Abraham Langlet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nils Abraham Langlet)

Nils Abraham Langlet (9 Julai 1868 - 30 Mac 1936; dikenali dengan nama keduanya) adalah seorang ahli kimia Sweden.

Langlet dilahirkan di Södertälje. Daripada 1886 hingga 1896, beliau belajar kimia dengan Per Teodor Cleve di Universiti Uppsala, di mana beliau menerima kedoktoran pada tahun 1896 dan dijadikan docent pada tahun yang sama. Pada 1899, beliau menjadi pensyarah dalam Kimia dan Teknologi Kimia di Universiti Teknologi Chalmers di Gothenburg, di mana beliau menerima jawatan profesor dalam bidang yang sama pada tahun 1911. Pada 1926, apabila jawatan profesornya dibahagikan, beliau menjadi professor kimia organik.

Pada 1895, ketika bekerja dengan Cleve di Uppsala, beliau menemukan sendiri unsur helium (pada tahun yang sama dengan William Ramsay) di dalam mineral kleveit. Langlet merupakan orang pertama yang menentukan berat atom unsur itu dengan tepat. Beliau meninggal dunia di Gothenburg.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.