Ning Baizura
| Ning Baizura | |
Ning Baizura |
|
| Latar belakang | |
|---|---|
| Nama lahir | Ning Baizura binti Sheikh Hamzah |
| Nama lain | Ning |
| Lahir | 28 Jun 1975 |
| Asal | Kajang, Selangor, Malaysia |
| Genre | Pop, R&B, Soul |
| Tahun aktif | 1992 — |
| Label | Warner Music Malaysia Artists United |
| Kegiatan berkait |
Nicolette Palikat, Siti Surianie Julkarim |
Ning Baizura binti Sheikh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ning Baizura merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Ning Baizura dilahirkan pada 28 Jun 1975.
Isi kandungan |
[sunting] Biografi
[sunting] Sejarah awal
Ning Baizura telah dilahirkan di Kajang, Selangor. Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian seawal usia empat tahun. Ketika beliau berusia sembilan tahun, beliau sudah mula memasuki kelas vokal Soprano yang telah diajar oleh seorang Pemuzik Profesional Indonesia, Siti Chairani. Setelah digilap bakatnya, akhirnya Ning telah berjaya menyertai pertandingan Voice Of Asia di Kazakhstan dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.
Ning akhirnya telah berjaya melahirkan album sulung beliau iaitu Dekat Padamu. Lagu pertama yang telah melonjakkan nama beliau ialah Curiga. Selain itu, bakat luar biasa yang dimiliki oleh penyanyi kelahiran Kajang ini telah membawa namanya hingga merentasi ke beberapa negara seperti di Jepun, Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa lagi negara lain. Ia sekaligus mengiktiraf Ning sebagai artis antarabangsa setanding dengan Anita Sarawak dan Datuk Sharifah Aini.
Setelah berusia 32 tahun, Ning akhirnya telah menemui jodohnya iaitu Omar Shariff yang berbangsa Inggeris. Mereka mula bertemu di majlis perkahwinan rakan baik Ning di Bali, Indonesia. Hubungan mereka semakin akrab selepas mengikat tali pertunangan bersama. Mereka telah mengikati pertunangan pada 17 Julai 2007. Pernikahan dua pasangan ini telah berlansung pada 31 Januari 2008.[1]
[sunting] Kontroversi
Di sebalik populariti Ning yang begitu hebat suatu ketika dahulu, beliau juga sering menjadi mangsa kontroversi. Penampilan dan personaliti diri Ning juga sering dikritik oleh ramai pihak termasuklah tokoh-tokoh ahli politik. Pernah suatu ketika dahulu beliau memperkatakan bahawa jika beliau ingin melakukan persetubuhan atau seks, beliau akan melakukan hubungan tersebut bersama dengan lebih dari seorang. Namun begitu, beliau akhirnya menarik balik kata-kata itu dengan meminta maaf kepada khalayak umum.
Ning telah mendedahkan dalam majalah FHM (For Him Magazine) versi Malaysia isu Julai 2000 bahawa dia antara lain lebih menggemari seluar dalam G-string dan sukakan seks di waktu pagi. Selain itu, dia juga berangan-angan melakukan hubungan kelamin dengan lima orang lelaki sekaligus. Pada awalnya, temu ramah yang dijalankan dalam bahasa Inggeris ini tidak disedari masyarakat umum. Namun, apabila satu akhbar berbahasa Melayu menyiarkan terjemahan temu ramah itu beberapa minggu kemudian, semua pihak mengecam Ning. Ning akhirnya disuruh hadir ke Kementerian Informasi Malaysia manakala pemeriksaan terhadap majalah FHM oleh pihak berkuasa adalah lebih ketat berbanding majalah-majalah lain. [2]
[sunting] Kebangkitan
Zaman kejatuhan Ning bermula ketika di pertengahan 1990-an. Namanya lesap begitu sahaja hingga menyebabkan beliau telah mengundurkan diri buat seketika. Selama beliau menyepikan diri, ramai pihak menyatakan bahawa kemananya Ning menhilangkan diri. Akhirnya, Ning berjaya bangkit semula dalam bidang seni apabila beliau muncul dengan album baru yang merupakan album inggeris kedua beliau iaitu Natural Woman yang ditebitkan sepenuhnya oleh syarikat rakaman di Jepun. Kini, Ning bukan sahaja berjaya menaikkan namanya semula dalam bidang seni, beliau juga berjaya mendidik dua penyanyi popular iaitu Nikki dan Yanie yang merupakan artis di bawah syarikat rakamannya. Baru-baru ini, Ning dan pengurusnya, Vernon kedit telah pun pergi ke London untuk rakaman album Ning di sana. Mereka telah berbincang tentang pemasaran Ning di sana. Setelah berbincang, akhirnya pihak syarikat rakaman di sana bersetuju untuk memasarkan album Ning di beberapa negara Eropah di sana.
