Ng Yen Yen
| Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen |
|
![]() |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 10 April 2009 – kini |
|
| Didahului oleh | Azalina Othman Said |
|---|---|
| Digantikan oleh | penyandang |
|
|
|
| Tempoh berjawat 18 Mac 2008 – 10 April 2009 |
|
| Didahului oleh | Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil |
| Digantikan oleh | Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil |
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 1999 |
|
|
Naib Presiden MCA
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 18 Oktober 2008 |
|
|
|
|
| Tarikh lahir | 06 April 1946 (umur 66) |
| Tempat lahir | |
| Parti politik | |
| Pasangan | Dr. Chin Chee Sue |
| Anak | 3 |
| Pekerjaan | Menteri Kabinet, Doktor |
| Agama | Kristian[kutipan diperlukan] |
| Laman web | http://www.drngyenyen.com/ |
Datuk Ng Yen Yen merupakan ahli politik Malaysia yang juga Menteri Pelancongan Malaysia terkini di bawah Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau juga Ahli Parlimen Raub. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Naib Presiden MCA, parti komponen Barisan Nasional(BN). Perlantikannya sebagai kabinet mencatatkan sejarah sebagai wanita cina pertama yang memegang jawatan sebagai menteri kabinet.
Isi kandungan |
[sunting] Latar belakang peribadi
Beliau di lahirkan di in Kampung Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan. Sebagai seorang remaja, beliau terpaksa memberi tusyen supaya dapat memberikan kewangan terhadap pelajaran tingkatan enam di Victoria Institution, Kuala Lumpur.
Bapanya, seorang konservatif, mahu beliau berkahwin semasa beliau berumur 17 tahun. Nasibnya baik apabila ibunya memastikan beliau menyempurnakan pendidikan beliau sehingga aras mana yang diingi beliau.
Dr. Ng kemudian memperolehi ijazah dari Universiti Malaya pada tahun 1972 dengan Sarjana Perubatan(Pembedaha) (MBBS). Beliau juga dianugerahkan Diploma Reproductive Medicine dari Johns Hopkins University, Amerika Syarikat.
[sunting] Politik
[sunting] Penglibatan dalam MCA, Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet
Pada masa ini Dr. Ng, adalah Ketua Wanita MCA (Kelantan) dan naib presiden MCA, wanita pertama dilantik pada pos berkenaan. Pada masa ini juga Dr. Ng berkhidmat pada penggal ketiga sebagai Ahli Parlimen Raub semenjak Pilihan Raya Umum 1999. Beliau adalah bekas Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (2003) dan bekas Timbalan Menteri Kewangan(2008).
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Oei Yang Yang @ Ng Yen Yen bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Raub , negeri Pahang. Oei Yang Yang @ Ng Yen Yen telah menang dengan mendapat undi sebanyak 18078.
Calon lawan ialah Abu Bakar Bin Lebai Sudin dari DAP mendapat 15,326 undi -kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 74 % . Undi rosak sebanyak 915.
[sunting] Isu dan Kontroversi
[sunting] Penduduk tetap Australia
Ng Yen Yen mengakui menjadi penduduk tetap Australia bagi tempoh 1990 hingga 1993. Pada 3 disember 2009, dalam Dewan Rakyat Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) telah mempertikaikan kerakyatan beliau. Mykad miliknya menjadi bukti kewarganegaraan beliau. Kontroversi timbul sejak 2003 .[1] Hasrat untuk keluar dari Malaysia, berhijrah dan menjadi penduduk tetap Australia sepatutnya tidak dibangkitkan lagi. Ketika itu, Lim Kit Siang mempersoalkan kredibiti beliau sebagai senator dan pemimpin wanita MCA.
[sunting] Bawa suami
Selaku Menteri Pelancongan Malaysia, Ng Yen Yen mengaku telah membawa suaminya beberapa kali ke luar negeri semasa program menarik pelancong.[2]
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan
- ↑ Dewan Rakyat Kecoh Dengan Isu Warganegara
- ↑ [Utusan Malaysia, 4 Disember 2009]
| Penyandang Terdahulu | Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat 2008 – Mac 2009 |
Penyandang Kemudian |
| -tiada- |
Ng Yen Yen |
| Didahului oleh Azalina Othman Said |
Menteri Pelancongan Malaysia 10 April 2009 |
Diikuti oleh: Penyandang |
