Noh bin Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk Seri

Noh Omar
Fail:NohbinOmar.jpg

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Tempoh jawatan
18 Mac 2008 – 5 Mei 2013

Member of Parliament
for P95 Tanjung Karang, Selangor

Lahir Selangor Tanjung Karang, Selangor
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - UMNO (Barisan Nasional)
Pekerjaan Malaysia Ahli Parlimen
Religion Islam

Y.B. Datuk Seri Haji Noh bin Omar adalah ahli kabinet yang menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Jawatan terakhir yang disandangnya sebelum rombakan kabinet yang dilakukan oleh Datuk Sri Najib Tun Razak ialah sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.[1] Noh dilahirkan pada 23 Februari 1958 di Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Timbalan Menteri Pelajaran, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Isteri beliau adalah Prof. Datin Dr. Aishah Salleh.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Noh mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Burong pada tahun 1965. Selepas menamatkan pengajian sekolah menengah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki pada 1977, beliau memasuki Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim bagi mengikuti kursus latihan asas perguruan. Beliau juga menyambung pelajarannya ke Thames University.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kula Selangor pada tahun 1983. Setelah pulang dari Thames University, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perundangan di Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1988 sebelum membuka firma guaman, Ahmad Famy & Noh.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan arena politiknya setelah menyertai UMNO di cawangan Parit 2, Sungai Burong , Selangor. Beliau pernah memikul tugas banyak jawatan dalam UMNO iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Karang, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Selangor, Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, dan dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2004. Beliau juga pernah dipilih sebagai Pengerusi, Pertubuhan Alumni Kelab UMNO Luar Negeri serta Presiden Kelab UMNO di United Kingdom dan Eire.

Pada tahun 1995, beliau memenangi kerusi Parlimen Tanjung Karang dan mempertahankan pada tahun 1999, 2004 dan 2008.

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Noh Bin Omar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tanjong Karang , negeri Selangor. Noh Bin Omar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16073.

Calon lawan ialah peguam Mohamed Hanipa Maidin dari PAS mendapat 12,253 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79 %. Undi rosak sebanyak 674.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Sewa tanah untuk projek udang[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Ogos 2012, Noh Omar menjelaskan bahawa beliau cuma menyewakan tanah sahaja kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd dan tidak terlibat mengusahakan projek udang . Sebelum ini, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim mendedahkan surat akuan sumpah syarikat udang dan kaveat ke atas tanah Noh Omar yang disewa adalah bukti Noh Omar terlibat lebih daripada sebagai pemilik tanah yang menyewakan tanahnya. Perkataan 'usahasama' bermaksud bersama-sama mengusahakan projek .Dakwanya, tentulah berlaku konflik kepentingan. Pengarah Pristine Agrofood , Chu Bak Teck memaklumkan bahawa Noh hanyalah pemilik sebahagian tanah 100 ekar dalam projek udang itu. Syarikat Pristine yang beralamat di Bandar Sunway, Petaling Jaya bertindak sebagai penyewa tanah selama 10 tahun .Akhbar Cina Sin Chew Daily melaporkan Noh mengaku memiliki tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak, Tanjung Karang yang dimiliki sebelum menjadi menteri pertanian.[2][3] [4] Tanah 30 ekar itu menyamai 15 padang bola sepak.

Ng Sue Lim membuat pendedahan tersebut ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka. Usul itu kemudiannya diluluskan. Pada tahun 1995,Noh telah membeli tanah itu di Lot 26426 di Bagan Tengkorak. Satu sijil pemilikan dikeluarkan oleh Pendaftar Hakmilik Tanah Selangor pada September 2009, lima bulan selepas Noh telah dilantik ke jawatan kabinet sekarang. [5]]</ref>

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Penyandang Terdahulu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2009 – Kini
Penyandang Kemudian
Dato' Sri Mustapha Mohamed penyandang