Mohd Amar bin Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nik Mohd. Amar Nik Abdullah)
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Ustaz Dato'
 Hj Mohd Amar Bin Hj Abdullah
Mohd Amar bin Abdullah

Timbalan Menteri Besar Kelantan
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
Mei 2013
Didahului oleh Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Haji Yaakob

Ahli DUN
untuk N7 Panchor, Kelantan
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
2004
Majoriti 5,036

Tarikh lahir 29 Julai 1959 (53 tahun)
Tempat lahir Jalan Hulu Hota, Kota Bharu, Kelantan
Parti politik PAS logo.svg PAS
Pasangan Datin Hajjah Hasmani Binti Haji Hussain
Anak 4
Tempat tinggal Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor, Kota Bharu, Kelantan
Agama Islam
Laman web dunpanchor.com

YB Ustaz Dato' Haji Mohd Amar Bin Haji Abdullah (Dato' Nik Amar) dilahirkan pada 29 Julai 1959 di Jalan Hulu Kota yang kini merupakan tapak Wisma Hasil Dalam Negeri Kota Bharu. Beliau kini merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli.

Isi kandungan

Latar Belakang Keluarga [sunting]

Dato' Nik Amar (DNA) merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Haji Abdullah Bin Haji Arshad (Pak Nik Lah) dan YM Hajjah Tengku Chik Binti Tengku Ibrahim. Bonda DNA merupakan cicit kepada Sultan Muhammad III melalui nendanya YM Tengku Halimah Binti Tengku Long Zainal Abidin Bin Sultan Muhammad III. Dari keturunan sebelah bondanya ini, masyarakat setempat lebih mesra memanggilnya Nik Amar sejak kecil lagi. Begitu juga ayahandanya yang digelar Pak Nik Lah, diambil dari isteri kepada datuknya Haji Arshad Bin Tahir Bin Tok Tera seorang ulama yang lebih dikenali dengan Tok Ayah Kedah yang berkahwin dengan YM Raja Meriam yang berketurunan Raja Jembal.

DNA kini mempunyai empat cahaya mata (2 lelaki 2 perempuan) hasil perkongsian hidup bersama Datin Hajjah Hasmani Binti Husain. Anakanda sulung beliau Taqiyuddin Mohd Amar seorang Hafiz Al-Quran dan pelajar cemerlang di MTAQ Pulai Chondong telah meninggal pada Jun 2004.

Pendidikan [sunting]

Semenjak kecil DNA dididik dengan disiplin Islam yang ketat oleh ayahandanya serta bersama-sama tinggal dan mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor yang diasaskan oleh datuknya. Dalam masa yang sama DNA bersekolah di Sekolah Melayu Majlis (1965 - 1971) dan meneruskan pengajian hingga ke peringkat Sarjana Falsafah (MPhil) di United Kingdom.


  • 1965 - 1971 Sekolah Melayu Majlis - Sekolah Rendah
  • 1972 - 1977 SMU (A) Tarbiah Mardhiah - Sekolah Menengah (6 Bawah)
  • 1978 - 1979 Maahad Muhammadi Lelaki - Sekolah Menengah (6 Atas)
  • 1979 - 1983 Universiti Kebangsaan M'sia (UKM) - Sarjana Muda Pengajian Islam
  • 1985 - 1988 University of Birmingham, UK - MPhil in Theological Studies

Kerjaya & Politik [sunting]

Sebelum bergiat aktif dalam politik, DNA merupakan seorang Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor dan sempat berkhidmat selama 10 tahun (1985-1995). Beliau seterusnya dipanggil pimpinan PAS Kelantan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dan seterusnya bertanding sebagai ADUN Panchor hingga sekarang. Selain berada dalam Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan, DNA juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan hingga sekarang.

Pautan [sunting]