[sunting] Diskografi
[sunting] Album studio
- 1993 - Dekat Padamu
- 1994 - Ning
- 1995 - Teguh
- 1996 - Ke Sayup Bintang
- 1997 - Always
- 1999 - Pujaan Ku
- 2001 - Natural Woman
- 2003 - Selagi Ada... Ning
- 2004 - Erti Pertemuan
- 2007 - East To West
- 2011 - Dewa
- 2011 - 3 Suara
[sunting] Album kompilasi
[sunting] Lagu-lagu
- "Curiga"
- "Dugaanku"
- "Asmara"
- "Romantika"
- "Pasti"
- "Kau Dan Aku"
- "Ke Sayup Bintang"
- "Awan Yang Terpilu"
- "Erti Pertemuan (duet bersama Jay Jay)"
- "Selagi Ada Cinta"
- "In Another Life"
- "Natural Woman"
- "Kembali"
- "Pujaanku"
- "Imaginasi"
- "Bebaskan"
- "Drama (duet bersama Yanie dan Nikki)"
[sunting] Filem lakonan
- Gemilang - 1997
- Maria Mariana 2 - 1998
- Bara - 1999
- Mimpi Moon - 2000
- Malaikat di Jendela - 2001
- Lady Boss - 2005
- Diva - 2007
- Muallaf - 2009
- Magika - 2010
- Cun - 2011
[sunting] Anugerah
[sunting] Anugerah Industri Muzik
| Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan | Tewas Kepada |
| 1993 (AIM1) | Artis Baru Terbaik (Solo) | Menang | |||
| Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) | Dekat Padamu | Dicalonkan | Shima - Shima 3: Teringin | ||
| Video Muzik Terbaik | Curiga | Dicalonkan | Spring - Sampai Hati | ||
| Album Terbaik | Menang | ||||
| 1995 (AIM2) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) | Ning | Dicalonkan | Aishah - Klasik | |
| Album Pop Terbaik | Menang | ||||
| Album Terbaik | Dicalonkan | Zainal Abidin - Gamal | |||
| 1996 (AIM3) | Video Muzik Terbaik | You and I | Dicalonkan | Fauziah Latiff - Sahabat | |
| Lagu Terbaik | Teguh | Dicalonkan | Nora, Sheila Majid & Johan Nawawi - Jentayu | ||
| 1998 (AIM5) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) | Ke Sayup Bintang | Dicalonkan | Camelia - Rindu Padanya | |
| Album Pop Terbaik | Dicalonkan | Ziana Zain - Puncak Kasih | |||
| 2002 (AIM9) | Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Curiga (bersama Fairuz Hussein) | Dicalonkan | Innuendo - Only Dancin' | |
| 2004 (AIM11) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) | Selagi Ada | Dicalonkan | Siti Nurhaliza - E.M.A.S | |
| Album Pop Terbaik | Dicalonkan | ||||
| Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Kembali | Dicalonkan | Siti Nurhaliza - Bukan Cinta Biasa | ||
| Selagi Ada Cinta | Dicalonkan | ||||
| Lagu Terbaik | Kembali | Dicalonkan | Ning Baizura - Selagi Ada Cinta | ||
| Selagi Ada Cinta | Menang | ||||
| 2005 (AIM12) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) | Erti Pertemuan | Dicalonkan | Siti Nurhaliza - Prasasti Seni | |
| Album Pop Terbaik | Menang | ||||
| Kulit Album Terbaik | Menang | ||||
| Video Muzik Terbaik | Awan Yang Terpilu | Menang | |||
| Senang Tari | Dicalonkan | Ning Baizura - Awan Yang Terpilu | |||
| Lagu Terbaik | Awan Yang Terpilu | Menang | |||
| Erti Pertemuan | Dicalonkan | Ning Baizura - Awan Yang Terpilu | |||
| Album Terbaik | Dicalonkan | Spider - Nazraku | |||
| 2011 (AIM18) | Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu | Beribu Sesalan (bersama Jaclyn Victor & Shila Amzah) | 3 Suara | Menang | |
