Nikujaga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nikujaga (Jepun: 肉じゃが, Hepburn: daging kentang) (Jawi: نيكوجاڬا) ialah makanan Jepun yang dibuat dari daging, kentang dan bawang bombay, direbus agar manis dengan ramuan seperti gula, kicap dan mirin.

Di Jepun barat, daging yang digunakan ialah daging lembu dengan kentang jenis Mayqueen. Sedangkan di Jepun timur menggunakan daging babi dengan kentang jenis Danshaku.

Nikujaga berasal dari masakan stew daging yang dihidangkan oleh angkatan laut Kerajaan British. Makanan ini mempunyai gizi yang seimbang sehingga dijadikan makanan di angkatan laut Jepun dan meluas di kalangan rakyat Jepun .

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Ketika sedang belajar di Portsmouth, England (1870-1878), Tōgō Heihachirō sangat menyukai makanan yang disebut beef stew. Setelah kembali ke Jepun, beef stew diputuskan menjadi makanan piawai di atas kapal laut. Tukang masak yang diperintahkan membuat beef stew tidak tahu resipinya, apatah lagi sos demiglace dan anggur juga tiada. Gula dan kicap lalu dijadikan bahan masakan dan ternyata enak. Masakan menjadi menu angkatan laut, tapi tidak popular di kalangan rakyat kerana dibuat daripada daging dan kentang yang tidak biasa dimakan orang Jepun. Nikujaga hampir dilupakan orang akibat kehidupan yang susah selepas Perang Dunia II. Pada pertengahan dekad 1950-an, Nikujaga kembali masuk ke dalam menu masakan, tetapi kemudiannya menjadi menu seharian pada pertengahan dekad 1960-an.

Nikujaga dan Kareraisu (nasi kari) merupakan salah satu contoh "masakan ibu" (ofukuro no aji) yang mengingatkan orang Jepun kepada masakan ibu ketika si anak masih kecil. Ibu-ibu di Jepun biasanya memiliki resipi dan cara memasak Nikujaga yang unik, sehingga si anak biasanya tidak akan melupakan rasa masakan ibunya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]