Ninja Hattori-kun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ninja Hattori-kun ialah siri manga karya Fujiko Fujio A yang pernah disiarkan pada tahun-tahun 1964-68 dan 1981-88, serta juga anime adaptasinya. Anime ini pernah disiarkan di ntv7 dan kini disiarkan di Astro Ceria. Siri ini mengisahkan seorang pelatih ninja kanak-kanak bernama Hattori Kanzō dari puak Iga bersama adiknya Shinzō dan anjingnya Shishimaru yang dipindahkan dari wilayah Iga ke Tokyo lalu tinggal bersama Ken'ichi Mitsuba dan keluarganya.

Watak[sunting | sunting sumber]

Hattori Kanzō (ハットリカンゾウ/服部貫蔵?):Pelatih ninja berusia 10 tahun yang tergolong dalam puak Iga dan merupakan keturunan kepada Hattori Hanzō yang lagenda.
Ken'ichi Mitsuba (三葉ケン一 Mitsuba Ken'ichi?):Kanak-kanak lelaki yang sebumbung dengan Hattori di Tokyo. Dia merupakan pelajar sekolah rendah yang bercermin mata kerana rabun jauh.
Hattori Shinzō (ハットリシンゾウ/服部心蔵?):Adik perempuan Hattori Kanzō yang berusia lima tahun dan juga pelatih ninja. Pakaiannya serba merah jambu.
Shishimaru (獅子丸?):Anjing ninja berbaka chow chow peliharaan adik-beradik Hattori yang periang dan gelojoh makan.
Kemumaki Kemuzō (ケムマキケムゾウ?):Lawan Hattori Kanzō dari puak Kouga.
Kagechiyo (影千代?):Kucing hitam peliharaan Kemumaki.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]