Noorkumalasari
| Noorkumalasari | |
Album pertama beliau yang bertajuk Kau Dalam Ingatanku |
|
| Latar belakang | |
|---|---|
| Nama lahir | Noor Kumalasari Binti Mohd Taib |
| Nama lain | Noor |
| Lahir | 1956 |
| Asal | Singapura |
| Pekerjaan | Pelakon, Penyanyi |
| Tahun aktif | 1970-an - 1990-an |
| Kegiatan berkait |
Solo |
Noorkumalasari merupakan salah seorang pelakon dan penyanyi Malaysia yang terkenal pada 1970-an dan 1980-an. Noorkumalasari merupakan anak kepada S. Roomai Noor dan Datin Hajjah Umi Kalthum. Beliau juga merupakan adik seayah Anita Sarawak.
Selain berlakon dan menyanyi, Noor juga turut mengacara, antaranya Anugerah Juara Lagu 1987.
Isi kandungan |
[sunting] Album Studio
- Kau Dalam Ingatanku (1978)
- Noor (1979)
- Aku Dan Dunia Seni (1980)
- Ke Mana Kubawa Diri (1981)
- Jangan Kau Kembali (1981)
- Mata (1982)
- Aku Di Sini ! (1984)
- Wajah (1985)
- Inilah Noor (1988)
[sunting] Album Kompilasi
- Album Hari Raya (1981)
- Koleksi Terbaik Noorkumalasari (1988)
- Anita & Noor (2000)
- 4 Lagenda Terunggul Vol. 3 (2011)
[sunting] Lagu-lagu Popular
- Mata
- Selamat Pagi Sayang
- Aku Di Sini
- Terpikat
- Terpedaya
- Aku Dan Perasaan
- Istilah Cinta
- Lagu Dari Kamar
- Hati Seorang Kekasih
Selain menyanyi secara solo, Noor sering berduet dengan pasangan duetnya yang serasi iaitu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Mereka juga sering muncul bersama dalam rancangan hiburan seperti Puspawarna RTM di sekitar 1980an. Antara lagu duet mereka yang popular ialah Bimbang Terluka Lagi, Melangkah Seiringan dan sebuah lagu Inggeris bertajuk Eat It. Menariknya, lagu Eat It merupakan lagu saduran daripada lagu Beat It oleh Michael Jackson. Selain itu, liriknya diubah sedikit dan berunsur komedi.
[sunting] Lagu Raya
- Pulang Di Hari Raya
[sunting] Filemografi
| Filem | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Judul | Peranan | Nota |
| 1977 | Menanti Hari Esok
|
Pelakon Utama (Rohayu) |
|
| 1979 | Tuan Badul
|
Pelakon Utama (Nor) |
|
| 1979 | Tiada Esok Bagimu
|
Pelakon Utama (Norimy) |
|
| 1979 | Adik Manja
|
Pelakon Utama (Cikgu Sharina) |
|
| 1981 | Abang
|
Pelakon Utama |
|
| 1981 | Mangsa
|
Pelakon Utama |
|
| 1982 | Esok Untuk Siapa
|
Pelakon Utama (Jamilah/Milah) |
|
| 1982 | Penentuan
|
Pelakon Utama |
|
| 1984 | Matinya Seorang Patriot
|
Pelakon Utama |
|
| 1987 | Rahsia
|
Pelakon Utama |
|
| 1987 | Misteri Rumah Tua
|
Filem seram ini merupakan usahasama Malaysia-Indonesia. |
|
| 1990 | Bayangan Maut
|
Pelakon Utama |
|
| 1990 | Mira Edora
|
Pelakon Utama (Hapipah) |
|
| 1992 | Penghujung Malam
|
Pelakon Utama (Sofia) |
|
| 1998 | Silat Legenda
|
Pelakon Utama (Suara Latar-Mona) |
|
[sunting] Anugerah
| Tahun | Anugerah | Kategori | Hasil |
|---|---|---|---|
| 1987 | Festival Filem Malaysia Ke-7 | Pelakon Wanita Terbaik | Dicalonkan |