Noor Zahidi Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Noor Zahidi bin Omar)

Datuk Noor Zahidi Omar (1957-2014) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal (2004-2014).

Datuk

Noor Zahidi Omar
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Pengkalan Kubor
Dalam jawatan
2004–2014
Didahului oleh Wan Husain Wan Ahmad
Digantikan oleh Mat Razi Mat Ail
Majoriti1,736 (PRU-13)
100 (PRU-12)
Butiran peribadi
Lahir1957
Meninggal dunia20 Ogos 2014 (57 tahun)
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Ogos 2014, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati pada jam 5.45 pagi pada usia 57 tahun. Beliau meninggal di sebuah hospital di Guangzhou, China ketika mendapat rawatan.Anaknya ,Megat Ikram Datuk Noor Zahidi, 32 memaklumkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan, Tumpat.[1] Jenazah Noor Zahidi tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada pukul 10.10 malam dari Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang.[2]

Turut ziarah ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, serta hampir kesemua ADUN negeri ini. Pengebumian diuruskan oleh pihak tentera Malaysia.

PRK Pengkalan Kubor 2014[sunting | sunting sumber]

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan Mohamad Mahmud menyatakan bahawa tarikh Pilihan raya kecil Pengkalan Kubor 2014 akan ditetapkan selepas menerima surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi itu daripada Speaker DUN Kelantan Abdullah Ya'kub.[3] Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berbincang dengan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed tentang persiapan menghadapi pilihan raya kecil.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adun Pengkalan Kubor meninggal dunia
  2. ^ ADUN Pengkalan Kubor selamat dikebumikan
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-25. Dicapai pada 2014-08-22.