. Ayahnya, seorang bekas Associate Justice (seorang ahli panel judisiari yang bukan Ketua Hakim) yang kaya, meninggal dunia semasa Pink berusia enam tahun. Ibunya kahwin semula tiga tahun kemudian, tetapi memfailkan penceraian semasa Pink berusia empat belas tahun; Pink telah memberi keterangan di mahkamah mengenai ayah tirinya yang pemabuk dan ganas. Meningakat usia remaja, Pink mengubah nama keluarganya kepada Cochrane, dipercayai menambah huruf "e" itu untuk lebih sofistikated.[1] Beliau telah belajar di sekolah berasrama selama satu penggal tetapi berhenti kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Pasa tahun 1880, Pink dan keluarganya berpindah ke Pittsburgh. Suatu rencana dalamPittsburgh Dispatch yang bersifat seksis merangsangnya untuk menulis pembantahan yang lantang kepada editor; editor yang kagum dengan kesungguhan dan keperibadiannya, meminta Pink menyertai akhbar tersebut. Wartawan surat khabar wanita pada ketika itu selalunya menggunakan nama pena, dan editor itu telah mengelar Pink sebagai "Nellie Bly", watak utama dalam sebuah lagu yang popular oleh Stephen Foster

Bly memfokuskan karya-karya awalnya untuk Dispatch kepada kesusahan yang dialami oleh wanita yang bekerja, dengan menulis sebuah siri rencana penyiasatan terhadap pekerja kilang wanita. Akan tetapi, tekanan dari editor telah memaksanya beralih kepada seksyen wanita untuk menulis mengenai fesyen, masyarakat, dan perkebunan, iaitu tugas biasa bagi wartawan wanita pada zaman itu. Bly tidak sabar dengan tugasan seperti itu, lalu beliau mengambil inisiatif dan telah pergi ke Mexico untuk menjadi wartawan luar negara (foreign correspondent).

Pada usia 21 tahun, Bly menghabiskan masa hampir separuh tahun melaporkan tentang kehidupan dan adat orang Mexico; laporan-laporannya ini kemudian telah dibukukan sebagai Six Months in Mexico (Enam Bulan di Mexico). Dalam satu laporan, beliau membantah penahanan seorang wartawan tempatan yang telah mengkritik kerajaan Mexico, yang pada masa itu merupakan kerajaan diktator di bawah Porfirio Díaz. Apabila pihak berkuasa Mexico mendapat tahu tentang laporan Bly itu mereka mengugut untuk menangkapnya, lalu beliau pun meninggalkan negara tersebut. Setelah selamat kembali ke tanah air, Bly mengelar Diaz sebagai seorang 'tyrannical czar' yang mengkongkong rakyat Mexico dan menyekat media.

Pendedahan di hospital gila[sunting | sunting sumber]

Dibebankan semula oleh tugas-tugas pelaporan teater dan seni, Bly meninggalkan Pittsburgh Dispatch pada tahun 1887 untuk ke Bandaraya New York. Tanpa wang selepas empat bulan, beliau memujuk syarikat akhbar Joseph Pulitzer supaya memberikannya kerja dan ditugaskan secara rahsia untuk berpura-pura menjadi gila untuk dapat menyelidiki laporan-laporan tentang kekejaman dan kecuaian di Hospital Gila Wanita di Pulau Blackwell.

Selepas semalam berlatih ungkap muka orang gila di hadapan cermin, beliau mendaftar masuk ke sebuah rumah tumpangan kelas pekerja. Beliau enggan tidur dan memberitahu pelanggan-pelanggan lain bahawa mereka nampaknya macam orang gila. Mereka memutuskan bahawa dialah yang gila, dan pada pagi hari keesokan, mereka menyuruh polis. Dibawa ke mahkamah, beliau mendakwa bahawa beliau menghidap amnesia. Hakim itu menyimpul bahawa beliau dipengaruhi oleh drug.

Bly kemudian diperiksa oleh beberapa doktor yang mengisytiharkan bahawa beliau gila. "Positively demented," berkata seorang doktor, "Saya menganggap kes ini tidak dapat dirawat. Dia perlu dihantar ke tempat yang orang lain dapat menjaganya." [2] Ketua bahagian pesakit gila di Hospital Bellevue mengisytiharkannya "benar-benar gila". Kes "wanita gila yang jernih" menarik perhatian media: "Siapakan Wanita Gila ini?" tanya New York Sun. The New York Times menulis tentang "mysterious waif" dengan "wild, hunted look in her eyes", serta teriakannya: "Aku tak ingat. Aku tak ingat."[3]

Committed to the Blackwell's Island Insane Asylum, Bly experienced its conditions firsthand. The food—gruel broth, spoiled meat, bread that was little more than dried dough—she found inedible. The inmates were made to sit for much of each day on hard benches with scant protection from the cold. The nurses were rude and abusive, telling the patients to shut up and beating them if they did not. Speaking with her fellow residents, Bly was convinced that some were as sane as she was. On the effect of her experiences, she wrote:

