Nieuport 21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nieuport 21
[[
|300px|center]]
Peranan Pejuang
Pengeluar Nieuport
Diperkenalkan 1916
Dihentikan 1920s
Syarikat penerbangan utama Aéronautique Militaire
Perkhidmatan Udara Russia Imperial
Perkhidmatan Udara Tentera Amerika
Dibangunkan dari Nieuport 17

Nieuport 21 merupakan kapal terbang yang dihasilkan oleh Société Anonyme des Établissements Nieuport yang diasaskan di Issy-les-Moulineaux, Paris pada tahun 1910. Ia aktif pada tahap awal penerbangan Eropah. Ketika perang antara Perancis dengan Jerman meletus pada Ogos 1914, Société Anonyme des Établissements Nieuport telah cukup mantap untuk memulakan rekaan dan menghasilkan siri kapal terbang pejuang yang digunakan secara meluas oleh pihak Perancis dan sekutunya bagi menentang pihak Jerman.

Nieuport 21 telah direka oleh Gustave Delage, dan merupakan kapal terbang sayap berkembar solo yang biasa digunakan pada masa awal Perang Dunia Pertama. Nieuport 21 memiliki reka bentuk satu ruang sayap berkembar, berikat, struktur badannya diperbuat daripada kayu kecuali dibahagian hadapan yang memiliki tiub keluli dipetri yang diselitupi dengan penutup aluminium di hadapan kokpit juruterbang. Di bahagian belakang, keseluruhan struktur kayu ditutup dengan fabrik, sebagaimana pada sayap dan permukaan ekor, dengan sayap bawah 'sesquiplane' lebih sempit, hanya separuh keluasan sayap atas. Gear pendaratan adalah jenis gelincir ekor ("tailskid"), unit utama terdiri dari sokongan ikatan Vee diikat wayar melalui paksi.

Nieuport 21, merupakan variasi bagi Nieuport 17, diperkenalkan dengan enjin Le RhBne 9C 80-kuasa kuda (60-kW) dan aileron yang lebih besar, tetapi selain itu hanya sedikit perbezaan. Dua versi diperolehi oleh AEF, Nieuport 21 awal (jumlah keseluruhan 181), tambah 17 variasi dengan enjin Le RhBne 9J, kesemuanya 198 digunakan dalam peranan latihan. Versi akhir langsung keluarga ini adalah Nieuport 23, yang lebih lasak (dan dengan itu lebih berat) versi bagi Nieuport 17. Perolehan AEF bagi ini hanyalah 50 buah (juga untuk latihan) terdiri dari variasi dengan enjin Le RhBne (keseluruhan 47) dan 9J (3).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • FIGHTER OF THE UNITED STATES AIR FORCE, From World War I Pursuits to the F-117, Robert F. Dorr & David Donald, Temple Press Aerospace, 1990