Nor Mohamed Yakcop
| YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop |
|
Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop |
|
|
Menteri Kewangan Kedua Malaysia
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 2004 |
|
| Didahului oleh | Tidak diketahui |
|---|---|
|
Ahli Parlimen Tasek Gelugor
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Tidak diketahui |
|
|
|
| Tempat lahir | |
| Parti politik | UMNO(BN) |
| Pasangan | Puan Sri Fawziah Begum |
| Pekerjaan | Ahli ekonomi, Ahli politik |
| Agama | Islam |
YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (lahir 1947 - ) dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau dilantik menjadi Senator seterusnya menjawat jawatan Menteri Kewangan Kedua di bawah Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2008, beliau telah menang di parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan masih mengekalkan jawatan tersebut hingga kini apabila Dato' Seri Najib Tun Razak engambil alih tampok kepimpinan.
Isi kandungan |
[sunting] Pendidikan
Beliau memperolehi Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya pada tahun 1972 dan Sarjana Ekonomi dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Catholic University di Belgium pada tahun 1979.
[sunting] Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Nor Md Bin Yakcop menang bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional menentang Ismail Bin Salleh dari PAS di parlimen Tasek Gelugor , Pulau Pinang. Beliau telah menang dengan mendapat undi sebanyak 20448. Calon lawan mendapat 15,901 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 87% . Undi rosak sebanyak 600.
[sunting] Isu kontroversi
[sunting] Little Nor Mohamed
Pada 8 Mei 2010, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menafikan penglibatan beliau dalam Pos Malaysia sehingga kerugian RM546 juta dalam tempoh 3 tahun . Kementerian Kewangan tidak dirujuk. Keputusan membeli Transmile Group Berhad dibuat oleh lembaga pengarah Pos Malaysia, termasuk Khazanah Nasional Bhd. Dakwaan Tan Sri Adam Kadir telah dijawab oleh Khazanah.
Beliau bukan ‘little Nor Mohamed’ sebagaimana dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.Lapan pegawai Melayu daripada Danaharta Bhd. (Danaharta) dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam GLC. Kepintaran mereka menyebabkan negara cuma menanggung kos 2.6 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk memulihkan ekonomi berbanding negara lain sebanyak 10 %.[1]