What, excepting torture, would produce insanity quicker than this treatment? Here is a class of women sent to be cured. I would like the expert physicians who are condemning me for my action, which has proven their ability, to take a perfectly sane and healthy woman, shut her up and make her sit from 6 A. M. until 8 P. M. on straight-back benches, do not allow her to talk or move during these hours, give her no reading and let her know nothing of the world or its doings, give her bad food and harsh treatment, and see how long it will take to make her insane. Two months would make her a mental and physical wreck.[2]

Selepas sepuluh hari, Bly dibebaskan daripada hospital gila atas rayuan The World'. Laporannya yang kemudia diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Sepuluh Hari di dalam Hospital Gila, menimbulkan sensasi dan membawanya kemasyhuran yang dapat tahan lama. While embarrassed physicians and staff fumbled to explain how so many professionals had been fooled, a grand jury melancarkan penyelidikan sendiri terhadap keadaan-keadaan di dalam hospital gila, dan menjemput Bly untuk membantu mereka. Laporan jury mengesyorkan perubahan-perubahan yang dicadangkan oleh Bly dan permintaan mereka untuk meningkatkan pembiayaian penjagaan pesakit-pesakit gila menyebabkan pertambahan sebanyak AS$850,000 dalam baget Jabatan Amal dan Pembetulan Awam.

Mengelilingi dunia[sunting | sunting sumber]

Nellie Bly dalam pakaian kembara, 1890

Pada tahun 1888, Dunia New York diberikan cadangan untuk menghantar seorang wartawan bagi mengelilingi dunia. Perbuatan itu meniru buku Jules Verne, Mengelilingi Dunia dalam Lapan Puluh Hari. Keputusan dibuat untuk menghantar Nellie Bly dan pada 14 November 1889, beliau bertolak dari New York untuk perjalanannya yang berjarak 24,899 batu.

"Tujuh puluh dua hari, enam jam, sebelas minit dan empat belas saat selepas beliau bertolak dari Hoboken" (25 Januari 1890), Nellie tiba di New York. Pada masa itu, tempoh perjalanan ini merupakan rekod dunia untuk mengelilingi bumi, walaupun rekod itu dipecah beberapa bulan kemudian oleh George Francis Train yang menyiapkan perjalanannya dalam tempoh 67 hari.

Dalam perjalanannya mengelilingi dunia, Bly bukan sahaja melawat England, Jepun, China, Hong Kong, dan tempat-tempat lain, tetapi beliau juga melawat tempat asal Jules Verne, Brindisi, Colombo, dan San Francisco. Beliau juga merupakan wanita pertama untuk mengelilingi dunia tanpa diiringi oleh sebarang orang lelaki, dan menjadi contoh untuk wanita di merata-rata tempat.

Tahun-tahun kemudian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1894, Nellie Bly berkahwin dengan Robert Seaman, pengilang jutawan. Suaminya yang berumur 72 tahun ketika itu adalah empat puluh empat tahun lebih tua daripadanya. Beliau bersara sebagai wartawan dan selepas kematian suaminya pada tahun 1904, mengurus syarikat-syarikatnya. Buat satu tempoh, beliau merupakan salah satu usahawan wanita yang utama di Amerika Syarikat, tetapi pengurusannya yang buruk memaksanya menjadi muflis. Terpaksa menjadi wartawan semula, beliau melitupi peristiwa-peristiwa seperti konvensyen suffrage wanita pada tahun 1913, serta cerita-cerita mengenai Barisan Depan Timur di Eropah semasa Perang Dunia I.

Pada tahun 1916, Nellie diberikan seorang bayi lelaki yang ibu bayi itu meminta Nellie menjaga dan menyediakan untuk dijadikan anak angkat. Bayi itu yang dilahirkan di luar nikah amat sukar mendapat ibu bapa angkat kerana berketurunan separuh orang Jepun. Oleh itu, bayi itu menghabiskan enam tahun yang berikut di rumah yatim yang dikendalikan oleh Gereja Semua Negara di Manhattan.

Ketika Nellie sakit pada akhir hayatnya, beliau meminta Beatrice Brown, anak saudaranya, supaya menjadi budak lelaki itu serta beberapa bayi lain yang diminatinya. Minatnya terhadap rumah-rumah yatim mungkin merupakan sebahagian usahanya yang berterusan untuk memperbaik pertubuhan-pertubuhan sosial pada zamannya.

Ketika berumur 57 tahun, Elizabeth "Pink" Cochrane meninggal dunia selepas menghidapi pneumonia.

Taman Hiburan Nellie Bly di Brooklyn, Bandaraya New York, dinamakan sempena namanya dan bertema Mengelilingi Dunia dalam Lapan Puluh Hari. Taman ini kini ditutup dan akan dibuka semula di bawah pengurusan baru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bly, Nellie (1887). Ten Days in a Mad-House.
  • Kroeger, Brooke (1994). Nellie Bly: Daredevil, Reporter, Feminist.
  • Afidavit Beatrice K. Brown; Surrogates Court, Kings County (1922)

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kroeger 1994, p. 25.
  2. ^ a b Bly 1887.
  3. ^ Kroeger 1994, m.s. 91–92.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]