Nik Sapeia Nik Yusoff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Nik Sapeia bin Nik Yusoff ialah seorang ahli politik dan usahawan di Malaysia. Beliau pernah menjadi anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) selama 30 tahun, sebelum menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) pada 2007.

Namanya menjadi terkenal setelah dibicarakan di atas dakwaan menyembur bahan pemedih mata ke arah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006[1].

Politik[sunting | sunting sumber]

Nik Sapiea pernah menjadi ketua pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai. Beliau pernah dilantik mengetuai PPP di Kelantan pada 2007[2].

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun Kawasan Calon Parti Undi Calon Parti Undi Majoriti
1995 Mengkebang Nik Sapeia Nik Yusof BN 4,132 Mek Som Mohamed S46 6,231 2,099
2013 Guchil Nik Sapeia Nik Yusof BN 7,311 Mohd Roslan Puteh PKR 7,803 492
Muhamad Bustaman Yaacob Bebas 146
Md Nasir Ahmad Bebas 37
2022 Tanah Merah Nik Sapeia Nik Yusoff Bebas Ikmal Hisham Abdul Aziz Bersatu
Mohamad Suparadi Md Noor Keadilan
Mohd Bakri Mustapha UMNO

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Bersalah menyembur bahan pemedih mata[sunting | sunting sumber]

Nik Sapeia direman selama tiga hari bermula 28 Julai 2006 dan dilanjutkan sehingga 12 tengah hari 1 Ogos 2006. Selepas itu, Nik Sapeia yang dibebaskan daripada reman, dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 9 Ogos 2007 untuk dituduh di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan mengikut kes tangkapan.

Kira-kira 47 saksi akan dikemukakan sepanjang perbicaraan .[2] Mohd Zaid Mohamad @ Yasin (39) yang menjadi saksi ke-4 menyatakan bahawa Nik Sapeia mudah dikenali kerana beliau berambut putih serta memakai jaket berwarna kelabu dengan corak berpetak-petak di bahagian belakang, yang lain daripada orang lain. dia dilihat menyembur bahan itu dari bahagian atas menghala ke dalam kenderaan Pajero yang dinaiki Dr Mahathir. Beliau juga nampak tangan Nik Sapeia ditepis oleh Wan Mohd Hafiz Wan Awang (Saksi ke-2). Dia dapat melihat wajahnya kerana Nik Sapeia yang berada di depannya ada menoleh ke belakang. Semburan itu mengeluarkan asap putih yang banyak melebihi dua saat. [3]

Wan Mohd Hafiz Wan Awang (26) nampak Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Datuk Ibrahim Ali yang merupakan bapa saudaranya turut menjadi mangsa semburan. Selepas itu Ibrahim Ali minta dihantar ke Hotel Renaissance ,Kota Baru tempat Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi ucapan. Turut menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir di tangga pesawat ialah Tan Sri Abdullah Ahmad yang merupakan penganjur satu majlis lain.Tan Sri Muhammad Yaacob yang merupakan bekas Menteri Besar Kelantan turut berada di sana.

Sepatutnya Tun Mahathir berucap dari bumbung Pajero . Ketika Tun ambil pembesar suara dan berdiri , tiba-tiba terasa sesak nafas dan pedih mata. Tun terlepas pembesar suara.20 minit kemudian Ibrahim Ali pergi ke Balai Polis Pengkalan Chepa untuk buat laporan polis .

Keputusan perbicaraan[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Januari 2010, Majistret Azman Mustapha mendapati Nik Sapiea bersalah menyembur bahan pemedih mata ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006. Keputusan bersalah diputuskan Mahkamah Majistret Kota Bharu . Dia juga dituduh menyebabkan kecederaan kepada Datuk Ibrahim Ali (58), Mohd Nasir Muda (48), dan Suberi Sahidan (50) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 11 pagi 28 Julai 2006.

Terjadi pergelutan dan perebutan untuk membawa dan mengiringi Tun Dr Mahathir ke tempat ceramah. Ketika itu Tun begitu aktif menyerang penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi terhadap beberapa isu terutama pembatalan projek mega, jambatan bengkok , penangguhan kereta api dari Singapura ke Kunming, China dan lain-lain.

Peguam Nik Sapeia iaitu Saseedharan Menon memohon hukuman penjara 6 bulan ditangguhkan kerana hendak mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Timbalan Pendakwaraya, Idham Abdul Ghani membantah penangguhan kerana kesalahan itu sangat serius. Peguam kedua tertuduh, Zainal Abidin Mustaffa menyatakan perniagaan Nik Sapeia terjejas selama tiga tahun dan banyak mengalami kerugian kerana kes ini. Penjara boleh menghancurkan kariernya, dan jika dikenakan denda, kami memohon jumlah denda sebanyak RM2,000 sahaja.

Bahan semburan pemedih mata itu daripada jenis kimia yang berbahaya kerana boleh menyebabkan sakit mata dan bahang panas pada anggota badan. Beliau dituduh di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.[4] Raja Rozela Raja Toran menjadi timbalan pendakwaraya setuju dengan penangguhan itu .[5]

Saman malu[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mac 2010, Nik Sapeia menuntut saman malu RM20 juta terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysiakerana perniagaannya serta reputasinya terjejas .Defenden ialah Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Baharin Mohd Noh; bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Zulkifli Abdullah dan Kerajaan Malaysia . Dia diwakili peguam Mohd Rafizi Abdullah bagi pihak Zainal Abidin Mustafa dan Shamsul Bahrain Ibrahim manakala ketiga-tiga defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Aida Nurdiana Che Kamarulzaman. [6]Pada 20 April 2011, Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos dua writ saman RM20 juta dalam keputusannya memerintahkan Nik Sapeia selaku plaintif membayar kos RM60,000 berhubung dua saman tersebut berkaitan dakwaan beliau tersebut.[7]

Tidak bersalah[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Januari 2012, Nik Sapeia Yusoff, 57, dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mencederakan Tun Dr Mahathir Mohamad .Hakim Datuk Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara enam bulan yang dijatuhkan di Mahkamah Majistret pada 2010.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ KES SPRAY TUN MAHATIR : DATOK NIK SAPIE DI "KAMBING HITAM"
  2. ^ a b Nik Sapeia dilantik pengerusi PPP K'tan
  3. ^ Lagi saksi nampak Nik Sapeia sembur Dr Mahathir[pautan mati kekal]
  4. ^ Nik Sapeia dihukum enam bulan penjara
  5. ^ Nik Sapeia’s case of hurting Mahathir postponed - again
  6. ^ ""Kes saman Nik Sapeia terhadap polis, kerajaan diadakan serentak", Berita Harian Online. 14 Mac 2011". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-16. Dicapai pada 2010-03-14.
  7. ^ "", Utusan Online, 20 April 2011
  8. ^ Nik Sapeia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan cederakan Dr M[pautan mati kekal]