Jeslina Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeslina Hashim
Kelahiran
Nor Jeslina Hashim binti Khairuddin Mohamed Hashim

(1978-03-11) 11 Mac 1978 (umur 46)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1999–2004
PasanganDion Andrew Vercoe (k. 2005; c. 2013)
Anak-anak2
SaudaraLinda Jasmine (sepupu)

Nor Jeslina Hashim binti Khairuddin Mohamed Hashim merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal. Beliau juga pernah berlakon filem dibawah arahan Aziz M. Osman memegang watak utama iaitu filem Seri Dewi Malam

Biografi[sunting | sunting sumber]

Jeslina dilahirkan pada 11 Mac 1978, di Ayer Hitam, Pulau Pinang, Malaysia. Beliau mempunyai darah campuran Cina dan India Muslim.

Kini Jeslina mempunyai syarikat miliknya iaitu Citrus Entertainment

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Jeslina pernah ditahan dalam serbuan JAWI di Zouk Club tahun 2005 sebuah kelab malam bersama kira-kira 100 orang muslim yang lain pada pukul satu pagi pada 13 Januari 2005.

Berikutan dari itu, beliau dikatakan membuat sindiran kepada pihak JAWI dalam rancangan Melodi

Antara lain beliau amat kecewa dengan tindakan pihak JAWI yang menangkap mereka ketika itu. Kononnya itu adalah hak mereka sebagai seorang remaja di sebuah negara demokrasi. "Sedangkan ibu bapa kami tidak menghalang kami untuk berhibur, kenapa pula orang lain seperti JAWI sibuk-sibuk untuk menjaga kami?.

Kebanyakan ibu bapa kami tahu di mana kami berada dan mereka tahu bila kami akan balik. Akibat tindakan JAWI menangkap dan tidak membenarkan kami berhubung dengan ibu bapa kami ia bukan sahaja menyusahkan kami malahan juga para ibu bapa kami !!!" gertak Jes dengan nada keras ketika diinterviu oleh pengacara Melodi, Wahid Senario.

Sebelum temu bual itu berakhir, artis tersebut memperli Jawi ketika bersalam dengan pengacara dengan berkata "nanti ditangkap kerana bersalam antara lelaki dan wanita.

Pada 15 Feb 2005 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini mengeluarkan surat pembatalan saman terhadap penyanyi Jeslina Hashim, 27, berhubung penahanannya di sebuah pusat hiburan pada 13 Januari lalu.

Pembatalan saman terhadap penyanyi itu dimaklumkan menerusi surat yang dikeluarkan Jawi kira-kira pukul 3 petang. Surat itu memaklumkan pembatalan saman kes jenayah di bawah Akta 29 Kelakuan Tidak Sopan. Jeslina dijadualkan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 5 April depan.

Pada 17 Februari 2005, Pegawai JAWI tersebut mengeluarkan kenyataan dalam Malay Mail bahawa pihak Kabinet telah mengarahkan mereka membatalkan saman tersebut pada hari Selasa iaitu sebelum mesyuarat Kabinet pada hari Rabu (hari ini), tanpa apa-apa perbicaraan di mahkamah.

Sehubung daripada kejadian tersebut, tersiar beberapa gambar Jeslina memakai pakaian yang menjolok mata (menampakkan separuh buah dada), dengan dakwaan bahawa itu adalah gambarnya di Kelab The Zouk.

Dalam satu kenyataan akhbar Ahad 27 Feb 2004, Jeslina menyatakan bahawa gambar yang tersiar di Internet itu adalah gambar lamanya dan bukannya gambar ketika beliau ditangkap di Kelab The Zouk. Jeslina juga mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin tidak lama lagi.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Ada Dan Tiada
  2. Cinta Sebuah Emosi
  3. Cinta Silam
  4. Cinta Tasik Biru
  5. Datangnya Asmara
  6. Entah
  7. Hasrat Cinta
  8. Kasih Kami
  9. Kau Bukan Yang Pertama
  10. Kaulah Bintang
  11. Ku Intai Cinta Dalam Rahsia
  12. Malu Malu
  13. Melakar Rindu
  14. Ratu Sejagat
  15. Selintas Kesan
  16. Untuk Selamanya

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2001 Seri Dewi Malam Dewi Filem pertama
2002 KL Menjerit Ayu (alih suara) Lisdawati
Idola Elise
2003 Iskandar Amira
Aku Kaya The Movie Lela/Isabella
2004 Aku No. 1 Jesnita Filem terakhir

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Aku Kaya Leha VCD
2003 Cinta Popular Jeslina
Puteri Histeria Puteri Hidayah
2004 Kelibat Zaireen Astro Ria
Aku Kaya Giler Leha VCD

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]