Nor Mohamed Yakcop
| YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop |
|
Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop |
|
|
Menteri Kewangan Kedua Malaysia
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 2004 |
|
| Didahului oleh | Tidak diketahui |
|---|---|
|
Ahli Parlimen Tasek Gelugor
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Tidak diketahui |
|
|
|
| Tempat lahir | |
| Parti politik | UMNO(BN) |
| Pasangan | Puan Sri Fawziah Begum |
| Anak | 3 anak |
| Pekerjaan | Ahli ekonomi, Ahli politik |
| Agama | Islam |
YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (lahir 1947 - ) dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau dilantik menjadi Senator seterusnya menjawat jawatan Menteri Kewangan Kedua di bawah Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2008, beliau telah menang di parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan masih mengekalkan jawatan tersebut hingga kini apabila Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampok kepimpinan. Kini beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Isi kandungan |
Keluarga[sunting]
Nor Mohamed Yaacop berkahwin dengan Puan Sri Fawziah Begum Abu Bakar , bekas pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka mempunyai tiga anak.
Pendidikan[sunting]
Beliau bersekolah di Sekolah St Xavier dan menjadi pengawas sekolah ketika itu. Beliau berulang-alik dengan basikal dari Butterworth ke Georgetown, Pulau Pinang untuk ke sekolah.[1] Beliau memperolehi Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya pada tahun 1972 dan Sarjana Ekonomi dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Catholic University di Belgium pada tahun 1979.
Kerjaya[sunting]
Selepas habis belajar di Tingkatan 6 pada tahun 1968, beliau menerima tiga tawaran kerja iaitu di Bernama, NST dan Bank Negara Malaysia. Bernama ketika itu menawarkan jawatan wartawan kadet, dengan gaji sebanyak RM240, dicampur elaun mesin taip RM30 dan elaun pengangkutan RM30.NST pula menawarkan gaji serupa tapi jawatan yang diberi ialah pemberita, tak begitu glamor bunyinya. Wartawan kadet lebih glamor. Beliau memilih kerani di Bank Negara kerana gaji lebih sedikit iaitu RM328.00 .
Bermula daripada seorang kerani hingga meningkat naik menjadi penasihat khas BNM, bertanggungawab menasihati gabenor BNM mengenai dasar kewangan pada 7 September 1998 hingga 23 April 2000.Beliau berkhidmat di Bank Negara dari 1968-1994 dan menyertai sektor swasta. Beliau kembali ke Bank Negara dari September 1998-Mei 2000.[2]
Antara tugas beliau di Bank Negara ialah memastikan pelaksanaan sistem perbankan Islam di Malaysia, sistem Ar-Rahnu (pajak gadai Islam), memperkenalkan mekanisme pembayaran dua hala di antara Bank Negara Malaysia dan Bank-bank Pusat negara Selatan-Selatan, penubuhan Suruhanjaya Sekuriti, Cagamas Berhad dan Rating Agency Malaysia Berhad.
Kali kedua beliau di Bank Negara, beliau ditugaskan untuk menstrukturkan UEM, MRCB, MAS, Tabung Haji, Johor Corp., KUB, dan syarikat-syarikat keretapi transit aliran ringan (PUTRA dan STAR); mewujudkan skim PROSPER bagi meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang peruncitan.
Beliau pernah menjadi ahli lembaga Suruhanjaya Sekuriti, Cagamas Berhad, Malaysia Airlines, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Tabung Amanah Warisan Johor dan Pengurusan Pelaburan ASN Berhad. [3]
Semasa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein , Bank Negara kehilangan RM30 bilion akibat spekulasi mata wang asing (Skandal Forex 1992-1994).[4]
Menteri Kewangan II[sunting]
Pada 15 Mei 2000, beliau dilantik sebagai penasihat khas ekonomi kepada Perdana Menteri Tun (ketika itu Datuk Seri) Dr Mahathir Mohamad.Ketika ini berlaku spekulasi mata wang hingga menyebabkan berlakunya Krisis Kewangan Asia (1997-98).
Pada 2002, beliau dilantik sebagai Pengarah Khazanah Nasional - satu entiti bagi menyelamatkan beberapa buah syarikat GLC yang berhadapan Krisis Kewangan 1997-1998 seperti United Engineers Malaysia Berhad dan Malaysia Airline.
Beliau dilantik oleh PM , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Kewangan II dari 2004 hingga 9 April 2009. Kemudian beliau diganti oleh Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dari Tambun,Perak.
Beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Negara untuk dua penggal (Januari 2004) dan bertanding di parlimen Tasek Gelugor Pulau Pinang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. Beliau menggantikan Datuk Mohd Shariff Omar di Tasek Gelugor.
Pada April 2009 susulan kepada penstrukturan semula Kabinet, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerajui Unit Perancang Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta.
Pilihan raya Malaysia 2008[sunting]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Nor Md Bin Yakcop menang bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional menentang Ismail Bin Salleh dari PAS di parlimen Tasek Gelugor , Pulau Pinang. Beliau telah menang dengan mendapat undi sebanyak 20448. Calon lawan mendapat 15,901 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 87% . Undi rosak sebanyak 600.
Pingat dan Anugerah[sunting]
Antara pingat yang beliau terima ialah PSM, SPNS, SJMK, SPMP, SSAP, SSMZ, DGPN, DGSM, DSPN, JSM, SMJ, DJN, DSM, KMN.
Isu kontroversi[sunting]
Little Nor Mohamed[sunting]
Pada 8 Mei 2010, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menafikan penglibatan beliau dalam Pos Malaysia sehingga kerugian RM546 juta dalam tempoh 3 tahun . Kementerian Kewangan tidak dirujuk. Keputusan membeli Transmile Group Berhad dibuat oleh lembaga pengarah Pos Malaysia, termasuk Khazanah Nasional Bhd. Dakwaan Tan Sri Adam Kadir telah dijawab oleh Khazanah.
Beliau bukan ‘little Nor Mohamed’ sebagaimana dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.Lapan pegawai Melayu daripada Danaharta Bhd. (Danaharta) dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam GLC. Kepintaran mereka menyebabkan negara cuma menanggung kos 2.6 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk memulihkan ekonomi berbanding negara lain sebanyak 10 %.[5]