Ninjutsu (Naruto)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ninjutsu (忍術, "Teknik Ninja") secara umumnya merujuk kepada sebarang teknik ninja yang menggunakan kuasa chakra untuk membenarkan penggunanya melakukan suatu gerakan atau tindakan yang mana mungkin boleh dianggap mustahil atau sukar dilakukan. Tidak seperti genjutsu, ninjutsu memberikan efek yang lebih nyata terhadap mangsanya berbanding genjutsu yang hanya menyebabkan gangguan ilusi.

Ninjutsu bergantung kepada penggunaan chakra secara lazimnya, di mana ia memerlukan kombinasi dan susunan tertentu proses tanda ikatan untuk mengaktifkannya. Pengguna akan membuat beberapa susunan tanda ikatan untuk mengolah chakra miliknya agar bersesuaian dengan jutsu yang ingin digunakan. Namun begitu, penggunaan kombinasi tanda ikatan tidaklah menjadi suatu kemestian kerana sesetengah jutsu yang dikelaskan senagai "mudah" telah menjadi suatu kebiasaan bagi sesetengah ninja berpengalaman. Ia membenarkan mereka melakukan jutsu-jutsu tersebut tanpa perlu melakukan kombinasi tanda ikatan.

Teknik Kage Bunshin no Jutsu memerlukan chakra yang banyak

Sebagai penambahan, sesetengah ninjutsu boleh diklasifikasikan sebagai jutsu elemen, di mana spesifik elemen (angin, air, api, kilat, tanah) digunakan ketika melancarkannya jutsu tersebut .

Elemen Asas[sunting | sunting sumber]

Ninjutsu terbahagi kepada 5 elemen asas iaitu

Kekkei Genkai[sunting | sunting sumber]

Kekkei Genkai adalah Campuran dari dua elemen asas. Kekkei Genkai juga terbahagi kepada kekkei Genkai mata (Dojutsu) , Kekkei Móra dan elemen (Ninjutsu) iaitu

Kekkei Tota[sunting | sunting sumber]

Kekkei Tota adalah Campuran 3 Jenis Elemen asas. Hanya satu Elemen kekkei Tota Yang ada pada masa kini iaitu


Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Data Rasmi Pertama (Jepun: 秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (Jepun: 秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)