Nia Ramadhani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nia Ramadhani
Kelahiran
Prianti Nur Ramadhani binti Priya Ramadhani

(1990-04-16) 16 April 1990 (umur 34)
PekerjaanPelakon, Peragawan
Tahun aktif1995 - kini
PasanganAnindra Ardiansyah Bakrie (k. 2010)
Anak-anak2
Ibu bapa
  • Priya Ramadhani (bapa)
  • Chanty Mercia (ibu)
Saudara
  • Thalita Ramadhani (kakak)
  • Wawan Ramadhani (kakak)

Prianti Nur Ramadhani binti Priya Ramadhani atau Nia Ramadhani (lahir di Jakarta, 16 April 1990; umur 34 tahun) ialah seorang pelakon dan peragawan Indonesia dengan keturunan campuran Norway, Belanda dan Sunda.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Nia Ramadhani dan kakaknya, Thalita Ramadhani dibesarkan oleh ibunya, Chanty Mercia setelah kedua orang tua mereka bercerai ketika Nia berumur 4 tahun. Nia Ramadhani juga pernah rapat dengan anggota daripada peribadi Samsons, Bams.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nia Ramadhani memulakan kerjayanya di dunia lakonan sejak usianya menjangkau 8 tahun. Namanya mula dikenali ketika membintangi drama "Bawang Merah Bawang Putih". Dalam drama ini, Nia berlakon bersama dengan aktor veteran seperti Dwi Yan, Lydia Kandou, Nena Rosier serta pelakon remaja Dimaz Andrean Hardy dan Revalina S Temat, sebelum ini, ia sempat membintangi drama siri "Saras 008" pada tahun 1998. Sehingga pada tahun 2007, Nia Ramadhani telah berlakon lebih daripada 10 buah drama. Dari kejayaan beliaulah, Nia Ramadhani diberi kepercayaan untuk berlakon di layar perak. Pada tahun 2007, Nia Ramadhani bersama-sama dengan pelakon-pelakon remaja yang lain seperti Mike Lewis, Donita, Eva Anindhita dan Lia Waode menjayakan sebuah filem seram bertajuk "Suster Ngesot" arahan Arie Aziz. Dalam filem pertamanya, pemilik wajah cerah ini diarah untuk melakukan adegan ciuman dengan artis baru, Mike Lewis, seorang model kacukan Kanada. Setelah berlakon dalam Suster Ngesot, Nia Ramadhani berlakon lagi dalam filem seram, Hantu Jembatan Ancol (2008) dan berketerampilan seksi dengan memakai bikini. Bahkan ibundanya menyatakan bahawa dia tidak suka dengan 'penampilan terbuka' Nia.[1][2] Dalam pada tahun yang sama, Nia Ramadhani berlakon dalam filem seram juga Kesurupan. Menjelang penayangan filem ini, di Internet tersebar gambar-gambar Nia memakai bikini bergambar bersama dengan beberapa lelaki di kolam renang. Namun, kekecohan tersebut hanya dijawab secara spontan oleh Nia Ramadhani dan dia menyatakan wajar memakai bikini di kolam renang.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nia Ramadhani pernah menjalin hubungan dengan penyanyi R&B, Ressa Herlambang, namun hubungan mereka tidak kekal lama. Nia Ramadhani juga pernah menjalinkan hubungan dengan Bambang Reguna Bukit atau yang lebih dikenali sebagai Bams, salah seorang ahli kumpulan muzik Samsons. Hubungan mereka pula tidak berkekalan dan diwarnai dengan isu terdapat orang ketiga.[4][5] Setelah itu Nia Ramadhani dikhabarkan rapat dengan anak lelaki bongsu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono,[6] dan juga dengan anak saudara calon gabenor Sulawesi Selatan Syahrul Yasin Limpo, Adnan Puritcha Ichfan Yasin Limpo.[7]

Nia Ramadhani kini telah berkahwin pada usia yang muda (20 tahun), dengan seorang pengerusi utama stesen televisyen, tvOne, Ardiansyah Bakrie[8], yang juga merupakan anak kepada Aburizal Bakrie, seorang pengusaha dan ahli politik Indonesia yang terkenal. Perkahwinan tersebut telah diadakan pada 1 April 2010. Setelah berkahwin dengan Ardi Bakrie, Nia Ramadhani memutuskan untuk berhenti dari dunia hiburan. Pada Oktober 2010, Nia Ramadhani dengan rasminya menukar namanya kepada Ramadhania Ardie Bakrie. Anak pertama Nia Ramadhani dilahirkan pada 2 Jun 2012 dan diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie.

Sinetron[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]


Video klip[sunting | sunting sumber]

Komedi[sunting | sunting sumber]

Iklan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pakai Bikini, Nia Ramadhani Diomeli Ortu, KapanLagi.com, diakses 19 April 2008
  2. ^ Berbikini Ria di Film, Nia Ramadhani Was-Was Diarkibkan 2010-04-30 di Wayback Machine, KapanLagi.com, diakses 19 April 2008
  3. ^ Foto Berbikini Bareng Cowok Macho Beredar, Nia Ramadhani Cuek, KapanLagi.com, diakses 19 April 2008
  4. ^ Nia Ramadhani Putuskan Bams, KapanLagi.com, diakses 4 April 2008
  5. ^ Nia Ramadhani Ogah Ingat - Ingat Bams, KapanLagi.com, diakses 4 April 2008
  6. ^ Nia Ramadhani Ngaku Dekat Dengan Anak SBY, KapanLagi.com, diakses 4 April 2008
  7. ^ Nia Ramadhani Pacari Anak Calon Gubernur?, KapanLagi.com, diakses 4 April 2008
  8. ^ "Nia Ramadhani". Short Bio. Dicapai pada 2013-09-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]