Nik Mohamed Mahmood

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Dr Nik Mohamed Mahmood adalah Pengarah Urusan Kumpulan Senireka Sdn Bhd (KSSB) iaitu syarikat yang merekabentuk pelan Istana Negara, Jalan Duta. Beliau juga turut berpengalaman dalam merekabentuk Istana Selangor di Kuala Lumpur dan Istana Darul Ehsan di Putrajaya. [1]

Istana Negara, Jalan Duta[sunting | sunting sumber]

Istana Negara, Jalan Duta dilengkapi dengan Balairong Seri bersama Dewan Santapan , Surau , bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan bilik Singgahsana. Rekaan Istana Negara menggabungkan antara konsep tradisional Melayu dan senibina Islam. Tapak istana ini berkeluasan 106 hektar (241.3 ekar) dan menghadap ke arah Kiblat dan dibahagikan mengikut aras dan sayap mengikut fungsi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tuanku Abdul Halim Ditabalkan Di Istana Baru Rabu Ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-02. Dicapai pada 2021-09-01.