Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal
Kelahiran 25 September 1991 (23 tahun)
Kota Bharu, Kelantan
Warganegara Malaysia
Etnik Melayu
Pekerjaan Pelajar
Terkenal kerana Pelajar terbaik SPM 2008
Agama Islam

Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal (lahir 25 September 1991 di Kota Bharu, Kelantan) adalah pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2008. Beliau mendapat 20 A, iaitu 19 A1 dan satu A2.[1] Beliau juga telah mendapat 10A1 di dalam Sijil Menengah Ugama.[perlu rujukan]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Nik Nur Madihah dilahirkan di Hospital Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak sulung kepada pasangan Nik Mohamad Kamal bin Husin dan Mariyani binti Omar. Ayahnya ialah seorang nelayan yang berasal dari Kampung Pulau Panjang dan ibunya ialah seorang pekerja am di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau menghabiskan masa kanak-kanaknya sehinggalah dewasa sebuah rumah usang yang mempunyai dua bilik kecil di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa.

Kecemerlangan pelajaran[sunting | sunting sumber]

Nik Nur Madihah merupakan pelajar Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu. Beliau mengikut jejak seorang lagi pelajar sekolah yang sama, Siti Fatimah Mukhtar yang merupakan pelajar cemerlang negara 2006 dengan 17 1A.[2]

Beliau telah memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank Negara Malaysia.[perlu rujukan]

Nur Madihah memperoleh 1A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu dan Geografi.

Dia turut mendapat A1 dalam Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, English for Science and Technology (EST) dan mendapat satu 2A dalam Biologi.

Setakat 2014, beliau sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Nik Nur Madihah peroleh 20 A Utusan Malaysia
  2. Pelajar cemerlang SPM 2008 dapat rumah bernilai RM130,000 HarakahDaily
  3. "Madihah papah ibu kali terakhir". myMetro. 2014/07/02. Diperoleh pada 19 Julai 2014.