Sungai Nil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nil)
Sungai Nil
سوڠاي نيل
Sungai Nil di Uganda pada waktu petang
Peta sungai Nil
Lokasi
Negara
Bandar-bandar utamaJinja, Juba, Khartoum, Kaherah
Ciri-ciri fizikal
SumberNil Putih
 • koordinat02°16′56″S 29°19′53″E / 2.28222°S 29.33139°E / -2.28222; 29.33139
 • ketinggian2,400 meter (7,900 ka)
Sumber keduaNil Biru
 • lokasiTasik Tana, Habsyah
 • koordinat12°02′09″N 037°15′53″E / 12.03583°N 37.26472°E / 12.03583; 37.26472
MuaraLaut Mediterranean 
 • lokasi
Delta Nil, Mesir
 • koordinat
30°10′N 31°09′E / 30.167°N 31.150°E / 30.167; 31.150
 • ketinggian
Aras laut
Panjang6,650 kilometer (4,130 bt)
Saiz lembangan3,349,000 km2 (1,293,000 bt2)
Lebar 
 • maksimum2.8 kilometer (1.7 bt)
Kedalaman 
 • purata8–11 meter (26–36 ka)
Aliran 
 • lokasiAswan, Mesir
 • minimum530 m3/s (19,000 ka3/s)
 • purata2,633 m3/s (93,000 ka3/s)
 • maksimum7,620 m3/s (269,000 ka3/s)
Aliran 
 • lokasiKaherah, Mesir
 • minimum500 m3/s (18,000 ka3/s)
 • purata2,000 m3/s (71,000 ka3/s)
Aliran 
 • lokasiDelta Nil, Mesir
 • purata1,584 m3/s (55,900 ka3/s)
Ciri-ciri lembangan
Sistem sungaiNile basin
Anak sungai 
 • kiriNil Putih
 • kananNil Biru, Atbarah

Sungai Nil (Arab: نهر النيل,; Bahasa Mesir Kuno iteru; bahasa Qibti ⲫⲓⲁⲣⲟ piaro atau phiaro, bahasa Nobiin: Áman Dawū[1]) ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di benua Afrika; ia sungai terpanjang benua tersebut. Sungai Nil umumnya pernah dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia[2][3] namun kajian terbaharu lebih menyatakan sungai Amazon mempunyai tambahan jarak yang sedikit lebih.[4][5]

Sungai Nil mempunyai dua cawangan yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah punca untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Putih ialah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan tasik-tasik besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya di Rwanda Selatan ( 2°16′55.92″S, 29°19′52.32″T,) dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan, manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana, Habsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum, ibu negara Sudan.

Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun, dari Sudan masuk ke Mesir, sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.

Sungai Nil tamat di sebuah delta yang mengalir masuk ke Laut Mediterranean.

Etimologi perkataan Sungai Nil[sunting | sunting sumber]

Perkataan "Nil" (bahasa Arab: 'nīl) datangnya daripada perkataan Greek, Neilos (Νειλος), yang membawa pengertian "lembah sungai". Dalam bahasa Mesir kuno, Sungai Nil dipanggil iteru yang bermaksud "sungai besar", dan dilambangkan dengan hieroglif yang ditunjukkan di kanan (secara harfiahnya, itrw). [6] Dalam bahasa Kubti, perkataan piaro (Sahidik) atau phiaro (Bohairik) yang bermaksud "sungai" (secara harfiahnya, p(h).iar-o bermaksud "terusan agung") datangnya daripada nama purba yang sama.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Reinisch, Leo (1879). Die Nuba-Sprache. Grammatik und Texte. Nubisch-Deutsches und Deutsch-Nubisches Wörterbuch Erster Theil. Zweiter Theil. m/s. 220.
  2. ^ "Nile River". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2015.
  3. ^ Liu, Shaochuang; Lu, P; Liu, D; Jin, P; Wang, W (1 March 2009). "Pinpointing the sources and measuring the lengths of the principal rivers of the world". Int. J. Digital Earth. 2 (1): 80–87. Bibcode:2009IJDE....2...80L. doi:10.1080/17538940902746082. S2CID 27548511.
  4. ^ Amazon Longer Than Nile River, Scientists Say Diarkibkan 15 Ogos 2012 di Wayback Machine
  5. ^ "How Long Is the Amazon River?". Encyclopedia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2018. Dicapai pada 24 December 2018.
  6. ^ Laman web Glyphdoctors: Apakah panggilan orang Mesir Kuno untuk Sungai Nil? Dicapai pada 17 Oktober 2006 - log masuk diperlukan atau masuk sebagai Tetamu)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]