Nh. Dini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Nurhayati Srihardini Siti Nukatin (dilahirkan di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia, 29 Februari 1936), lebih dikenali dengan nama pena "Nh. Dini" (kadangkala "NH Dini"), ialah seorang penulis novel berbangsa Indonesia dan juga seorang feminis. Beliau anak bongsu daripada lima orang anak Saljowidjojo dan Kusaminah. Leluhur satu cabang keluarganya berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Dini berkata yang beliau mula gemar menulis semasa beliau masih di sekolah rendah. Ibunya seorang pelukis batik, dan dipengaruhi budaya orang Jawa. Ibu Dini rajin membacakan ceritan dan puisi yang tertulis dengan abjad jawa tradisional kepada Dini. Bakat Dini menulis cereka terserlah apabila beliau membaca puisinya di Radio Republik Indonesia (RRI) di semarang ketika berusia 15 tahun.

Pada tahun 1956, sementara berkerja sebagai pramugari dengan Garuda Indonesia, beliau menerbitkan sebuah siri cerita berjudul Dua Dunia. Beliau juga bertugas sebagai seorang juruhebah radio buat seketika.

Nh.Dini berkahwin dengan Yves Coffin, konsul Perancis di Kobe, Jepun. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak: Marie-Claire Lintang dan Pierre Louis Padang (lebih dikenali sebagai Pierre Coffin). Beliau mengikut suaminya bertugas sebagai seorang diplomat di Jepun dan kemudiannya di Phnom Penh. Beliau tiba di Perancis pada tahun 1966, dan kemudiannya berpindah ke Manila dan Detroit pada tahun 1976.

Dini berpisah daripada suaminya pada tahun 1984. Beliau mendapatkan kewarganegaraan Indonesia semula pada tahun 1985 dan buat beberapa tahun beliau mengendalikan sebuah pertubuhan bukan untung yang menumpukan perhatian terhadap kecelikan huruf juvenil.[1]

Nh.Dini menerima Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 2003. Semenjak itu, beliau tinggal di Sleman, berdekatan dengan Jogjakarta. Beliau sekarang tinggal di rumah orang tua dan terpaksa menggantungkan pengkaryaan memoir dan novel oleh sebab serangan vertigo yang semakin teruk.[2]


Sebahagian karya[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Inggeris
  • A Journey (Satu Perjalanan) (cerpen) dalam "Black Clouds Over the Isle of Gods", disunting David Roskies. M. E. Sharpe (1997) ISBN 0-7656-0033-1
  • The Chicken (Ayam) (cerpen) dalam "Diverse Lives" suntingan Jeanette Lingard, Oxford Asia (1995) ISBN 967-65-3100-6

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Lakaran biografi oleh David Roskies
  2. The Jakarta Post, December 27, 2008


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.