Newton meter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Newton meter adalah unit SI bagi momen (kilasan). Simbolnya ialah N m atau N·m,[1]. Ia adalah unit majmuk bagi kilasan hasil daripada daya pusingan satu newton yang dikenakan pada aci berjejari satu meter.

Sementara secara dimensinya satu newton meter sama dengan satu joule, unit SI bagi tenaga dan kerja di mana arah daya dan jarak adalah sama, namun sebenarnya bagi unit newton meter bagi kilasan pula arah daya yang bertindak adalah bersudut tepat dengan jejari aci. Satu lagi perbezaan ketara di antara keduanya ialah kerja adalah kuantiti skalar, disebut sebagai dU=Fdr, manakala momen daya ataupun kilasan adalah hasil darab silang serta merupakan kuantiti vektor.

Faktor pertukaran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]