Nigel de Jong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nigel de Jong
Maklumat peribadi
Nama penuh Nigel de Jong[1]
Tarikh lahir (1984-11-30) 30 November 1984 (umur 39)
Tempat lahir Amsterdam, Belanda
Ketinggian 1.74 m (5 ka ​8 12 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 34
Kerjaya remaja
1993–2002 Ajax
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2006 Ajax 96 (9)
2006–2009 Hamburg 66 (3)
2009–2012 Manchester City 104 (1)
2012– Milan 53 (5)
Pasukan kebangsaan
2002–2005 Belanda B21 10 (0)
2004– Belanda 80 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 November 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17 November 2014 (UTC)

Nigel de Jong (lahir 30 November 1984) merupakan pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk A.C. Milan dan pasukan kebangsaan Belanda. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Oktober 2002, de Jong membuat debut untuk Ajax. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Ajax pada 18 Februari 2003 ketika seri 1-1 bertemu Arsenal pada perlawanan Liga Juara-Juara. Pada musim 2004-05 iaitu musim terakhirnya di Ajax, de Jong dinamakan sebagai Pemain Terbaik Ajax. Pada 7 Disember 2005, de Jong dilaporkan tidak melanjutkan kontraknya bersama Ajax di mana kontraknya akan tamat pada Julai 2006.

Hamburg[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Januari 2006, De Jong menandatangani kontrak empat tahun setengah bersama Hamburg bersama bayaran mencecah €1 juta. Beliau bersama dua rakan senegara di Hamburg iaitu Rafael van der Vaart dan Khalid Boulahrouz. Beliau membuat debut untuk Hamburg dua hari kemudian ketika tewas 2-1 kepada Nuremberg.[2] Pada Mac 2006, De Jong menjaringkan gol kemenangan ketika kelabnya berjaya menewaskan Bayern Munich di Allianz Arena. Seminggu kemudian, beliau menerima kad merah pertama dalam kerjayanya pada satu perlawanan Piala UEFA menentang Rapid Bucharest. Beliau kemudian terpaksa dikeluarkan pada April kerana beliau menjalani pembedahan ke atas lutut. Kecederaan itu juga menyebabkan beliau tidak termasuk dalam skuad Belanda di Piala Dunia 2006.

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Januari 2009, De Jong menandatangani kontrak empat tahun setengah Manchester City dengan bayaran 18 juta euro. Beliau kemudian diberi jersi 34. Beliau membuat debut untuk City menentang Newcastle United pada 28 Januari 2009.[3] Beliau membuat 16 penampilan ketika separuh kedua musim.

De Jong menjaringkan gol pertamanya untuk Manchester City menentang West Ham United pada 1 Mei 2011.[4] De Jong bersama City pernah menjuarai Piala FA dan juara liga musim 2011-12. Beliau telah membuat 137 penampilan dan menjaringkan dua gol sebelum berpindah ke A.C. Milan pada Ogos 2012.

Milan[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2012, De Jong menandatangani kontrak tiga tahun bersama Milan bersama bayaran £3.5 juta. De Jong menjaringkan gol pertamanya untuk Milan ketika tewas 3-2 kepada Lazio pada 20 Oktober 2012. Pada 4 Mei 2014, De Jong menjaringkan gol kemenangan untuk Milan ketika menentang Inter.

Pada permulaan musim 2014-15, De Jong berkata beliau ingin menamatkan kerjayanya di Milan.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

De Jong (kanan) bermain untuk Belanda di Euro 2012.

Pada 31 Mac 2004, De Jong membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Belanda pada perlawanan persahabatan menentang Perancis. Beliau mengambil bahagian bersama skuad Belanda di Euro 2004 tetapi terlepas aksi Piala Dunia 2006 akibat kecederaan lutut. Beliau dipilih oleh jurulatih Marco van Basten untuk bermain di Euro 2008.

De Jong menjaringkan gol pertamanya pada 6 Jun 2009 menentang Iceland pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010. De Jong sebahagian daripada pasukan Belanda yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2010 oleh jurulatih Bert van Marwijk. Beliau terlepas aksi separuh akhir menentang Uruguay selepas menerima kad kuning kedua kejohanan ketika menentang Brazil pada suku akhir. Beliau bermain pada perlawanan akhir menentang Sepanyol dan tewas 1-0.

De Jong sebahagian daripada skuad Belanda yang beraksi di Euro 2012. Beliau terpilih dalam skuad Piala Dunia 2014 dan beliau bermain ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan. Walau bagaimanapun, kecederaan yang dialaminya pada minit ke-9 pada perlawanan pusingan 16 menang 2-1 ke atas Mexico menyebabkan beliau tidak dapat beraksi sebarang perlawanan pada kejohanan itu. Beliau kemudian dapat dirawat dan dapat bermain selama 62 minit pada perlawanan separuh akhir menentang Argentina.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
6 Jun 2009 Reykjavík, Iceland  Iceland
0–1
1–2
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 2 November 2014
Kelab Musim Liga Piala Piala liga Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belanda Ajax 2002–03 17 0 0 0 0 0 10 1 27 1
2003–04 32 2 0 0 0 0 5 0 37 2
2004–05 31 5 0 0 0 0 8 1 39 6
2005–06 16 2 0 0 0 0 7 3 23 5
Jumlah 96 9 0 0 0 0 30 5 126 14
Jerman Hamburg 2005–06 12 1 0 0 0 0 3 0 15 1
2006–07 18 1 0 0 0 0 5 1 23 2
2007–08 29 1 0 0 0 0 6 1 35 2
2008–09 7 0 2 0 0 0 2 0 11 0
Jumlah 66 3 2 0 0 0 16 2 84 5
England Manchester City 2008–09 16 0 0 0 0 0 0 0 16 0
2009–10 34 0 3 0 5 0 0 0 42 0
2010–11 32 1 4 0 0 0 5 0 41 1
2011–12 21 0 1 0 4 1 9 0 36[5] 1
2012–13 1 0 0 0 0 0 0 0 2[6] 0
Jumlah 104 1 8 0 9 1 15 0 137 2
Itali Milan 2012–13 12 1 0 0 0 0 4 0 16 1
2013–14 33 2 1 0 0 0 10 0 44 2
2014–15 8 2 0 0 0 0 0 0 8 2
Jumlah 53 5 1 0 0 0 14 0 68 5
Jumlah kerjaya 318 18 11 0 9 0 71 7 415 26

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

De Jong berasal daripada keturunan Suriname-Indonesia. Bapa beliau kebanyakannya dari Suriname manakala ibunya Ambon. De Jong berkahwin dengan Winonah dan telah memiliki dua anak. Bapa beliau merupakan pemain antarabangsa Belanda, Jerry Jong.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax
Manchester City

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Belanda

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010 – List of Players" (PDF). Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Dicapai pada 8 June 2013.
  2. ^ "Nuremberg jolt Hamburg's title bid". CNN. 28 January 2006. Dicapai pada 14 October 2010.
  3. ^ Soneji, Pranav (28 January 2009). "Man City 2–1 Newcastle". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 14 October 2010.
  4. ^ Magowan, Alistair (1 May 2011). "Man City 2 – 1 West Ham". BBC Sport. Dicapai pada 1 May 2011.
  5. ^ Termasuk satu kemunculan di Perisai Komuniti FA
  6. ^ name="shield"