Mohammad Nizar Jamaluddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nizar Jamaludin)

Mohammad Nizar bin Jamaluddin

SPMP (Perak)
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Memegang jawatan
22 November 2022
Menteri BesarSaarani Mohamad
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Sungai Rapat
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022
Didahului olehRadzi Zainon
Majoriti3,614
Menteri Besar Perak ke-10
Dalam jawatan
17 Mac 2008 – 12 Mei 2009
RajaSultan Azlan Muhibbuddin Shah
Didahului olehMohd Tajol Rosli Mohd Ghazali
Digantikan olehZambry Abdul Kadir
Kawasan pilihan rayaPasir Panjang
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Changkat Jering
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehMohamad Osman Jailu
Digantikan olehAhmad Saidi Mohamad Daud
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P59 Bukit Gantang, Perak
Dalam jawatan
7 April 2009 – 5 Mei 2013
Didahului olehRoslan Shaharum
Digantikan olehIdris Ahmad
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk N51 Pasir Panjang
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului olehM. Ramachandran
Digantikan olehRashidi Ibrahim
Butiran peribadi
Lahir (1957-03-17) 17 Mac 1957 (umur 67)
Kampung Air Hitam Labu, Kampar, PerakPerak
Parti politik PAS
PH-AMANAH (kini)
PasanganDatin Seri Fatimah Taat
Anak-anak7 anak
PekerjaanADUN

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin (lahir 17 Mac 1957) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara (AMANAH). Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Perak bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan AJK Tertinggi Parti Amanah Negara. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Menteri Besar Negeri Perak ke-10 apabila membentuk kerajaan negeri selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Beliau dikatakan tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak setelah Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari 2009 berikutan pengisytiharan tiga ADUN menyokong Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, selepas 96 hari, Mahkamah Tinggi Malaysia mengisytiharkan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.[1] tetapi pada 22 Mei 2009, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kini beliau merupakan Ketua Pembangkang bagi negeri Perak.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Mohammad Nizar dilahirkan di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Negeri Perak pada 17 Mac 1957. Beliau sudah berkahwin dengan isterinya Fatimah Taat dan mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan. Bapanya keturunan Melayu sementara ibunya seorang Cina.

Anak sulung dan kedua beliau merupakan penuntut lulusan BA Syariah Universiti Mu'tah di Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah, Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universiti Damsyik, Syria dan Universiti Lubnan. Manakala anak yang keempat hingga kelapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Belajar di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School (ACS) Kampar. Kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-level dan ijazah di England. Beliau merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.

Nizar mempunyai kebolehan bertutur dalam 5 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Bahasa Arab,Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil.[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ir. Nizar pernah bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum berkhidmat sebagai jurutera di Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang PDC).

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Itali, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Teheran, Iran.

Pengalaman politik[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan berjawatan dalam PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak itu menyertai PAS sebagai ahli biasa pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz.

Mohammad Nizar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang 2008.

Berikutan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang,Roslan Shaharum dari PAS, satu Pilihanraya kecil telah diadakan pada 7 April 2009.Mohammad Nizar telah bertanding atas tiket PAS dan berjaya mengekalkan kerusi tersebut bagi parti PAS.

Menteri Besar[sunting | sunting sumber]

Sebelum Mohammad Nizar menjadi Menteri Besar, ketiga-tiga parti pembangkang Parlimen (yang selepas itu menubuhkan Pakatan Rakyat) iaitu DAP, PKR, dan PAS yang ingin menubuhkan kerajaan baru bagi negeri Perak. Antaranya DAP mempunyai kerusi DUN yang terbanyak, seterusnya PKR, dan akhirnya PAS. Namun Perlembagaan Negeri Perak mensyaratkan hanya orang Melayu beragama Islam boleh menjadi Menteri Besar, melainkan Sultan mengizinkan seseorang yang bukan Melayu dan bukan Islam untuk memegang jawatan ini. Oleh itu pada mulanya ketiga-tiga buah parti ini terus sebulat suara bersetuju bahawa Mohammad Nizar menjadi Menteri Besar. Namun keputusan ini dibantah oleh akar umbi DAP. Oleh itu mereka terpaksa memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi Menteri Besar bukan Melayu bukan Islam yang pertama (Ngeh seorang yang berbangsa Cina dan beragama Kristian). Akhirnya Sultan Perak menolak cadangan ini dan menegaskan untuk seorang Menteri Besar baru yang juga orang Melayu. Baginda mahukan Orang Melayu yang profesional. DAP tidak mempunyai ADUN Melayu, dan kesemua ADUN Melayu PKR hanya berkelayakan Tingkatan 5. Oleh itu, Mohammad Nizar Jamaluddin yang sebagai seorang jurutera dan juga memegang jawatan yang tertinggi dalam PAS di antara semua ADUN PAS dilantik sebagai Menteri Besar.

