Nga Kor Ming

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat

Nga Kor Ming

Member of Parliament
for P60 Taiping, Negeri Perak
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008
Didahului oleh Datuk M. Kayveas (BN)
Majoriti 11,298

Member of the Perak Assembly
for N38 Pantai Remis
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008

Lahir 11 November 1972
Ayer Tawar, Negeri Perak
Parti politik DAP-100px.jpg DAP
Hubungan sepupu Ngeh Koo Ham
Pekerjaan Peguam

Nga Kor Ming merupakan Ahli Parlimen Taiping, Negeri Perak dari parti DAP. Beliau merupakan ketua pergerakan pemuda parti itu, DAPSY.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - PPP, Datuk M. Kayveas dengan majoriti sebanyak 11,298 undi. Beliau memperolehi 28,098 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 16,800 undi.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Year Kerusi DUN Jumlah Undi Majoriti Lawan  % Mengundi
1999 N32 Pantai Remis, Perak 9,896 menang dengan 2,447 Wong Chong Sang (BN) 64.09 %
2004 N37 Pantai Remis, Perak 9,703 menang dengan 2,303 Wong Chong Sang (BN) 66.18 %
2008 N38 Pantai Remis, Perak 12,188 menang dengan 5,076 Ooi Jing Ting (BN) 77.08 %
Year Kerusi Parlimen Jumlah Undi Majoriti Lawan  % Mengundi
2008 P60 Taiping 28,098 menang dengan 11,298 M. Kayveas (BN - PPP) 71.52%

Isu[sunting | sunting sumber]

Kos masjid tinggi[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Disember 2009, Datuk Ibrahim Ali selaku presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit kos tinggi membabitkan pembinaan masjid di seluruh negara. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan ia akan membangkitkan sentiman antara orang Islam dan bukan Islam dan mengapi-apikan kebencian antara kaum. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menyatakan tindakan ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. Dalam perlembagaan, wang hanya disalurkan kepada pembangunan agama Islam. Kerajaan juga memberi peruntukan kepada pusat ibadat lain nampaknya tidak dihargai.[1]

Di Dewan Rakyat , Nga kor Ming meminta penjelasan kos RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun (2000-2008). Dr Mohd Hatta Ramli(PAS), Datuk Johari Abdul (PKR), Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam) mempertahankan Nga Kor Ming. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mejelaskan bahawa peruntukan RM748.26 juta untuk membina masjid manakala RM9 juta atau 1.2 peratus sahaja untuk pusat ibadat lain.

Yang dipertua Perkasa Pahang, Dr Zubir Harun membuat laporan polis kerana merasakan kenyataan Nga itu menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh mencetuskan pergaduhan agama.[2]Bberapa NGO membuat bantahan di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar, Seberang Perai,Pulau Pinang. Antaranya ialah Pertubuhan Gabungan Suci Asli Malaysia (GSAM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).Parti politik yang hadi ialah ialah Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor. Harakah melaporkan hanya 26 orang sahaja yang hadir.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]