Nesolagus
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Nesolagus | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | Animalia |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Mammalia |
| Order: | Lagomorpha |
| Keluarga: | Leporidae |
| Genus: | Nesolagus |
| Species | |
Nesolagus ialah satu genus arnab yang merangkumi dua spesies arnab belang, iaitu Arnab Belang Annam dan Arnab Belang Sumatera.
Huraian [sunting]
Kedua-dua spesies arnab belang mempunyai belang-belang berwarna perang atau hitam, berpinggul merah dan bawah yang putih. Inilah dua sahaja spesies arnab yang berbelang.
Taburan [sunting]
Arnab belang hanya ditemui di dua tempat, iaitu Arnab Belang Sumatera yang ditemui di Pergunungan Barisan di Sumatera barat, Indonesia, dan Arnab Belang Annam yang ditemui di Banjaran Annam di sempadan Vietnam dan Laos.
Spesies [sunting]
Genus Nesolagus terdiri daripada dua spesies:
- Arnab Belang Annam, Nesolagus timminsi
- Arnab Belang Sumatera, Nesolagus netscheri