Ir. Mohammad Nizar pada asalnya dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 13 Mac 2008. Walau bagaimanapun, Lim Kit Siang menyatakan DAP akan memboikot pelantikan itu dan majlis pentauliahan dan angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kerana PAS bukan parti utama yang memenangi pilihan raya 2008 peringkat negeri Perak. Beliau berpendapat bahawa ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri Besar, kalau ADUN DAP ditolak. Beliau bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf.

Lanjutan itu, pihak istana telah membatalkan istiadat mengangkat sumpah dan meminta ketiga-tiga DAP, PKR dan PAS bermesyuarat sekali lagi dan menghantar satu surat yang ditandatangani semua 31 ADUN mereka, menyatakan sokongan bersama.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac 2008 (bersamaan hari jadinya yang ke 51) di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Perak.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Isu Pengarah JAIPk[sunting | sunting sumber]

Mohammad Nizar dilaporkan memberi arahan supaya pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Jamry Sury, bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam kerana cuba mensabotaj kerajaan negeri.

Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diarah keluar dari pejabatnya oleh Mohammad Nizar pada pagi 29 April 2008 kerana Jamry dituduh cuba mengsabotaj usaha kerajaan negeri menukar ahli-ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak[4].

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menarik balik serta merta arahan pertukaran yang dibuat ke atas Jamry kerana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) adalah di bawah kuasa Sultan dan perlu melalui saluran yang betul. Mohammad Nizar juga dimaklumkan bahawa hubungan kerja yang menghormati Sultan merupakan konvensyen dan budaya kerja yang sentiasa diamalkan dan dihormati oleh setiap Menteri Besar dengan pihak Istana selama ini.

Arahan supaya menarik balik arahan pertukaran itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar dititah untuk menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak pada pukul 11 pagi Jumaat, 2 Mei 2008, untuk menyembah maklum kepada baginda berhubung arahan pertukaran Jamry[5].

Pada penghujung 2008 Jamry Sury ditukarkan dan digantikan oleh Dato' Sheikh Haji Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz.

Peralihan kuasa kepada BN[sunting | sunting sumber]

Kejatuhan kerajaan PR pada 6 Februari akibat 2 ADUN PKR (Behrang & Changkat Jering) dan 1 ADUN DAP (Jelapang) telah bertindak keluar parti dan menjadi Bebas, kelayakan ketiga-tiga ADUN ini dipertikai kerana kerusi DUN yang berkenaan telah diumumkan kosong oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar berdasarkan surat perletakan jawatan yang ditandatangan awal. Bagaimanapun BN mempertikaikan penerimaan surat yang ditandatangan awal sebagai tidak sah berdasarkan keputusan mahkamah dalam kes sebelum ini. Ini menjadikan BN dan PR mempunyai 28 wakil setiap satu.

SPR kemudiannya telah menggunakan bidang tugasnya daripada memastikan kelancaran dan pilihanraya yang bersih bertindak menolak untuk diadakan pilihanraya kecil berdasarkan keputusan mahkamah bahawa surat bertandatangan awal (presign) adalah tidak sah.[6]

Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah memohon perkenan Kebawah DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah untuk membubarkan DUN sebaliknya Sultan menitahkan supaya Nizar meletakan jawatan sebagai Menteri Besar selepas menemu bual kesemua 28 wakil BN dan 3 calon Bebas yang menyatakan sokongan mereka kepada BN. ("Ref The Sun 5 February 2009)

Perkara ini telah menyebabkan penyokong Pakatan Rakyat Perak bangun menyatakan hasrat tidak setuju atau dalam istilah istana "mohon sembah derhaka", dan atas krisis Perak tersebut dan mula menuntut diadakan semula pilihanraya negeri Perak[7] dan mendakwa Nizar masih sah sebagai Menteri Besar Perak, perkara ini turut disokong tokoh UMNO, YM Tengku Razali Hamzah dan Pakatan Rakyat menganggap ini adalah konspirasi UMNO untuk merampas kuasa secara haram dengan menggunakan institusi raja. Pandangan untuk memberi hak kepada rakyat turut disokong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)[8] .

Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar yang berlangsung di Istana Iskandariah tetap diadakan walaupun dipertikai oleh Pakatan rakyat sebagai bercanggah dengan perundangan.

Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir dan exco-exconya[9] juga sedang menghadapi tindakan Jawatankuasa Khas Hak Dan Kebebasan DUN, kerana dituduh menghina Dewan Undangan Negeri Perak dengan mengetepikan DUN. Beliau kini bersama 6 orang exconya telah digantung sehingga 18 bulan bermula 19 Februari 2009 [10] Hal ini dipertikai oleh sesetengah peguam sebagai diluar bidang kuasa tanpa pengesahan ahli exco.[11]

Dalam masa yang sama Nizar telah menfailkan pengistiharan dari Mahkamah Tinggi (Kuasa-kuasa Khas) di Kuala Lumpur pada 14 Februari 2009 untuk menentukan kedudukan sebenar dan mengembalikan hak kepada Pakatan Rakyat Perak. Mahkamah Tinggi kemudiannya memutuskan bahawa Nizar merupakan Menteri Besar yang sah, dan Nizar akhirnya melaporkan diri untuk bertugas selaku Menteri Besar Perak.[12] Bagaimanapun, jawatan beliau sekali lagi batal apabila hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali meluluskan penangguhan pelaksanaan keputusan kepada Zambry, sekaligus sini menetapkan 21 Mei bagi mendengar rayuan Zambry dan permohonan Nizar.[13] Pada 22 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar hujah-hujah mereka memutuskan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Nizar, atas hujah bahawa "bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN."[14]

Angkat sumpah ahli parlimen[sunting | sunting sumber]

Pada 15 jun 2009, Mohammad Nizar diarah keluar daripada Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana melanggar etika pakaian dengan memakai satu lilitan bertulis "Bubar DUN" Perak pada songkoknya. Beliau juga melaungkan "Hidup Rakyat, Bubar DUN" (Perak) sebaik mengangkat sumpah. Beliau menjadi ahli parlimen Bukit Gantang selepas Pilihan raya kecil Bukit Gantang 2009.[15]

Dakwa ATM kerjasama dengan PM[sunting | sunting sumber]

Nizar dalam satu ceramah , mendakwa beliau dikhabarkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil semua kepimpinan tentera dan bertanya sama ada mereka akan berbuat sesuatu jika BN tumbang dalam PRU13. Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Angkatan Tentera Malaysia. Pada 24 Mei 2012, Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan memaklumkan bahawa kertas siasatan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.Beliau disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.[16]

Persoal plet WWW1 Sultan Johor[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2012, Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menerusi laman Twitter mempersoal pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor, menggambarkan seolah-olah baginda menggunakan wang rakyat. Pada 3 Jun 2012, 500 daripada 26 persatuan di Johor mengadakan perarakan sejauh kira-kira 3 km di bandaraya Johor Baharu bagi mengutuk tindakan Mohammad Nizar itu. Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Shariff memaklumkan bahawa polis Johor menerima 39 laporan polis daripada pelbagai pihak berhubung kenyataan Nizar itu. Beliau akan disiasat di bawah Akta Hasutan dan dilaksanakan oleh Jabatan Peguam Negara.[17]

