Nokia N82

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nokia N82
PengilangNokia
Rangkaian serasiGSM 850/900/1800/1900, UMTS 2100 with HSDPA (selain China)
Penjadi rupaCandybar
Ukuran112 mm x 50.2 mm 17.3 mm
Jisim114 g
Sistem pengendalianSymbian OS v9.2, S60 3rd Edition Feature Pack 1
BateriNokia Battery (BP-6MT) 1050mAh
Paparan2.4" QVGA LCD 16.7 juta warna
Kamera belakang5 megapiksel / Carl Zeiss optics / Xenon flash (belakang)
Kamera depanCIF video call (depan)
KetersambunganWLAN 802.11b/g (selain China), Bluetooth, Micro-USB 2.0, Nokia 3.5mm AV Connector, Hot swappable microSD

Nokia N82 ialah telefon pintar 3G multimedia dikeluarkan Nokia pada November 2007.

Nokia N82 merupakan sejenis telefon bimbit keluaran syarikat Nokia. Nokia N82 memiliki keupayaan sokongan bagi menerima gelombang 850/900/1800/1900W/CDMA/HSDPA. Nokia N82 turut dilengkapi dengan penerima gelombang FM.

Nokia N82 dilengkapi dengan system pengoperasian Symbian S60 dan saiz bagi Nokia N82 adalah 112 x 50.2 x 17.3 mm. Dengan berat sekitar 110 gram , ia memiliki ketahanan selama 4.25 jam bual dan 225 bersedia.

Nokia N82 turut dilengkapi dengan kamera 5.0MP / 0.1MP CMOS. Selain itu Nokia N82 memiliki 100MB ingatan bina dalam. Nokia N82 turut menyokong ingatan tambahan dari jenis micro SD/Maksima 2GB.

Format audio yang disokong oleh Nokia N82 adalah MP3, WMA, AAC, AAC+, eAAC+. Selain itu ia turut memiliki daya dering 64 Polifonik.

Nokia N82 menyokong system perutusan SMS/MMS/Mel elektronik menggunakan system sambungan GPRS/WAP/Wi-Fi, selain memiliki ciri-ciri lain seperti Carl Zeiss, GPS.