| Lagu Pop Terbaik | Dicalonkan | Anuar Zain - Sedetik Lebih | |||
[sunting] Lain-lain Anugerah
- 1991
- Voice of Asia (Kazakhstan)
- 1993
- Artis Baru Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian)
- 1994
- Anugerah Juara Lagu 1994 ("Curiga" - Juara Kategori Balada)
- 1997
- Cover Media Tercantik (Anugerah Media Hiburan)
- 2002
- Anugerah Ratu Diva Soul (Anugerah Parti Cit Cat Bersama Azwan Ali)
- 2003
- Anugerah Vokal Wanita Pilihan (Anugerah Era)
- 2011
- Vokal Kumpulan Terbaik (3 Suara bersama Jaclyn Victor & Shiela Hamzah - Anugerah Planet Muzik)
[sunting] Kejayaan
- Memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Voice Of Asia (VOA) di Kazakhstan.
- Artis Malaysia pertama menandatangani kontrak dengan Stesen Televisyen Singapura.
- Pernah menjadi duta untuk beberapa jenama terkenal dan model untuk sesuatu produk. Antaranya seperti Adidas, Guess, Christian Dior, The Charat Club, Formula One, Time, Sony dan banyak lagi.
- Merupakan artis pertama merasmikan sebuah kelab hiburan terkenal iaitu Hard Rock Cafe di Beijing, China.
- Telah merangkul empat anugerah di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2005.
- Artis pertama mengadakan konsert jelajah di Eropah iaitu "Ning Europe Summer Tour 2005".
- Pernah mengadakan persembahan secara eksklusif yang telah ditonton oleh kerabat diraja Eropah iaitu King Elbert.
- Pernah merakamkan album di luar negara seperti Jepun(album mana?). Artis lain yang juga pernah merakamkan album di Jepun seperti Datuk Sharifah Aini(album mana sharifah Aini rakam dijepun?), Anita Sarawak(masa bila pulak Anita Sarawak buat rakaman di jepun) dan Sheila Majid.
- Telah menubuhkan syarikat milik beliau sendiri iaitu Ning Baizura International Sdn Bhd, Ning Baizura Inc Sdn Bhd dan Ning & Associates.
- Nama tercatat dalam 'Malaysia Book Of Records' sebagai 'Artis Malaysia Pertama Menandatangani Kontrak Dengan Stesen Televisyen Singapura' (2001).
[sunting] Kes saman
Pada 12 Oktober 2010, Ning Baizura akan dibicarakan berhubung kes saman oleh seorang penerbit album dan pengurus warga Itali Luigi Bajona berjumlah RM1 juta.[3] Peguam Harleen Kaur mewakili Bajona dan Richard Wee Lopez bagi Ning Baizura . Pada 7 Julai 2009, Bajona telah menguruskan persembahan Ning Baizura di Itali termasuk menyanyi di hadapan Prince Albert of Monaco di Paris, mendakwa Ning Baizura telah memfitnahnya pada 24 Januari 2009 melalui laman sosial ”Facebook.” Bajona sepatutnya mempromosikan dirinya dalam bidang nyanyian di peringkat antarabangsa tetapi hanya menyanyi di kelab-kelab kecil, malah beliau tidak menerima sebarang bayaran.
[sunting] Rujukan
- ↑ Teropong (4 Februari 2008). ""Ning Baizura & Omar Sharif Wedding Reception"". misstarhil.com. http://blog.mystarhill.com/marriage/ning-baizura-omar-sharif-wedding-reception/. Capaian 2008-09-29.
- ↑ Sedutan interview Ning Baizura dari majalah FHM bulan Julai 2000 halaman 68 hingga 76.
- ↑ Pengurusan kes saman Ning Baizura ditetapkan 12 Okt.
