Nippon Yusen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ibu pejabat NYK Line (日本郵船), di Marunouchi, Chiyoda, Tokyo, Jepun
Sebuah kapal RO-RO NYK, Galaxy Leader.

Nippon Yusen Kabushiki Kaisha (bahasa Jepun:日本郵船株式会社, bahasa Melayu:Syarikat perkapalan Japan Mail)[1] , yang berpangkalan di Jepun merupakan antara syarikat perkapalan terbesar di dunia. Ia adalah subsidiari kepada kumpulan Mitsubishi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah NYK bermula dengan syarikat perkapalan Tsukumo Shokai yang ditubuhkan oleh keluarga Tosa pada tahun 1870. Pada tahun 1875, selepas penjenamaan semula menjadi Mitsubishi Shokai, syarikat ini melancarkan perkhidmatan kapal penumpang Jepun yang pertama menggunakan laluan antara Yokohama dan Shanghai. Pada tahun yang sama, nama syarikat sekali lagi ditukar kepada Mitsubishi Mail Steamship Company. Selepas penggabungan dengan Kyodo Unyu Kaisha (ditubuhkan 1882) pada tahun 1885, syarikat ini mula menggunakan nama Nippon Yusen Kabushiki Kaisha (NYK). Pada mulanya, Syarikat gabungan ini memiliki 58 kapal stim dan melebarkan operasinya dengan pantas, mulanya antara pelabuhan di Timur dan kemudiannya ke seluruh dunia. Pada tahun 1899, perkhidmatan kapal penumpang ke London dilancarkan.

Kapal NYK banyak menyokong operasi ketenteraan Tentera Laut Imperial Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Sebanyak 185 kapal NYK musnah ketika perang dan cuma 37 sahaja yang terselamat. [2]

Menjelang pertengahan 1950-an, NYK kembali bangkit dalam industri perkapalan antarabangsa. Oleh kerana berkurangnya permintaan terhadap perkhidmatan kapal penumpang, NYK mengembangkan operasi kargonya dengan memperkenalkan kapal kontena buatan Jepun yang pertama, "Hakone Maru" pada tahun 1968 dan kemudiannya menambah laluan perkapalannya ke banyak pelabuhan utama yang lain di dunia.

NYK menghidupkan kembali perniagaan kapal penumpangnya pada tahun 1989 dengan menubuhkan syarikat kapal persiaran, Crystal Cruises. Kapal persiaran pertama, "Asuka" memasuki perkhidmatan pada tahun 1990.[3]

Masa kini[sunting | sunting sumber]

NYK ialah syarikat perkapalan kesepuluh terbesar di dunia. Sehingga bulan Mac 2008, NYK mengoperasikan 776 kapal laut utama, dan sejumlah besar kapal terbang, keretapi dan trak. Berikut adalah jumlah kapal mengikut jenis:

NYK memiliki pejabat urusan di 240 lokasi di 27 negara, gudang-gudang di hampir setiap benua, dan operasi pelabuhan di Asia, Amerika Utara, dan Eropah. Jumlah pekerja NYK di seluruh dunia ialah 55,000 orang.

NYK berpangkalan di Tokyo, dan mempunyai ibu pejabat serantau di London, New York, Singapura, Hong Kong, Shanghai, Sydney dan Sao Paulo.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. NYK Line official site: Company Profile.
  2. NYK Europe: Europe: Corporate Profile, history
  3. Askander, Micke. "M/S Asuka," Fakta om Fartyg (Swedish); Miramar Ship Index: Asuka, ID#8913162.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Richard Cook and Marcus Oleniuk (April 2007). Around the World in 40 Feet, Two Hundred Days in the Life of a 40ft NYK Shipping Container. WordAsia Publishing. ISBN 978-988-97392-3-2