Nesolagus netscheri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Arnab Belang Sumatera
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Lagomorpha
Keluarga: Leporidae
Genus: Nesolagus
Spesies: N. netscheri
Nama binomial
Nesolagus netscheri
(Schlegel, 1880)
Taburan Nesolagus netscheri

Arnab Belang Sumatera (Nesolagus netscheri), atau Kelinci Sumatra, ialah sejenis arnab yang hanya ditemui di Pergunungan Barisan di Sumatera barat, Indonesia. Ia terancam akibat kehilangan habitat, sehingga IUCN menyenaraikannya sebagai spesies terjejas.[1]

Arnab Belang Sumatera biasa membesar hingga sekitar 40 cm (1' 4") panjangnya. Bulunya kelabu berbelang perang, dengan ekor dan pinggulnya yang merah, dan bahagian bawah yang putih. Ia tinggal di hutan yang beraltitud 600-1400 meter. Arnab ini merupakan haiwan berjaga malam yang gemar berehat dalam sarang haiwan lain. Ia biasanya memakan batang dan daun tumbuhan lapis bawah, tetapi arnab yang terkurung pula memakan bijian dan buah-buahan tropika.[2]

Setelah dijumpai pada tahun 1972, Arnab Belang Sumatra tidak dilaporkan lagi sehingga seekor arnab ini ditangkap gambar pada tahun 2000.[1] Semenjak itu, terdapat tiga laporan tentang spesies ini, kesemuanya dari Taman Negara Bukit Barisan Selatan: Pada Januari 2007, seekor ditangkap gambarnya dengan perangkap kamera;[3] pada September 2008, seekor lagi ditangkap oleh seorang saintis WWF;[4] dan pada Jun 2009, seekor lagi diperhatikan.[5]

Spesies bersaudara[sunting | sunting sumber]

Arnab ini merupakan ahli tunggal Nesolagus sehingga Arnab Belang Annam ditemui di Pergunungan Annam di antara Laos dan Vietnam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Meijaard E & Sugardjito J (2008). Nesolagus netscheri. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 2009-01-22. Listed as Vulnerable B1ab(i,ii,iii,iv,v) ver 3.1
  2. Gorog, Antonia. "Animal Diversity Web: Nesolagus netscheri". University of Michigan Museum of Zoology. http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/accounts/information/Nesolagus_netscheri.html. Capaian 2007-04-05. 
  3. "Striped rabbit spotted in Sumatra", BBC News, 2007-04-05. Dicapai pada 2007-04-05. 
  4. WWF Save Sumatra (2009) Rare rabbit species directly photographed. Retrieved January 3, 2011.
  5. Dinets, V.L. (2010). "Observation of Sumatran striped rabbit (Nesolagus nescheri) in the wild". Mammalia 74 pp.: 1. 

Templat:Lagomorph-stub