Nombor koordinatan 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terdapat dua kemungkinan susunan geometri bagi nombor koordinatan 2 iaitu linear dan bengkok. Jika dua ligan adalah serupa, jenis am dan simetrinya adalah liner L-M-L, C2V. Nombor koordinatan ini memang didapati dalam banyak sebatian molekul unsur dwivalen, tetapi ia sebaliknya agak jarang berlaku. Dalam kebanyakan kes (iaitu stoikiometri mungkin menunjukkan kewujudannya) nombor koordinatan yang lebih tinggi sebenarnya wujud. Hal ini disebabkan beberapa ligan membentuk jambatan di antara dua atom pusat.

Untuk sebatian koordinatan dari jenis yang lebih lazim (iaitu sebatian dengan unsur yang agak berlogam di pusat), ia adalah terhad, terutamanya kepada beberapa kompleks CuI, AgI, AuI dan HgII. Kompleks ini mempunyai susunan ion logam dan dua atom ligan yang linear, dan yang lazim adalah [ClCuCl]-, [H3NAgNH3]+, dan NCHgCN.

Halida emas (I) memberikan contoh yang baik bagi nombor koordinatan dua yang linear. Ia terdiri daripada rantai bengkang-bengkok jenis (1-I). Atom logam dalam kation seperti [UO2]2+, [UO2]+, dan [PuO2]2+, yang linear, boleh juga dikatakan mempunyai nombor koordinatan 2, tetapi kation okso ini berinteraksi agak kuat dengan ligan tambahan dan nombor koordinatannya yang sebenar adalah lebih tinggi.

Koordinatan linear juga wujud dalam beberapa ion trihalida seperti I3- dan ClBrCl-.