Nona Asiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Nona Asiah

Kulit album Nona Asiah
Latar belakang
Nama lahir Asiah Aman
Juga dikenali sebagai Nona Asiah
Berasal dari Singapura
Pekerjaan Vokal
Tahun aktif 1960-an - 1970-an
Kegiatan berkait P. Ramlee, R. Azmi, Ismail Kassim, Jasni, Abdullah Chik, Zainal Alam, Aziz Jaafar


Asiah Aman atau lebih dikenali sebagai Nona Asiah[1] atau merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Nona Asiah telah dilahirkan di Singapura pada bulan November 1928. Nona Asiah merupakan seorang penyanyi dan dua lagu pertamanya telah dirakamkan ke piring hitam. Lagu-lagu tersebut adalah Ciumku Lagi (disesuaikan dari lagu Mexico yang 'evergreen', Besame Mucho) dan Bunga Sakura (lagu Jepun). Kedua lagu-lagu tersebut telah mendapat sambutan hangat. Selepas itu, Nona Asiah telah mendapat tawaran menyanyi sebagai 'playback singer' untuk filem-filem keluaran MFP dan kemudian Cathay-Keris. Diantara filem-fillem yang menggunakan sumbangan suara Nona Asiah termasuklah filem Chinta, filem Nasib, filem Nilam, filem Rachun Dunia, filem Hujan Panas dan filem Bujang Lapok.[2]

Ketika merakamkan lagu-lagu ke piring hitam, Nona Asiah sering berpasangan dengan P. Ramlee, R. Azmi, Ismail Kassim, Jasni, Abdullah Chik, Zainal Alam dan juga Aziz Jaafar. Manakala dalam filem, suaranya pernah digunakan untuk Siput Sarawak, Kasma Booty, Rokiah, Mariani, Rosnani, Zaiton dan ramai lagi.


Filem[sunting | sunting sumber]

Nona Asiah hanya pernah berlakon dalam satu filem iaitu filem Pelangi, keluaran Nusantara Film yang diarahkan Naz Achnas. Dalam filem itu, Nona Asiah berlakun bersama suaminya Ismail Kassim. Nona Asiah juga pernah bertugas di Radio Malaya ketika itu mendidik kanak-kanak sekolah melalui siaran radio bersama Buyong Adil.


Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Dari Hati Nubari
  • Dendang Asmara Malaya (Kompilasi bersama Julia, A. Rahman, Lena dan Normadiah


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Cantik Menghijau
  • Hai Selendang
  • Manusia Miskin Kaya
  • Miow-Miow
  • Nada Merindu
  • Nuri Bertuah
  • Rela Korban Jiwa
  • Bertepok Ramai (Nona Asiah & Jasni)
  • Ciumku Lagi
  • Bunga Sakura


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.