Nelydia Senrose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nelydia Senrose
Kelahiran Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
30 Julai 1994 (20 tahun)
Kota Bharu, Kelantan Malaysia
Warganegara Malaysia Malaysia
Pusat pendidikan SEGI College
Pekerjaan Pelakon dan Pelajar
Tahun aktif 2007 – kini
Agama Islam
Rakan seperjuangan Qi Razali (2013-)

Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen (lahir 30 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Nelydia Senrose[1] ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau muncul pada 2007 dan telah tampil dalam beberapa drama televisyen, dan mula dikenali melalui drama Setia Hujung Nyawa sebagai Ersalina.[2]

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Nelydia Senrose adalah anak ketiga daripada tujuh adik-beradik. Ibu bapanya adalah Siam dan Melayu. Dia berasai dari Kota Bharu, Kelantan dan menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Kakak Nelydia Senrose adalah Uqasha Senrose juga seorang artis.[3]

Karier[sunting | sunting sumber]

Nelydia Senrose atau Nelly mula berlakon pada usia 13 Tahun. Pada masa itu, dia memainkan peranan sebagai anak perempuan, Melissa dalam Spa Q 1.[4] Sejak itu, beliau aktif muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Spa Q, Chef Cinta, Datin Wannabe, dan Setia Hujung Nyawa.

Nelydia Senrose lulusan dari Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya ketika dia berusia 17 tahun. Nelydia mendapat 6A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 dan kini sedang menuntut di SEGI College dalam bidang Psychology.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Huraian Rangkaian TV
2007/2008 Spa Q Melissa TV3
2009 Spa Qistina Melissa Astro Ria
Datin Wan Abe - TV3
2010 Ahmad Durrah Anisa TV3
2011 Pak Suman - TV Alhijrah
2012 Puaka Bunga Tanjung Mayang Bidari TV9
Friday I'm In Love Nisha TV9
Setia Hujung Nyawa Ersalina Imani TV3
2013 Cinta Jannah Jannah TV3
2013 Strawberi & Karipap Auntie Lisa Astro Ceria

Drama Telemovie[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Huraian Rangkaian TV
2009 Anak Aku Artis - Astro Ria
2011 Iqra' - TV3
Mistik Alam Hitam - Astro Ria
Khalifah Siti Mariam TV3
Si Tudung Tweet - TV9
2013 Setia Hujung Nyawa Raya Ersalina Imani (EL) TV3

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Cinderella (2013)
  2. Mat Tudung (2014)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]