Nokia 3210

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nokia 3210
Nokia
Rangkaian 900 / 1800
Dikeluarkan 1999
Pengganti Nokia 3310
Faktor Bentuk Candybar
Dimensi 123.8 x 50.5 x 16.7-22.5 mm
Berat 151g
Ingatan Sehingga 250 nama dalam buku telefon
Bateri 1250 mAh
Paparan Lampu latar monokrom
Kamera belakang Tiada
Ketersambungan Tiada



Nokia 3210 merupakan model telefon bimbit Nokia yang sangat popular, dilancarkan pada tahun 1999. Dengan lebih 160 juta unit dijual, model 3210 menjadi salah satu model telefon bimbit paling popular dan paling berjaya dalam sejarah.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Nokia 3210 mempunyai berat 153g. Telefon bimbit tersebut berukuran 123.8mm x 50.5mm x 16.7mm (min), 22.5mm (max) serta menampilkan badan yang boleh ditukar ganti dengan mudah.

Ciri utama[sunting | sunting sumber]

  • Tiga permainan dipasang oleh kilang: Snake, Memory (permainan ingatan pasangan), dan Rotation. Penambahan permainan tersebut membawa jepada jumlah jualan yang tinggi di kalangan anak-anak muda yang tumbuh dengan kadar yang sangat pantas. Sesetengah versi 3210 menampilkan permainan "tersembunyi" React dan Logic. Ia diaktifkan dengan menggunakan perisian khas menggunakan kabel data.
  • Model 3210 merupakan salah satu telefon bimbit terawal yang menampilkan antena dalaman. Ia berbeza dengan kebanyakan telefon bimbit pada masa tersebut yang menampilkan antena yang besar. Isyarat penerimaan masih lagi sangat bagus, walaupun tidak sebagus pendahulunya iaitu 3110.
  • 'Pesanan bergambar' yang dihantar melalui perkhidmatan pesanan ringkas SMS ditampilkan, membolehkan pengguna menghantar gambar yang telah terpasang kepada pengguna lain. Ia termasuklah gambar 'Selamat Hari Jadi'.
  • Harga telefon bimbit ini adalah kompetitif dan disasarkan terutamanya kepada remaja dan golongan profesional muda. Pada masa inilah bermulanya zaman di mana telefon bimbit sangat mudah didapati di kalangan remaja.
  • Model 3210 merupakan model pertama yang membenarkan pengguna menggubah nada dering sendiri, satu bentuk manfaat memandangkan sebelum ini nada dering hanya boleh dihantar menggunakan SMS dan dikenakan bayaran.
  • Model 3210 asalnya direka dengan ciri getaran. Nokia mengambil keputusan untuk tidak meletakkan ciri tersebut pada sesetengah telefon bimbit. Beberapa bulan selepas dilancarkan bagi pasaran UK, sesetengah kedai telefon bimbit menawarkan naik taraf telefon bimbit kepada pelanggan untuk menambah ciri penggetar dengan mengenakan sedikit bayaran.

Spesifikasi telefon bimbit[sunting | sunting sumber]

  • Masa sedia (jam): 55-260
  • Masa bercakap (min): 180-270
  • Masa mengecas (jam): 4
  • Komposer Nada Dering
  • Dwijalur: Ya
  • Peringatan Getaran (pilihan)
  • Pendailan Pantas
  • 3 permainan
  • Antena dalaman
  • Lampu latar hijau
  • Perumah yang boleh ditukar

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kombinasi beberapa ciri baharu seperti antena dajalam serta T9 menyumbang kepada kejayaan besar 3210. Kejayaan 3210 juga didorong oleh kempen pengiklanan yang disasarkan kepada golongan muda, pertama kali dalam industri telefon bimbit. Penampilan 3 permainan, penutup yang boleh ditukar ganti, antena dalaman, nada dering yang boleh dibuat sendiri serta harga berpatutan membawa kepada populariti besar telefon bimbit ini bagi golongan berusia 15–25 tahun. Ia juga lebih nipis daripada model Nokia terdahulu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]