Pada 29 Mei 2012, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail membidas twitter Nizar - 'RM520,000 itu sepatutnya boleh digunakan untuk membantu rakyat miskin di Johor mahupun membina lagi 20 rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)'. Duit kerajaan tidak diambil malah dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.[18][19]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Perak[20][21][22][23]
Tahun Perlembagaan Undi Lawan Lawan Undi Lawan Buang undi Majoriti Keluar
2008 N51 Pasir Panjang, P74 Lumut Mohd Nizar Jamaluddin (PAS) 11,994 62.81% Vasan Sinnadurai (MIC) 7,520 39.38% 19,097 4,474 76.02%
2013 N14 Changkat Jering, P59 Bukit Gantang Mohd Nizar Jamaluddin (PAS) 14,495 51.28% Rosli Husin (UMNO) 13,325 47.14% 28,264 1,170 85.40%
Zulkifli Ibrahim (BEBAS) 84 0.30%
2018 N43 Sungai Rapat, P71 Gopeng Mohd Nizar Jamaluddin (AMANAH) 12,425 39.00% Hamzah Mohd Kasim (UMNO) 8,811 27.60% 26,346 3,614 82.60%
Radzi Zainon (PAS) 4,627 14.50%
Parlimen Malaysia[21][22]
Tahun Perlembagaan Undi Lawan Lawan Undi Lawan Buang undi Majoriti Keluar
2004 P67 Kuala Kangsar, Perak Mohd Nizar Jamaluddin (PAS) 6,747 33.43% Rafidah Aziz (UMNO) 12,938 64.10% 20,184 6,191 71.09%
2009 P59 Bukit Gantang, Perak Mohd Nizar Jamaluddin (PAS) 21,860 52.50% Ismail Safian (UMNO) 19,071 45.80% 41,626 2,789 75.00%
Kamarul Ramizu Idris (BEBAS) 62 0.10%

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ {http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm Mohammad Nizar MB Perak yang sah}
  2. ^ http://beritamalaysiakini.wordpress.com/2008/04/12/gambar-mb-perak-yang-digelapkan-media-harakahdaily/
  3. ^ Nizar Pukau Para Hadirin Di Forum
  4. ^ Arah tukar serta-merta - MB Perak mahu Pengarah JAIPk keluar pejabat 24 jam, Utusan Malaysia, 30 April 2008
  5. ^ Arahan tarik balik...hormati Sultan Diarkibkan 2008-05-04 di Wayback Machine, AgendaDaily, 2 Mei 2008
  6. ^ It's Futile To Challenge EC's Decision, Say Lawyers.
  7. ^ http://perakdaily.com/?p=644 Diarkibkan 2009-02-17 di Wayback Machine Majority Mahu Dun Perak Bubar
  8. ^ http://www.malaysiakini.com/news/97784 Suhakam cadang pilihanraya semula
  9. ^ http://www.malaysiakini.com/news/98290 Zambry, exco dirujuk pada JK hak dan kebebasan DUN Perak
  10. ^ http://www.malaysiakini.com/news/98588 MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN
  11. ^ Experts dispute speaker's right to suspend Perak MB
  12. ^ Teoh, Shannon (2009-05-12). "Nizar reports for work". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-13. Dicapai pada 2009-05-12.
  13. ^ "Rayuan Zambry Dan Permohonan Nizar Didengar Khamis". Bernama. 2009-05-15. Dicapai pada 2009-05-22.
  14. ^ "Hakim: Zambry MB sah Perak". Malaysiakini. 2009-05-22. Dicapai pada 2009-05-22.
  15. ^ Sikap Keterlaluan Nizar Wajar Dinilai Rakyat - Zambry
  16. ^ "Nizar beri keterangan berhubung dakwaan pertemuan PM-Tentera". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-27. Dicapai pada 2012-06-04.
  17. ^ Nizar Akan Beri Kenyataan Polis Rabu Ini - Hishammuddin
  18. ^ Tengku Mahkota Johor Bidas Nizar Jamaluddin
  19. ^ "Nizar disiasat di bawah Akta Hasutan isu bidaan no plat Sultan Johor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-01. Dicapai pada 2012-06-04.
  20. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2010. Dicapai pada 2 January 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  21. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 11 July 2010. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
  22. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya umum 2004.
  23. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 5 May 2013. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya umum 2013.
  24. ^ AHMAD, Hulu Bernam (11 November 2018). "Kebijaksanaan Sultan Perak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 25 January 2019.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Perak
13 Mac 2008 - 12 Mei 2009
Penyandang Kemudian
Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali Zambry Abdul Kadir