Neologisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Neologisme merujuk kepada fenomena penciptaan kata baru yang berlaku dalam sesuatu bahasa. Selain itu, ia juga boleh merujuk kepada fenomena penerbitan maksud baru untuk sesuatu perkataan. Neologisme adalah disebabkan oleh beberapa sebab iaitu:

  • Kemunculan Idea Baru.
  • Perubahan Konteks Budaya
  • Sifat Bahasa yang Dinamiks

Reaksi Masyarakat Terhadap Neologisme[sunting | sunting sumber]

Neologisme sebenarnya adalah suatu pekara yang biasa yang berlaku di dalam masyarakat. Namun begitu, kata-kata yang baru dicipta oleh seseorang itu harus melalui ujian ahli lingustik dan juga masyarakat itu sendiri untuk menjadi sebuah perkataan yang mantap dan diterima umum. Bagi ahli lingustik, neologisme adalah tidak digalakkan sekiranya terdapat perkataan lama yang mampu menyampaikan maksud yang sama untuk perkataan baru itu. Dengan kata lain, neologisme hanya digalakkan sekiranya ia adalah perlu, iaitu semasa tiada kata lama yang dapat menyampaikan sesuatu ideal yang baru. Ahli masyarakat secara umumnya akan mempunyai reaksi yang berbeza-beza terhadap neologisme, ada yang suka dan ada yang bantah. Mereka yang suka kepada neologisme mungkin kerana "ia rasa sedap". Sekiranya sesuatu perkataan yang baru yang berjaya melalui ujian-ujian ini, maka ia akan diterima masuk ke dalam kamus dan dengan itu ia akan menjadi perkataan yang mantap

Neologisme Dari Segi Psikologi[sunting | sunting sumber]

Dari segi psikologi, neologisme merupakan salah satu satu tanda penyakit jiwa. Pesakit berkenaan mungkin menerbitkan maksud yang baru untuk sesuatu perkataan yang hanya difahami oleh dirinya sendiri.

Senarai Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Gorys Keraf.Diksi dan Gaya Bahasa.1984.Jakarta: Penerbit PT Gramedia.
  • Kamus Dewan.2005.Edisi Keempat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 1076.
  • (Inggeris)Neologism[1]